Anda di halaman 1dari 29

KONSEP

NASIKH DAN
MANSUKH
Mengangkat atau menghilangkan
Menggantikan sesuatu dengan sesuatu yang lain
Memindahkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.

PANDANGAN ULAMA :
Al-Zajjaj
Membatalkan sesuatu dan
menggantikan sesuatu yang
lain pada tempatnya.
Pertukaran di antara dua
perkara dengan cara hanya
digunakan salah satu
sahaja.
Ibnu Faris
Mengangkat sesuatu dan
mengisbatkan sesuatu yang
lain pada tempatnya atau
memindahkan sesuatu
kepada sesuatu yang lain.
Perkara tersebut masih
wujud tetapi berlainan
tempat.
Ibn Atiyah
Satu keterangan yang
menunjukkan bahawa satu-
satu hukum yang telah
sabit, ditamatkan
amalannya dengan
keterangan yang datang
kemudiannya.
Al-Alusi
Berakhirnya tempoh hukum
bagi sesuatu perkara yang
melibatkan pembatalan
hukum syarak yang
diamalkan.
NASKH : perubahan hukum yang dengan
kedatangan hukum syarak yang terkemudian.
NASIKH : hukum yang datang kemudian
sebagai pembatal hukum yang diamalkan.

Nas-nas Al-Quran yang menunjukkan berlakunya nasakh:




dan apabila Kami tukarkan satu ayat (al-Quran ) untuk menggantikan ayat
yang lain, (yg di mansukhkan) dan Allah memang mengetahui akan apa yang
diturunkan olehNya. Maka berkata (mereka yg kafir): sesungguhnya engkau
(whai Muhammad) hanyalah seorang pendusta, sedangkan mereka (yg kafir
itu) tidak mengetahui hakikat sebenarnya" (surah An-Nahl: 101)


Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 106 dinyatakan:





"apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan) atau Kami
tinggalkan (atau tangguhkan), kami datangkan ganti yang lebih baik darinya,
atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah
Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu?"


Hukum yang mansukh itu hanya dari
sudut amalannya sahaja namun hukum
tersebut masih lagi kekal sebagai satu
hukum.
Mansukh : hukum yang dibatalkan dan
tidak lagi diamalkan oleh individu Muslim.

PEMBAHAGIAN DAN JENIS
NASAKH

PEMBAHAGIAN NASAKH
Nasakh terbahagi kepada 4 bahagian :
1) Nasakh al-Quran
dengan al-Quran.
2) Nasakh al-Quran
dengan al-Sunnah.
3) Nasakh al-
Sunnah dengan al-
Quran.
4) Nasakh al-Sunnah
dengan al-Sunnah.
1.Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran.


Di dalam al-Quran, terdapat 3
pembahagian nasakh yang berlaku:

1. Nasakh yang di hapuskan tilawah dan
hukumnya
2.Hukumnya di hapuskan sedangkan
tilawahnya tidak.
3. Tilawahnya di hapuskan, tetapi
hukumnya kekal

2.Nasakh Al-Quran dengan As-Sunnah

a. Al-Quran dengan hadis Ahad

*Jumhur berpendapat al-quran tidak
boleh di nasakh dengan hadis ahad,
kerana al-quran bersifat mutawatir
dan pasti sedangkan hadis ahad
bersifat zanni (teragak-agak).

b.al-Quran dengan hadis Mutawatir

*nasakh ini di akui oleh ulama (Malik, Abu Hanifah dan
Ahmad) dlm satu riwayat, kerana keduanya adalah wahyu.
firman Allah:

"Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya.wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya
oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah"(An-Najm: 4-5)

*akan tetapi, nasakh jenis ini ditolak oleh as-syafie, Zahiri dan
Ahmad(dlm riwayatnya yg lain) dengan berpegan kepada ayat
106 surah al-Baqarah yang menyatakan apa yang menasakh
hukum terdahulu mestilah sama hebat atau lebih baik
martabatnya. Sedangkan hadith bermartabat lebih rendah
daripada Al-Quran.



3. Nasakh Sunnah dengan Al-Quran.

Disepakati boleh berlaku oleh jumhur ulama. contoh:
kiblat yg pada mulanya di tetapkan menghadap Baitul
Maqdis dengan sunnah, dinasakhkan dengan ayat Quran
surah al-Baqarah ayat 144 :
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad),
berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami
benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau
sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-
Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja
kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang
telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa
perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang
benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai
akan apa yang mereka lakukan."

Kewajipan puasa pada hari asyura yang pada mulanya di tetapkan
oleh sunnah kemudiannya di nasakh dengan ayat 185 surah al
Baqarah:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan
yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang
benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau
dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang
lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu
menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan
puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur."
4. Nasakh Sunnah dengan Sunnah
. Sunnah mutawatir dengan mutawatir
. Ahad dengan ahad
.Ahad dengan mutawtir
.Mutawatir dengan ahad

Tiga daripada jenis nasakh ini tidak di tegah
kecuali mutawatir dengan ahad yang di tegah
oleh jumhur.

JENIS-JENIS NASAKH
1) Nasakh tanpa
pengganti
2) Nasakh dengan
pengganti yang
lebih ringan.
3) Nasakh
dengan pengganti
yang sebanding
4) Nasakh
dengan pengganti
yang lebih berat
1) Nasakh tanpa pengganti.
Contoh: penghapusan mengenai kewajipan bersedekah sehelum
menghadap Rasulullah sepertimana firman Allah dalam surah al-
Mujadalah ayat 12:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap
dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu
bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya;
(pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih.
Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak
disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai
perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."







ayat ini kemudian mansukh dengan ayat ke 13 surah yang sama:


"Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu
memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak
melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu
(kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan
berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah
kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu
lakukan"
2) Nasakh dengan pengganti yang
lebih ringan
Surah Al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang yang beriman!
Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-
orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertaqwa"

Berdasarkan ayat ini, puasa ahli kitab
sebelum kedatangan islam ialah
diharamkan makan dan minum, dan
bercampur dengan isteri-isteri atau
suami mereka sehari semalaman
sehingga malam-malam yang berikutnya.

Hukum ini mansukh dengan hukum yang
lebih ringan pada ayat 187 surah Al-
Baqarah:


"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu
itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai
pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu
mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan
memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri
kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah
bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata
kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib);
dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu
sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan
Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah
menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia
supaya mereka bertaqwa"


3) Nasakh dengan pengganti yang
sebanding
Kiblat asal menghala ke Baitul Maqdis mansukh dengan ayat
144 Surah Al-Baqarah yang mengarahkan umat islam
menghadap ke Kaabah:


"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad),
berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan
engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh
itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat
letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan
Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke
Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka;
dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka
lakukan."



4) Nasakh dengan pengganti yang
lebih berat
Penghapusan hukuman mengurung di rumah bagi para
isteri yang berzina dalam surah an-Nisa' ayat 15.
"Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di
antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah
empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi
saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau
keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan
perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka
(perempuan yang berzina itu) dalam rumah hingga
mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah
mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari
hukuman itu)."



Mansukh dengan hukuman sebat pada
Surah An-Nur, ayat 2:
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat;
dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hukum agama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman
seksa yang dikenakan kepada mereka itu
oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman"
HIKMAH
NASAKH DAN
MANSUKH
1. Membuktikan Bahwa Syariat Agama Islam
adalah Syariat yang sempurna.
2. Memelihara kepentingan hamba.
3. Cubaan dan ujian bagi mukalaf untuk
mentaati ataupun melanggar hukum Allah.
4. Kemudahan dan kebaikan bagi umat.
5. Sebagai bukti relevannya hukum syara dalam
setiap keadaan.
7. Hikmah untuk menjaga kemaslahatan
manusia. Sebagaimana yang terdapat dalam
penghapusan bersedekah ketika menghadap
Rasul.
8. Menentukan hukum baru sebagaimana yang
terdapat dalam perintah untuk menghadap
Baitul Maqdis yang di Nasakh menghadap
Kabah.
9. Menambah kebaikan dan pahala umat.

Nasakh adalah mengikut kehendak Allah dan
ia adalah perbuatan Allah dan dia
menghukum mengikut kemahuan-Nya.
Kadang-kadang Allah memerintahkan sesuatu
dan melarangnya pada masa yang lain.
Hukum-hukum Allah adalah meraikan
kemaslahatan. Ini kerana pensyariatan hukum
adalah ditegak atas asas kemaslahatan.
Kemaslahatan ini adalah berubah mengikut
perubahan individu dan zaman. Selagi
kemaslahatan itu berubah, selagi itulah
hukum meraikan perubahan tersebut.

!

Anda mungkin juga menyukai