Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pendahuluan
Al-Quran atau Quran dalam bahasa Arab ialah . Al-Quran ialah satu kitab suci bagi umat
Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang
secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Quran), dan Kamilah yang akan
menjaganya". (Al-Hijr 15:9)

Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini
berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya
itu. (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah
Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.

Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan
kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat
kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu
ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama umat Islam di

samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan secara mutawatir iaitu secara berperingkat atas
sebab penurunannya, dan mashaf yang lazim ditemui hari ini dikenali sebagai mashaf Uthmani.

2.0 Sejarah Penurunan Al-Quran


Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 23 hari, atau 23 tahun,
iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Mengikut pendapat ulama, Al-Quran mula
diturunkan pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos tahun 610 masihi di Gua Hira pada ketika usia
Nabi Muhammad SAW 40 tahun. Para ulama bersependapat menyatakan wahyu atau ayat
pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah lima ayat daripada Surah al-Alaq
ayat 1 hingga 5 yang bermaksud Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang Maha
Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya.

3.0 Peringkat Penurunan Al-Quran


Al-Quran diturunkan sebanyak tiga peringkat :
1. Peringkat pertama: Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
2. Peringkat kedua: Penurunan al-Quran dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit
dunia.
3. Peringkat ketiga: Penurunan al-Quran dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah s.a.w.
(Berlaku dalam masa 20 malam).

Al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan if Ulum al-Quran berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn
Abbas, Hakim Dan al-Nasai, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari alLauh Mahfuz ke Bait al-Izzah Dan dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui
Malaikat Jibril a.s.
1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.
2

Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan
kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh
Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21
Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan
ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada
Luh Mahfuz. (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia.


Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit
dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas.
Allah S.W.T berfirman:

Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadhan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan
3

yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam
musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang
ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (alBaqarah:185)
Firman Allah SWT:


Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat
demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hambahamba Kami ditimpa azab). (ad-Dukhan:3)
Firman Allah SWT:





Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. (al-Qadr:1)
Ibn Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: AlQuran diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat. Ikrimah pula meriwayatkan
Abdullah bin Abbas berkata: Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr dan ditempatkan
di Bait al-Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara Atiyyah bin al-Aswad dan
Abdullah bin Abbas yang mana Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, Pada
bulan Ramadhan al-Quran diturunkan, dan Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran)
ini pada Malam Lailatul-Qadar, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu
4

al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi al-Awwal. Kemudian Ibn Abbas menjelaskan: AlQuran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekaligus kemudiannya untuk diwahyukan kepada
Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.
3. Dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).
Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula
diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai
apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di
Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.
Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula
turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran
disimpan di Bait al-Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.


Al-Quran ini kami turunkan secara beransur-ansur supaya engkau bacaan kepada manusia
secara perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit-sedikit. (surah al-isra:106)

4.0 Kritikan terhadap peringkat penurunan Al-Quran

Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekaligus dari Allah SWT ke
al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam surah al-Buruj yang
digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat atau tersirat mengenai penurunan
sekaligus. Para ulama hanya membuat tafsiran pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan
tentang al-Quran dipelihara daripada sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuhmusuh Islam yang cuba menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat

berbuat demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para
mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

Pendapat kedua tentang penurunan sekaligus ke Bait al-Izzah berpandukan kepada ayat
2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakan secara jelas mengenai al-Quran
diturunkan sekaligus pada malam yang penuh berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk
kepada masa ia diturunkan dan tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin
yang terkenal Amir al-Shaabi mengatakan: Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada
Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun. Tidak ada
Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-Alaq diturunkan di akhir Ramadhan 13
tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas, tidak dinafikan, merujuk
kepada ayat 1-15 surah al-Alaq. Cuma para ulama mentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah
sebagai keseluruhan al-Quran. Para ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya
bersetuju perkataan al-Quran merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya.
Malah ia dinyatakan dalam surah al-Araf, ayat 204.

Allah SWT berfirman:



Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulatbulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Mengenai riwayat Ibn Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada dikaitkan
dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumber menyokong pendapatnya. Suatu
persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini hanya disebut oleh Ibn Abbas sedangkan di
6

kalangan sahabat yang diiktiraf sebagai pakar al-Quran seperti Abdullah Masud, Ubayy bin
Kaab, Zaid bin Thabit dan Muaz bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang
diturun sekaligus ke Bait al-Izzah.
Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai Ibn
Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan cerita-cerita israiliyat
serta pendiriannya sebagai sahabat, oleh itu beliau tergolong di bawah Hukm al-Marfu iaitu
perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah s.a.w.

Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada
Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali
dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-Izzah dan kepada Rasulullah. Penulisan ini
tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai jumlah penurunan dan juga mengenai
riwayat Ibn Abbas bersandarkan kepada Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan
adanya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.

5.0 TUJUAN AL-QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR


1. Supaya tidak membebankan umat manusia.
2. Penurunannya berdasarkan peristiwa tertentu, contohnya surah Al-Baqarah ayat 144
diturunkan berdasarkan peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Muqaddis di Palestin ke
Masjidil Haram di Makkah.
3. Untuk memudahkan umat islam memahami dan mengetahui ajaran Allah S.W.T

6.0 HIKMAH AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR


Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan
dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hambahambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan
memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. AlKhudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula
7

daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun
ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta
dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a.
dan disempurnakan pada masa Sayidina Uthman r.a.

Hikmah Al Quran diturunkan secara beransur - ansur adalah:

1. Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan. Orang akan enggan melaksanakan suruhan
dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu diturunkan sekaligus dalam kadar yang
banyak. Hal ini disebut oleh Bukhari dari riwayat 'Aisyah r.a.
2. Di antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan
kamaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Al Quran diturunkan sekaligus. (Ini
menurut pendapat yang mengatakan adanya nasikh dan mansukh)
3. Turunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa - peristiwa yang terjadi akan lebih
berkesan dan lebih berpengaruh di hati.
4. Memudahkan penghafalan. Orang-orang musyrik yang telah menanyakan mengapa AlQuran tidak diturunkan sekaligus, sebagaimana disebut dalam Al Quran surah (25) Al
Furqaan ayat (32) iaitu: "mengapakah Al Quran tidak diturunkan kepadanya
sekaligus.?" Kemudian dijawab di dalam ayat itu sendiri: ".Demikianlah, dengan
(cara) begitu Kami hendak menetapkan hatimu..".

Di antara ayat-ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu
pendapat atau perbuatan, sebagai dikatakan oleh Ibnu 'Abbas r.a. Hal ini tidak dapat terlaksana
kalau Al Quran diturunkan sekaligus.

7.0 Sejarah Pengumpulan Al-Quran

Al Quran merupakan Kalamullah dan mempunyai kitab Induk yang tersimpan di Lauh
Mahfuz. Satu persatu ayatnya disalin oleh para Malaikat. Kemudian disampaikan kepada
Muhammad s.a.w. mengikut arahan dan perintah Allah pada waktu-waktu dan ketika yang
bersesuaian. Ia disampaikan Jibril a.s. kepada Muhammad s.a.w. mengikut serta menyentuh
perkara-perkara yang berlaku di dalam keadaan umatnya pada ketika itu. Al-Quran pertama
kalinya diturunkan pada malam Qadr (Lailatul Qadr). Dalilnya : Surah ad Dukhan ayat 1 hingga
3, al Qadr ayat 1 hingga 2 dan al Baqarah ayat 185.

Ayat pertama: Surah al Alaq ayat 1 hingga 5.

Surah pertama yang diturunkan dengan lengkap ialah surah al-Muddatsir. Manakala surah
terakhir diwahyukan ialah surah At-Taubah. Ayat terakhir yang diwahyukan ialah Al-Baqarah
ayat 281. Sebenarnya terdapat banyak pendapat dari ramai golongan sahabat mengenai ayat apa
sebenarnya merupakan ayat terakhir yang diwahyukan Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Para sahabat memberikan jawapan berbeza-beza, mungkin disebabkan mereka merujuk
pengalaman mereka sendiri yang menerima ayat terakhir ketika mereka bersama dengan
Rasulullah s.a.w.. Saya mengambil ayat 281 surah al Baqarah sebagai ayat terakhir kerana
seluruh penulisan ringkas yang dimuatkan ini mengmbil kitab Syarah ulumul Quran oleh
Syeikh Muhammad Alias-Shabuni. Beliau menghuraikan beberapa hadis yang menguatkan hujah
ayat 281 al Baqarah sebagai ayat terakhir termasuk menyatakan bahawa ayat tersebut
diwahyukan 9 malam sebelum Rasulullah s.a.w. wafat.

Al Quran mempunyai 6,236 ayat. Mempunyai 114 surah. Ia dimulakan dengan kalimah
Basmallah pada 113 surah dan satu surah iaitu At-Taubah tidak dimulai dengan kalimah tersebut.
Ia berkenaan laknat Tuhan kepada golongan yang bakal diperangi Rasulullah s.a.w. di dalam
perang Tabuk. Tiada lagi belas dan rahmat ke atas mereka. Walaupun surah at Taubah tidak
dimulakan dengan kalimah Basmallah, jumlah kalimah tersebut di dalam al Quran tetap
dihitung cukup pada jumlah 114. Ini kerana di dalam surah an Naml ayat 30, kalimah tersebut
disebutkan di dalam kisah surat Nabi Sulaiman a.s. kepada Ratu Saba yang dimulakan dengan
kalimah tersebut.

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): "Dengan nama
Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Al Quran diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai cara:


1. Jibril memasukkan secara terus ayat-ayat tersebut ke dalam hati baginda dalam keadaan
baginda tidak melihat apa-apa. Satu rasa terbit di dalam hati Rasulullah s.a.w. bahawa
baginda dapat merasakan wahyu itu telah berada dalam hatinya.
2. Malaikat Jibril a.s. menyerupakan dirinya seperti seorang lelaki dan muncul di hadapan
Rasulullah s.a.w. dan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar
dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
3. Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat
dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca
sangat sejuk.
4. Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda
sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

Al-Quran diturunkan kepada kaum Quraisy yang rata-rata masyarakatnya tidak tahu
membaca. Kelebihan umat sebegini ialah, apabila mereka tidak mempunyai keupayaan untuk
10

membaca, mereka mempuanyi keupayaan yang hebat pula di dalam menghafal. Hati mereka
terang dan mereka tidak bergantung kepada bahan bacaan untuk merujuk sesuatu. Mereka ini
sejak dari sebelum zaman Islam terkenal dengan kebolehan menghafal syair-syair indah yang
panjang dan cerita-cerita yang disampaikan dari masa ke semasa. Mereka telah sedia dibentuk
sebagai masyakat yang kuat daya hafalan. Jadi ianya tidak menjadi masalah apabila al Quran
mula diwahyukan, mereka dengan segera dapat menangkap serta menghafal apa yang
diwahyukan dengan mudah dan tanpa sebarang masalah.

Mereka juga tidak terdedah kepada pembohongan demi pembohongan atas nama agama yang
sedang dilakukan secara meluas oleh kalangan ahli kitab pada ketika itu. Malah Muhammad
s.a.w. merupakan seorang pemuda berpemikiran hebat tetapi baginda sendiri tidak tahu
membaca. Ia dinyatakan Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 48 seperti berikut:

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum
turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu (kalaulah engkau
dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang
menentang(mu) - akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

Sistem susunan ayat al Quran dibuat melalui ketetapan yang telah ditetapkan Allah yang
disampaikan melalui Jibril. Ianya tidak disusun secara Kronologi. Al-Quran juga tidak disusun
mengikut giliran turunnya ayat. Ia disusun menurut turutan yang telah ditetapkan Allah
sepertimana Ia sebelum ini ditempatkan di Lauh Mahfuz. Perhatikan sejarah turunnya wahyu.
Wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. ialah ayat 1 hingga 5 surah al Alaq.
11

Tetapi surah al Alaq tidak dilengkapkan sesudah ayat kelima. Ayat satu hingga 5 ini, dinyatakan
oleh sebahagian besar ulama tafsir sebagai pengesahan pelantikan Muhammad s.a.w. sebagai
seorang Nabi. Wahyu kedua yang diturunkan Allah kepada Muhammad s.a.w. berlaku setelah
Muhammad s.a.w. tidak mendapat sebarang berita dan wahyu dari Allah dalam satu jeda masa
tanpa wahyu sebelum surah Ad-Muddatsir diwahyukan.

Penentuan susunan kedudukan surah-surah di dalam al Quran pula, terdapat tiga


pendapat utama mengenainya:
1. Pertama, ia merupakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w.
2. Kedua, ia merupakan ijtihad para sahabat pada masa penyusunan al Quran dilakukan.
3. Ketiga, ia bersandarkan kepada ketetapan Rasulullah s.a.w. dan sebahagiannya lagi
bersandarkan kepada ijtihad para sahabat.

Jumhur Ulama, termasuk Al-Imam Malik, Al-Qadhi Abu Bakar bin Thayyib Al-Baqillani, lebih
cenderung kepada pendapat kedua, iaitu berdasarkan ijtihad para sahabat. Wahyu kemudian tidak
turun dalam satu tempoh yang lama. Kemudian pada suatu hari, Jibril a.s. muncul dilangit lantas
menyampaikan ayat dari surah al Mudatsir (Orang Yang Berselimut). Ayat ini pula ditafsirkan
ulama tafsir sebagai pengesahan kepada perlantikan Muhammad s.a.w. sebagai seorang Rasul
yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Ada surah-surah diturunkan sekaligus secara lengkap. Ada pula surah yang diturunkan
secara peringkat demi peringkat mengikut situasi dan keadaan keperluan ummah pada ketika itu.
Surah-surah ini diwahyukan dengan diselang seli oleh penurunan surah-surah yang lain. Ia
seperti contoh di mana yang telah disebutkan di dalam perkara 4 di atas. Surah al Alaq yang
masih belum dilengkapkan kemudian diwahyukan pula kepada Muhammad s.a.w. ayat di dalam
surah al Muddatsir dari awal sehingga lengkap.
Standard bacaan dan ketepatan piawaian bacaan terjaga melalui satu sistem semakan
yang dijalankan pada seiap tahun kerasulan Muhammad s.a.w.. Piawai bacaan serta hafalan al
12

Quran Rasulullah s.a.w. disemak oleh malaikat Jibril a.s. pada sekali pada setiap Ramadhan.
Pada tahun akhir sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, Jibril a.s. menyemak bacaan Rasulullah s.a.w.
sebanyak 2 kali. Rasulullah s.a.w. pula akan sentiasa menyemak bacaan para sahabat dari masa
ke semasa. Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak tahu membaca dan menulis, setiap kali turunnya
wahyu, baginda akan memerintahkan beberapa orang sahabat untuk tolong menuliskannya di
atas lembar kulit, kayu, batu, tulang dan sebagainya. Ini kerana kertas serta teknologi
menghasilkannya belum meluas di tanah Arab.

Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang jurutulis yang terkenal. Antaranya dari
kalangan Muhajirin iaitu Khulafa ar Rasyidin, Muawiyyah bin Abu Suffyan dan beberapa
sahabat lain. Manakala dikalangan Ansar, Ubay bin Kaab, Muadz bin Jabal, Zaid bin Tsabit dan
Abu Yazid dan sahabat-sahabat yang lain. Al Quran diwahyukan secara beransur-ansur dalam
tempoh 23 tahun (ada pendapat mengatakan 26 tahun). Hikmah penurunan secara beransur-ansur
seperti berikut:
a) Memudahkan para sahabat melakukan hafalan.
b) Sentiasa berkait serta bertujuan menyelesaikan setiap masalah dan isu yang dihadapi oleh
umat Islam pada ketika itu.
c) Memudahkan pelaksaan peringkat demi

peringkat syariat yang disampaikan supaya

ianya tidak terlalu mengejutkan.


d) Memberi ruang kepada umat Islam mempraktikkan apa yang disampaikan dan
membolehkan mereka mendengar ayat-ayat al Quran lantas patuh mengerjakannya
dengan tertib.
e) Sebagai tanda Allah s.w.t. sayangkan Rasulullah s.a.w. dan tidak meninggalkan baginda
sepanjang tempoh tugasan sebagai nabi dan rasul. Dengan pelbagai ujian yang dihadapi
dengan berat, kedatangan wahyu sentiasa memberi satu indikasi bahawa pada setiap saat
dan masa, Allah bersama Rasulullah s.a.w. memimpin serta memberi pedoman kepada
setiap perkara yang berlaku disekeliling mereka.
f) Ia juga memperkukuhkan hati dan kekuatan umat Islam dalam menangani ancaman
golongan musyrik, ahli kitab dan semua jenis musuh yang berada disekeliling mereka.

13

Pada masa hayat Rasulullah s.a.w., sudah terdapat beberapa mushaf al Quran yang bertulis.
Beberapa orang sahabah menyimpannya dan mushaf-mushaf itu dikenali dengan nama merekamereka yang mengumpul dan menyimpannya. Antaranya Mushaf Ibnu Masud, Mushaf Ali,
Mushaf Aisyah dan beberapa Mushaf lainnya. Rasulullah s.a.w. wafat selepas 9 malam hari ayat
terakhir (Al Baqarah ayat 281) diwahyukan.

8.0 Ayat Makkiyah dan Ayat Madaniyah


Ayat Makkiyah dan ayat Madaniyah ditinjau dari segi masa turunnya, maka Al Quran itu
dibahagi atas dua golongan:
1. Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke
Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah.
2. Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi Muhammad s.a.w. hijrah ke
Madinah dinamakan ayat-ayat Madaniyyah.
3. Ayat-ayat Makkiyyah meliputi 19/30 dari isi Al Quran terdiri atas 86 surah, sedang
ayat-ayat Madaniyyah meliputi 11/30 dari isi Al Quran terdiri atas 28 surah.

Perbezaan ayat-ayat Makiyyah dengan ayat-ayat Madaniyyah ialah:


1. Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya pendek-pendek sedang ayat-ayat Madaniyyah
panjang-panjang manakala surah Madaniyyah yang merupakan 11/30 dari isi Al Quran
ayat-ayatnya berjumlah 1,456, sedang ayat Makkiyyah yang merupakan 19/30 dari isi Al
Quran jumlah ayat-ayatnya 4,780 ayat. Juz 28 seluruhnya Madaniyyah kecuali ayat (60)
Mumtahinah, ayat-ayatnya berjumlah 137; sedang juz 29 ialah Makkiyyah kecuali ayat
(76) Addahr, ayat-ayatnya berjumlah 431. Surat Al Anfaal dan surat Asy Syuaraa
masing-masing merupakan setengah juz tetapi yang pertama Madaniyyah dengan
bilangan ayat sebanyak 75, sedang yang kedua Makiyyah dengan ayatnya yang berjumlah
227.

14

2. Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat perkataan "Ya ayyuhalladzi na aamanu" dan


sedikit sekali terdapat perkataan Yaa ayyuhannaas, sedang dalam ayat ayat Makiyyah
adalah sebaliknya.
3. Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandung hal-hal yang berhubungan dengan
keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat yang terdahulu yang mengandung
pengajaran dan budi pekerti; sedang Madaniyyah mengandung hukum-hukum, baik yang
berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi, seperti hukum
kemasyarakatan, hukum ketata negaraan, hukum perang, hukum internasional, hukum
antara agama dan lain-lain.

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, penurunan secara berperingkat-peringkat telah menunjukkan kepada Zat


yang menurunkan Al-Quran Yang Maha Bijaksana, terbukti dalam Al-Quran perkara-perkara
15

yang menakjubkan, hukum yang ketat, kaya gaya bahasa, huruf dan kalimat yang sistematik dan
lain-lain, betapa Al-Quran memiliki rangkaian yang sangat mengkagumkan, padahal ia tidak
diturunkan sekaligus, melainkan secara beransur-ansur seiring dengan kes dan kejadian, dalam
tempoh 23 tahun 5 bulan, jelas bahawa di sana ada rahsia baru di antara rahsia-rahsia
kemukjizatan, hingga sekarang Al-Quran tetap menampakkan keagungannya. (Surah Al-Nisa
Ayat 82) dan (Surah Hud Ayat 1)

Kehebatan Al Quran tampak lebih jelas apabila tiada mana-mana karya di atas muka
bumi ini yang dapat menandinginya, ini semua memperlihatkan kepada manusia akan
kesempurnaan Allah. Al-Quran terbukti diturunkan untuk menjadi petunjuk dan hidayah yang
mengubah masyarakat Jahiliyah yang buruk kepada umat Islam yang berbudi pekerti mulia dan
mampu mengubah alam. Maka sesungguhnya al-Quran itu adalah hidayah dan rahmat bagi
sekalian alam.

RUJUKAN

Ammar Fadzil. (2007). Anatomi Al-Quran.


PTS Publications & Distribution Sdn. Bhd.
16

Mohd Liki hamid. (200). Tamadun Islam Edisi ke-2.


PTS Professional
https://khsnlcheizart591.wordpress.com/2014/04/29/pengumpulan-al-quran-pada-masa-nabi-dankhalifah/
http://joerzack.tripod.com/SEJARAH_AL_QURAN.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran
http://pilihanustaz.blogspot.my/2011/10/hikmah-diturunkan-al-quran-secara.html
http://satuhala.blogspot.my/2012/10/sejarah-ringkas-pengumpulan-al-quran.html
http://ulumquran2010.blogspot.my/2010/03/peringkat-penurunan-al-quran.html
http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/hikmah.htm

LAMPIRAN

17

18

19

Anda mungkin juga menyukai