Anda di halaman 1dari 15

Bab 6 Aliran tafsir yang menyeleweng(Tafsir bi al-Ray

al-Mazmum)
Mac 15, 2009
Bab 6 Aliran tafsir yang menyeleweng(Tafsir bi al-Ray al-Mazmum)
Dalam bab yang lalu, penulis telah membincangkan tentang Tafsir al-Quran bi al-
Mathur dan Tafsir bi al-Rayi dan menyebut tentang tafsir bi al-Ray al-Mazmum
tanpa memberikan huraian.
1.1 Definisi tafsir bi al-Ray al-Mazmum
Tafsir bi al-Ray al-Mazmum ialah tafsir yang tidak memenuhi syarat tafsir bi al-Ray
al-Mahmud yang merupakan aliran yang menyeleweng yang terdiri dari pelbagai
mazhab dan fahaman.
Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir
(a)Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan Islam terhadap
al-Quran.
(b) Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhab-mazhab
yang menyeleweng
(c)Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan mufassir ahli
sunnah wa al-Jamaah.
Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut:
(a) Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Pentafsir
menerima makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran tambahan kepada ayat
tersebut
Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.


66. Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: Bunuhlah dirimu
atau keluarlah kamu dari kampungmu, niscaya mereka tidak akan melakukannya
kecuali sebagian kecil dari mereka. dan Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan
pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik
bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka),
Beliau mentafsirkan Bunuhlah dirimu dengan melawan hawa nafsu dan keluarlah
dari kampungmu dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari hatimu.
Makna yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu
kewajipan melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi menjadikan
ayat sebagai dalil adalah salah kerana perkataan Bunuhlah dirimu adalah makna yang
sebenar iaitu bunuh dengan makna mengeluarkan roh dari badan dan keluar dari
kampung adalah keluar dengan fizikal.
(b) Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Bentuk kedua
berbeza dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat dan menjadikan
ayat sebagai dalil yang menyokong pandangannya. Dengan ini pentafsir telah
melakukan dua kesalahan.
Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul.
Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah
Contohnya tafsiran Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah al-Baqarah.
Firman Allah:

35. Dan kami berfirman: Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan
makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai,
dan janganlah kamu dekati pohon ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-
orang yang zalim.
[37] pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran
dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana
tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.
Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan
mentafsirkannya dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.
3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran Ibnu
Arabi terhadap ayat 8 surah al-Muzammil

1. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh


ketekunan.

Ibnu Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau
kenalilah diri anda janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu.
Ibnu Arabi dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu wehdah al-
Wujud iaiatu tuhan dan manusia benda yang sama, nama tuhanmu ditafsirkan dengan
diri manusia(kamu), jelas sekali kesesatan dan kebatilan tafsiran ini.
4. Tafsiran dari segi pegangan dan makna dan salah dan mentafsirkan ayat dengan
maksud yang tidak kena mengena dengan ayat seperti tafsiran oleh syiah yang
melampau tentang ayat 51 surah al-Nisa


51. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al
kitab? mereka percaya kepada jibt dan thaghut[309], dan mengatakan kepada orang-
orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang
yang beriman.
[309] Jibt dan thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.
Mereka mengatakan Jibt dan thagut dalam ayat ini ialah Abu Bakar al-Siddiq dan
Umar bin al-Khattab.
PENYELEWENGAN TAFSIR MENURUT IBNU TAYMIYYAH
Permasalahan ini menjadi rumi apabila ahli falsafah , Qaramitah dan Syiah
mentafsirkan al-Quran dengan tafsiran yang tidak dapat diterima akal golongan yang
berakal. Syiah misalnya telah mentafsir firman Allah:

1. Binasalah kedua tangan abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan binasa[Al-Masad 1]
Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Sebagai
Abu Bakar dan Umar.
Firman Allah:

Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan


(sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu Antara Abu Bakar,dan
Umar dan Ali , maka Ali lebih utama untuk menjawat khalifah. [al-Zumar 65]
Firman Allah:

(Al-Baqarah 67)
Firman Allah:

Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina


sebagai Aisyah (binti Abu Bakar r.a) (Surah al-Taubah 12)
Firman Allah:

Maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu sebagai
Talhah dan Zubair bin Awwam. (Al-Rahman 19)
Firman Allah:

Ia biarkan air dua laut ( yang masin dan yang tawar ) mengalir sedang keduanya pula
bertemu Ali dan Fatimah (Al-Rahman 22)
Dari kedua laut itu keluar mutiara dan marjan iaitu Hasan dan Husain
Firman Allah:

Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan
yang jelas nyata . (Surah yasin 12)
iaitu Ali bin Abi Talib.
Firman Allah:

Surah Naba ayat 1-2


Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita besar, ( berita kebangkitan
manusia hidup semula menerima balasannya) iaitu Ali bin Abi Talib.
Firman Allah:

Surah al-Maidah 55
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah , dan Rasulnya , serta orang-orang
yang beeriman , yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka
rukuk(tunduk menjunjung perintah Allah) iaitu Ali bin Abi Talib.
Mereka juga membawakan hadis-hadis palsu mengikut ijma ahli imu, sebagaimana
mereka menjadikan membaca salawat kepada Ali (dalam tahiyyat akhir, pent) sebagai
penutup dalam sembahyang.
Demikian pula firman Allah s.w.t.

Surah al-Baqarah 157


Merekla itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari
Tuhan mereka serta rahmat-Nya. Diturunkan kepada Ali kerana mendapat musibah
kematian Hamzah r.a.
Dan yang mendekati penyelewengan makna tafsir seperti ini yang disebutkan oleh
banyak ahli tafsir seperti firman Allah S.W.T.

Surah Ali Imran 17


(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-
orang yang benar(perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat(akan
perintah Allah), dan orang yang banyak membelanjakan hartanya (pada jalan Allah),
dan orang-orang yang beristiqfar(memohon ampun) pada waktu sahur. Orang-orang
yang sabar adalah Rasulullah saw; orang yang benar adalah Abu Bakar; orang-orang
yang taat adalah Umar; orang-orang yang membelanjakan hartanya ialah Uthman dan
orang-orang yang beristighfar adalah Ali.
Juga firman Allah:



-




Surah al-Fath 29
Nabi Muhammad (saw) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang yang kafir (yang memusuhi
Isla), dan sebaliknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesame sendiri(umat
Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud. Orang-orang yang
bersamanya ialah Abu Bakar; bersikap keras dan tegas ialah Umar; orang yang
bersikap klasih sayng ialah Uthman; dan yang tetap beribadat dan rukuk serta sujud
ialah Ali.
Lebih menghairankan lagi , di antara tafsiran mereka adalah dalam firman Allah
s.w.t.: surah al-Tin 1-2


Demi buah Tiin dan Zaitun, dan gunung Tursina, serta negeri (Makkah) yang aman
ini. Buah Tiin adalah Abu Bakar; buah Zaitun adalah Umar; gunung Tursina ialah
Uthman; negeri yang aman adalah Ali.
Contoh-contoh penyelewengan tersebut mengandungi tafsiran yang kadang-kadang
menggunakan kaedah yang tidak sesuai dengan lafaz al-Quran dan keadaan yang
sebenarnya. Sesungguhnya lafaz-lafaz itu tidak menunjukkan sedikitpun nama-nama
peribadi yang mereka itu maksudkan. Tafsiran semacam ini tida kena mengena sama
sekali dengan semangat lafaz al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Fath : 29 :
Nabi Muhammad (saw) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama
dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang yang kafir (yang memusuhi
Isla), dan sebaliknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesame sendiri(umat
Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud.
Menunjukkan sifat-sifat seluruh orang yang beriman kepada Rasulullah saw, iaitu
susunan ayat yang disebutkan oleh para ahli nahwu dengan khabar berita selepas
berita ( al-khabar bada khabar). Maksudnya ialah seluruh sifat-sifat itu menerangkan
sifat seseorang yang beriman kepada-Nya. Tidak benar jika masing-masing sifat
dijelaskan menggunakan nama-nama orang perseorangan tertentu dengan salah satu
sifat.(Seperti : Orang-orang yang bersamanya ialah Abu Bakar sahaj; bersikap keras
dan tegas ialah Umar sahaja; orang yang bersikap klasih sayng ialah Uthman sahaja;
dan yang tetap beribadat dan rukuk serta sujud ialah Ali sahaja. Bukankah Umar
memiliki semua sifat-sifat tersebut? Dan seterusnya, pent.)

Maka tidak boleh menjadikan lafaz yang bermaksud umum , namun dimaksudkan
hanya kepada seseorang sahaja, seperti firman Allah s.w.t



Surah al-Maidah : 55
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang
yang beriman. Mereka khaskan kepada Ali sahaja.
MAZHAB-MAZHAB YANG MENYELEWENG DALAM TAFSIR
Mazhab dan aliran yang menyeleweng dalam tafsir sebahagiannya adalah kafir dan
sebahagiannya ahli kiblat dengan fahaman yang salah terhadap al-Quran.
Ismailiyyah
Aliran ini merupakan aliran yang kafir yang disandarkan kepada Ismail bin Jaafar al-
Sadiq. Mereka mengatakan imam berpindah dari Jaafar al-Sadiq kepada anak
sulungnya Ismail dan bukannya Musa al-Kazim seperti yang dipegang oleh syiah
Imamiyah. Mereka juga dipanggil batiniyyah kerana mentafsirkan al-Quran secara
batin dan bukannya secara zahir. Mereka tidak mentafsirkan keseluruhan ayat al-
Quran. Antara tulisan mereka:
(a) Asas al-Tawil yang ditulis oleh al-Numan bin Hayyun al-Tamimi al-
Maghribi(m363H) dan dicetak di Dar al-Thaqafah, Beirut.
(b) Masail Majmuah Min al-Haqaiq al-Aliyah wa al-Daqaiq wa al-Asrar al-Samiyah
oleh penulis yang tidak dikenali dan diterbitkan semula oleh orientalis Itali Satro
Toman.
(c) Mizaj al-Tasnim fi Tafsir al-Quran karangan Ismail bin Hibatullah bin Ibrahim
diterbitkan oleh orientalis Itali Satro Toman.
Aliran ini berjaya membina kerajaan Batiniyyah al-Abidiyyah di Mesir yang
dinamakan Kerajaan Fatimiyyah selama lebih dari dua kurun sehingga dihapuskan
oleh Salahuddin al-Ayyubi.
Aliran ini masih menjadi pegangan pada zaman sekarang seperti di India, negara
Akrad dan mereka mendakwi Ali adalah Allah, juga sedikit di Turki, Mesir. Di India
juga mereka menggunakan nama Qadyaniyyah, begitu juga kumpulan Alawiyyin,
Diruz di Syria, al-Bahaiyyah yang muncul di Iran kemudian tersebar ke pelusuk dunia
dan sekarang tapak mereka di Bukir al-Karmal dan Hayfa, Palestin. Mereka semua
mentafsirkan al-Quran dengan tafsiran salah yang menyokong fahaman mereka.
Manakala aliran ahli kiblat yang menyeleweng dalam tafsir ialah:
PERTAMA: MUKTAZILAH
Fahaman ini muncul pada permulaan kurun ke-2H. Pengasasnya ialah Wasil bin Ata
yang menghadiri majlis ilmu yang diadakan oleh Hassan al-Basri. Pada suatu hari
Wasil berkata dengan kata yang salah lalu Hassan al-Basri mengusirnya dengan
berkata:

Asingkanlah dirimu dari kami.
Wasil bangun bersama-sama pengikutnya kemudian duduk di tempat lain di masjid.
Sejak itu mereka dipanggil muktazilah.
Fahaman muktazilah tersebar pada zaman Abbasi yang pertama sehingga menjadi
pegangan beberapa Khalifah Abbasiah iaitu al-Mamun, al-Mutasim dan al-Wathiq.
Mereka juga dipanggil al-Qadariyyah kerana menyerahkan perbuatan hamba(afal al-
Ibad)kepada kemampuan mereka. Fahaman muktazilah terbina atas lima asas iaitu :
al-Tauhid(Tauhid), al-Adl(Keadilan), Al-Wad wa al-Waid(Janji dan amaran), Al-
Manzilah Bayna al-Manzilatayn(Kedudukan antara dua tempat), al-Amr bil Makruf
wa al-Nahyu An al-Munkar.
Semasa mentafsirkan al-Quran, golongan muktazilah mentafsirkannya berdasarkan
asas yang lima. Mereka tidak mengambil kira hadith, kata-kata sahabat dan tabiin
dalam tafsiran mereka dan menjadikan akal sebagai pengukur untuk menerima fakta-
fakta yang terdapat di dalam al-Quran, akal bagi mereka lebih tinggi dari nas(al-
Quran), dan nas hendaklah mengikut logik akal, sekiranya berlaku pertembungan
antara nas dengan akal maka nas hendaklah ditawilkan supaya selari dengan akal.
Para ulama ahli sunnah telah membidas tafsiran muktazilah.
Antara tafsir-tafsir muktazilah ialah:
(a) Abu Bakar Abdul Rahman bin Kisan al-Asam(m240H
(b)Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahhab al-Jubai(m303H)
(c) Abu al-Qasim Abdullah bin Ahmad al-Balkhi(m319H)
(d)Abu Muslim Muhammad bin Bahr al-Asfahani(m322H). Tafsirnya berjudul: Al-
Jami Li Ilm al-Quran.
(e)Al-Qadi Abd al-Jabbar dan tafsirnya al-Tafsir al-Kabir.
(f) Tafsir Mahmud bin Umar al-Zamakhshari
Tafsir muktazilah yang sampai kepada kita hanyalah tafsir al-Khasshaf
KEDUA : SYIAH
Syiah asalnya ialah golongan yang menjadi penyokong kepada Saidina Ali dan
menganggap Saidina Ali sebagai Imam selepas kewafatan Rasul saw dan khalifah
adalah miliknya dan keturunannya.
Syiah terbahagi kepada beberapa aliran
(a) Syiah Zaydiyyah iaitu pengikut kepada Zaid bin Ali bin al-Husayn bin Ali bin Abi
Talib yang tidak mengiktiraf khalifah Hisham bin Abdul Malik tetapi pengikutnya
membiarkannya menyebabkab beliau di bunuh dan disalib. Pengikut Zaidiyah
menetap di Utara Yaman dan mereka merupakan puak syiah yang paling hampir
dengan ahli sunnah. Mereka ada menghasilkan tafsir yang banyak tetapi kesemuanya
hilang atau masih dalam bentuk manuskrip.
(b) Syiah 12 merupakan kebanyakan syiah menetap di Iran dan Iraq. Mereka
dipanggil syiah Imamiyyah kerana percaya kepada wajib adanya Imam yang dilantik
oleh Allah dan Imam mestilah dari keturunan al-Husayn bin Ali r.anhu. Mereka
dipanggil 12 kerana mereka mempunyai 12 imam; Ali bin Abi Talib, al-Hasan bin Ali,
al-Husain bin Ali, Zainal Abidin bin al-Husain, Muhammad al-Baqir bin Zainal
Abidin, Jaafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir, Musa al-Kazim bin Muhammad al-
Baqir, Ali al-Rida bin Muhammad al-Baqir, Muhammad al-Jawwad bin Ali al-Rida,
al-Hadi bin Muhammad al-Jawwad, al-Hasan al-Askari bin Al-hadi dan akhirnya
anaknya Muhammad al-Mahdi yang ditunggu, Imam ke-12 yang didakwa memasuki
Sardaba di rumah bapanya dan dia akan keluar pada akhir zaman.
Mereka juga dipanggil al-Jafariyyah nisbah kepada Jaafar al-Sadiq. Mereka mengikut
mazhab fiqh al-Jafariyyah. Antara ajaran utama mereka ialah : Semua imam adalah
maksum, keluarnya imam ke-12 Imam al-Mahdi yang ditunggu, kembalinya Imam
dan musuh mereka sebelum berlakunya qiamat dan pegangan al-Taqiyyah.
Golongan syiah dipengaruhi pemikiran dan pandangan mereka oleh golongan
muktazilah dan diserapkan dalam tafsir mereka. Mereka juga al-Quran mempunyai
maksud yang zahir dan batin dan mereka mengambil maksud yang batin.
Antara penyelewengan syiah dalam tafsir ialah kata-kata al-Kulayni ketika
mentafsirkan ayat122 surah al-Anam


122. Dan apakah orang yang sudah mati[502] Kemudian dia kami hidupkan dan kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di
tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada
dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah
kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang Telah mereka kerjakan.
[502] maksudnya ialah orang yang Telah mati hatinya yakni orang-orang kafir dan
sebagainya.
Orang yang sudah mati ialah orang yang tidak mengetahui sesuatu. Cahaya yang
berjalan ditengah-tengah masyarakat pula ialah Imam yang diikuti manakala orang
yang berada dalam gelap gelita iala orang yang tidak mengenali Imam.
al-Kulayni menyebut riwayat dari Jaafar al-Sadiq :







35. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti
sebuah lubang yang tak tembus (Fatimah)yang di dalamnya ada Pelita besar(Al-Husayn
Alayhisalam). Pelita itu di dalam kaca (dan)(al-Husayn) kaca itu seakan-akan bintang (yang
bercahaya) seperti mutiara(Fatimah bintang di antara wanita dunia), yang dinyalakan dengan
minyak dari pohon yang berkahnya(Ibrahim), (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur
(sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[bukan Yahudi dan bukan Nasrani], yang minyaknya
(saja) hampir-hampir menerangi(Ilmu hampir keluar], walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas
cahaya (berlapis-lapis)(imam dari Imam-imam yang bersilih ganti), Allah membimbing kepada
cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki,(Allah memberi hidayah kepada Imam bagi sesiapa yang
dikehendakinya) dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha
mengetahui segala sesuatu.



40. di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih,(Muawiyah dan
pemfitnah Bani Ummayyah) apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat
melihatnya,(Orang mukmin yang difitnah oleh Bani Umayyah) (dan) barangsiapa
yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah (orang yang tidak mengikut Imam
dari keturunan Fatimah Alayhissalam), tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.
(Tidak mempunyai Imam pada hari Qiyamat
Al-Khawarij
Al-Khawarij ialah aliran mazhab yang melampau dalam menentang golongan syiah.
Mereka melampau dalam membenci Saidina Ali dan keturunannya. Sehingga
mengkafirkan mereka.
Fahaman ini muncul ketika berlakunya fitnah pada zaman Saidina Ali. Mereka
mengkritik Saidina Ali kerana bersetuju dengan al-Tahkim ketika berperang dengan
Muawiyah dalam peperangan Siffin. Mereka asalnya bersama Saidina Ali kemudian
keluar dari tentera saidina Ali. Lebih dari itu mereka kemudiannya mengkafirkan
Saidina Ali yang menjadi sebab pembunuhan saidina Ali. Saidina Ali dibunuh oleh
Abdul Rahman bin Muljam dari puak khawarij.
Golongan khawarij berpecah kepada beberapa aliran dan mereka menentang kerajaan
khalifah Umawiyah dan Abbasiyyah dan mereka membunuh orang Islam dan
mengkafirkan orang yang nelakukan dosa besar. Antara aliran utama dalam fahaman
khawarij ialah al-Azariqah, al-najdat, al-Safariyah dan al-Ibadiyyah. Dikalangan
aliran ini, yang paling hampir dengan ahli sunnah ialah aliran Ibadiyyah yang terdiri
dari pengikut Abdullah bin Ibad.
Kesemua aliran ini telah pupus kecuali Ibadiyyah menjadi pegangan sebahagian umat
Islam di Algeria, Tunisia dan menjadi agama rasmi di Oman pada hari ini.
Seperti mazhab-mazhab yang lain, puak khawarij menyokong pemikiran mereka
dengan memberio tafsiran yang menyeleweng terhadap ayat al-Quran tetapi hasil
karya mereka dalam tafsir adalah sedikit jika dibandingkan dengan muktazilah dan
syiah.
Antara tafsiran khawarij ialah Tafsir Abdul Rahman bin Rustum al-Farisi yang hidup
pada kurun ke-3H, Tafsir Yusuf bin Ibrahim al-Warjalani yang hidup pada kurun ke-6
dan dari kalangan ulama semasa tafsir Muhammad bin Yusuf al-Tafayysh
Aliran Menyeru kepada Pembaharuan Dalam tafsir
Aliran ini menyeru kepada pembaharuan dalam tafsir tetapi tidak mengikut syarat-
syarat dan metodologi pentafsiran al-Quran. Mereka berpandangan sesiapa sahaja
boleh bercakap tentang al-Quran walaupun tanpa ilmu. Golongan ini terkesan dengan
aliran-aliran yang menyeleweng sebelum ini seperti penrusan kepada fahaman
muktazilah, syiah dan khawarij. Ada juga yang terpengaruh dengan pemikiran
jahiliyah moden seperti Yahudi, Kristian, Marxisme, Kapitalisme dan lain-lain.
Mereka tidak mentafsirkan al-Quran keseluruhannya tetapi mereka mengeluarkan
kajian-kajian dan mentafsirkan ayat dengan fahaman yang salah.
Antara karya yang termasuk dalam aliran ini:
(a) al-Hidayah wa al-Irfan fi Tafsir al-Quran bi al-Quran oleh Abu Zaid al-Damanhuri,
cetakan tahun 1349H
(b) al-Jawahir fi Tafsir al-Quran oleh Syaikh Tantawi Jawhari, cetakan tahun 1351H
(c) al-Tafsir al-Qurani lil quran, Abdul Karim al-Khatib , cetakan 1976M
Tafsir-tafsir ini tidak sama dari segi penyelewengannya. Tafsir karangan al-
Damanhuri, jauh dari kebenaran sehingga mahkamah Mesir mengharamkannya.
Tafsir al-Jawahir adalah hasil syaikh tantawi seorang alim yang mulia, mempunyai
niat baik, penyelewengan ialah dari segi tafsiran yang keluar dari nas kepada kajian-
kajian ilmiah yang semasa, serta perbahasan ilmiah yang tidak kena mengena dengan
ayat.
Abdul Karim al-Khatib pula melampau dalam penggunaaan akal dalam tafsir
sehingga menundukkan nas kepada logik akal. Beliau terpengaruh dengan aliran
pemikiran asing berhubung wanita, perkara-perkara ghaib, jihad, Yahudi dan kristian,
pensyaritan dan nasakh.
Manakala buku-buklu yang menyeleweng ialah;
a) al-Fann al-Qasasi fi al-Quran oleh Dr.Ahmad Khalfullah
b) al-Quran muhawalah lifahm,i Asri oleh Mustafa Mahmud
c) Mafhum al-Nas oleh Dr. Nasr Hamid Abu Zaid
d) al-Kitab wa al-Quran, Dirasah Muasirah, Dr. Muhammad Sahrur.
1.2 Tafsir-tafsir yang termasuk dalam tafsir bi al-Ray al-Mazmun.
(a)Tafsir Majma al-Bayan oleh al-Tabarsi(m538H)
Tafsir ini merupakan tafsir yang penting bagi mazhab syiah imamiyyah. Ia ditulis oleh
Abu Ali al-Fadl bin al-Hasan bin al-Fadl, al-Tabarsi. Al-Tabarsi menjadikan kitab al-
Tibyan fi Tafsir al-Quran al-Quran yang dikarang oleh Muhammad bin al-Hasan bin
Ali al-Tusi (m460H) juga merupakan kitab utama dalam tafsir menurut syiah sebagai
sumber tafsirnya.
Al-Tabarsi menyelesaikan tafsirnya pada tahun 534H iaitu empat tahun sebelum
kematiannya.
Al-Tabarsi di dalam muqaddimah tafsirnya menyebut tentang kepentingan tafsir,
minatnya untuk menulis tafsir sejak muda lagi, memuji tafsir al-Tusi dan menyebut
tujuh bentuk ulum al-Quran. Beliau menyebut:
Saya memulakan pada setiap permulaan surah dari segi Makkiyah dan Madaniyah,
perbezaan pendapat tentang bilangan ayatnya, setiap ayat saya akan menyebut
perbezaan dari segi qiraat, kemudian saya menyebut hujah-hujah, tafsiran dari segi
bahasa, irab(fleksi), sebab turun ayat, diikuti makna-makna, hukum-hukum, kisah-
kisah dan susunan ayatdan aku namakannya Majma al-Bayan li Ulum al-Quran.
Dalam tafsir ini jelas menyebut tentang Ali sebagai imam, para imam adalah maksum,
kembalinya al-Mahdi, taqiyyah, nikah mutah, perkahwinan dengan ahli kitab dan
hukum harta rampasan perang. Beliau juga terkesan dengan fahaman muktazilah
dalam beberapa isu seperti melihat Allah.
(b)Tafsir Hayman al-Zad Muhammad Yusuf Attafayish(m1332H)
Tafsir ini merupakan tafsir aliran ibadiyyah yang digarap oleh Muhammad Yusuf bin
Isa bin Soleh Attafayish. Dilahirkan di Yasjun satu tempat yang terletak di Wadi
Mizab(lembah mizab)di selatan Algeria. Dilahirkan pada tahun 1236H. Beliau
dibesarkan dalam suasana ilmiah. Terkenal sebagai seorang yang zuhud dan warak.
Beliau mula mengajar dan mengarang ketika usianya baru mencecah 16 tahun.
(c)Al-Zamakhshariy dan tafsir al-Kashshaf
Beliau ialah Abu al-Qasim Jarullah Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Umar al-
Khawarizmi, al-zamakhshariy. Dilahirkan di kampung Zamakhshar di kawasan
Khawarizm pada hari Rabu 27 Rejab 476H dan meninggal di Bandar Khawarizm
pada malam 9 Zulhijjah 538H semasa berusia 71 tahun.
Beliau dibesarkan oleh kedua ibu bapa yang soleh. Beliau menuntut dengan bapanya
dan menghafaz al-Quran dengannya. Beliau juga belajar dengan ulama besar
zamannya di Khawarizm, Bukhara dan tempat-tempat lain. Semasa berusia 30-an
beliau terkenal sebagai ulama dalam tafsir, nahu, aqidah dan sastera.
Pada awal kurun ke-6 hijrah beliau ke Mekah untuk mengerjakan haji dan menetap di
sana sehingga dipanggil jarullah(jiran Allah) dan berjumpa dengan pembesar Mekah
Ali bin Hamzah bin Wahhas dari Al al-Bayt yang berpegang dengan fahaman
muktazilah. Di Mekah beliau menulis karya-karyanya antaranya tafsir al-Kashhaf.
Beliau juga pergi kebeberapa tempat seperti Yaman, Oman, Najd dan lain-lain.
Beliau meninggalkan hasil karya yang banyak mencecah 50 buah seperti tafsirnya,
Asas al-Balaghah,al-faiq fi gharib al-hadith. Ruus al-Masail fi fiqh al-Khilafi bayna
al-hanafi wa al-Shafii.
Metodologi al-Zamakhshary
Secara ringkas metodologi al-Zamakhshary dalam tafsir dapat dirumuskan seperti
berikut:
(a) Mentafsir al-Quran dengan bahasa Arab
(b) Menjelaskan kecantikan struktur al-Quran
al-Zamakhshary melalui tafsirnya mengaplikais teori al-Nazam yang disebut oleh
Abdul Qahir al-Jurjani. Beliau menampilkan betapa al-Quran adalah mukjizat pada
aspek bahasa, kecantikan susunan dan gaya bahasa dan balaghah al-Quran. Di sinilah
terletak keistimewaan tafsir ini sehingga menjadi rujukan dalam aspek ini.
Contoh tafsirannya yang menarik ialah:
Orang munafik tidak merasai dan tidak mengetahui



11. Dan bila dikatakan kepada mereka:Janganlah kamu membuat kerosakan di muka
bumi[24]. mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan
perbaikan.
12. Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan,
tetapi mereka tidak sedar.
13. Apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang
lain Telah beriman. mereka menjawab: Akan berimankah kami sebagaimana orang-
orang yang bodoh itu Telah beriman? Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-
orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.
[24] kerusakan yang mereka perbuat di muka bumi bukan berarti kerusakan benda,
melainkan menghasut orang-orang kafir untuk memusuhi dan menentang orang-orang
Islam.
Ayat 12 diakhiri dengan manakala ayat 13 diakhiri dengan .
Mereka yang memerhatikan kedua-dua ayat ini akan dapat melihat kecantikan al-
Quran dalam pemilihan al-Fasilah al-Quraniyyah. Ayat 11 dan 12 menjelaskan sikap
orang munafik apabila dilarang dari melakukan kerosakan lalu mereka mendakwa
mereka adalah orang-orang yang baik lalu al-Quran menjelaskan realiti mereka
sebenarnya sebagai golongan yang membuat kerosakan sedangkan mereka tidak
menyedarinya. Ayat ke-12 pula menolak dakwaan orang munafiq yang menuduh
orang yang beriman sebagai bodoh padahal merekalah orang yang bodoh. Ayat 12
diakhiri dengan orang-orang munafiq itu tidak tahu.
Pengakhiran kedua-dua ayat dengan dan amat sesuai sekali dengan
konteks ayat. Gambaran al-Quran orang munafiq sebagai perosak dimuka bumi
berkaitan dengan pancaindera. Firman Allah:


204. Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia
menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya,
padahal ia adalah penantang yang paling keras.
205. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan
kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak
menyukai kebinasaan[130].
Kerosakan yang dilakukan oleh orang-orang munafiq dapat dilihat dengan
pancaindera manusia, maka amatlah sesuai ayat 11 diakhiri dengan
kerana tidak sedar atau tidak merasai berkaitan dengan pancaindera.
Penutupan ayat ke-12 dengan tidak tahu sesuai dengan al-Sufaha yang membawa
maksud kejahilan yang merupakan kontra kepada iman. Iman memerlukan kepada
kajian, penilitian dan dalil. Perkara ini tidak dapat dicapai melainkan dengan ilmu.
Apabila orang-orang munafik menuduh orang-orang mukmin sebagai bodoh, amat
sesuai sekali dalam ayat ini menyatakan realiti bahawa orang munafik tidak berilmu :

Tuduhan mereka terhadap orang-orang yang beriman tidak mempunyai asas ilmu.
Sehubungan dengan itu al-Zamahsyari menyebut:
Mengakah ayat ini ditutup dengan dan ayat sebelumnya dengan .
Saya menjawab: Kerana perkara agama dan pendirian bahawa orang-orang mukmin
berada dalam kebenaran dan mereka berada dalam kebatilan memerlukan kepada
pemerhatian dan hujah sehingga seseorang itu memperolehi maklumat. Manakala
munafiq dan sifat melampau mereka yang membawa kepada fitnah dan kerosakan di
muka bumi merupakan urusan dunia yang menjadi kebiasaan, diketahui umum
khususnya masyarakat Arab dalam jahiliyah mereka, mereka dapat melihat
perubahan, peperangan dan cara hidup berpuak-puak, maka ianya satu yang dapat
dicapai dan dilihat oleh pancaindera. Dan apabila disebut perkataan alsafh iaitu jahil
maka pengakhiran ayat dengan ilmu tepat sekali.
(c) Menjadi syair sebagai sumber menghuraikan makna sesuatu perkataan atau semasa
menjelaskan balaghah al-Quran.
Antara penyair yang menjadi sumber al-Zamakhshari ialah Imraul Qays, al-Nabighah
al-Zubyani, Amru bin Kalthum, Antarah bin Shaddad, Tarafah bin al-Abd, Zuhair bin
Abi Sulama dari kalangan penyair jaliliyah; Hassan bin Thabit, al-Farazdaq, Jarir, al-
Mutanabbi, Abu Nuwas, Abu Tamam dari kalangan penyair Islam.
(d) Mengurangkan tafsir bil Mathur.
Beliau tidak mengikut metodologi tafsir bil Mathur, atau metodologi al-Athari al-
Nazari. Amat jarang sekali al-Zamakhshari mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran
dan kadang-kadang beliau mentafsirkan al-Quran dengan hadith tetapi al-Zamakhsari
bukan tokoh yang alim dalam bidang hadith menyebabkan banyak hadith daif dan
palsu dalam tafsir tanpa menafikan terdapatnya hadith-hadith yang sohih. Hadith-
hadith dalam tafsrinya telah dinilai oleh al-Hafiz al-Zailai dan diringkaskan oleh Ibnu
Hajar al-Asqalani.
Antara kritikan terhadap al-Zamakhsari berhubung hadith dalam tafsirnya ialah hadith
yang disandarkan kepada nabi s.a.w melalui Ubay bin Kaab berhubung kelebihan
setiap surah yang menetapkan kelebihan khusus bagi setiap surah yang disebut oleh
al-Zamakhsari diakhir setiap surah.
Hadith-hadith tersebut adalah palsu secara sepakat dikalangan ulama hadith. Ibnu
Hajar al-Asqalani menyebut:
Hadith tersebut dikeluarkan oleh Ibnu al-Jawzi dalam kitabnya al-Mawduat dari Ubay
bin Kaab dan ianya diriwayatkan oleh Ubay bin Kaab dan diriwayatkan oleh Ibnu
Mardawayh dan al-Wahidi.
Begitu juga al-Zamakhshary tidak banyak menyebut tafsiran sahabat dan tabiin.
Oleh kerana al-Zamakhsary tidak mengikut metodologi tafsir bil Mathur, atau
metodologi al-Athari al-Nazari menyebabkan kurangnya unsur-unsur israliyyat dalam
tafsirnya berbanding tafsir-tafsir yang lain.
(e) Tafsir al-Quran dengan fahaman mazhab muktazilah
Al-Zamakhsary merupakan seorang yang fanatic dengan fahaman muktazilah
menyebabkan unsure muktazilah jelas dalam tafsirnya Beliau mengemukakan hujah
dan pandangan muktazilah semasa menerangkan sesuatu ayat dan mentawilkan ayat
al-Quran sesuai dengan mazhab mutazilah. Beliau juga sangat lantang terhdap ahl
sunnah dan menggunakan ungkapan yang kasar dan sinis.
Antara contoh tafsiran muktazilah ialah firman Allah:


22. Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.23. Kepada Tuhannyalah mereka
Melihat.

[al-Qiyamah]
Semasa mentafsirkan ayat ini al-Zamakhshari mengatakan ORANG MUKMIN
TIDAK DAPAT MELIHAT TUHAN PADA HARI AKHIRAT ayat ditafsirkan
sebagai kemungkinan dan harapan melihat tuhan diakhirat.
Tafsiran yang diberikan oleh al-Zamakhshari terpengaruh dengan fahaman muktazilah
yang berpegang bahawa tuhan tidak boleh dilihat di dunia dan akhirat.
Kedudukan Tafsir al-Kashshaf
Para pentafsir yang datang selepas beliau telah merujuk kepada tafsir al-Kashshaf di
samping membidas pandangan muktazilah di dalam tafsirnya. Pengaruh tafsir al-
Kashshaf jelas dalam karya-karya berikut:
(a)Tafsir Mafatih al-Ghayb karangan Fakhr al-Din al-Razi
(b) Tafsir Gharaib al-Quran wa Raghaib al-Furqan oleh al-Qimmi al-Naisabury
(c) Tafsir Bahr al-Muhit karya Abu Hayyan al-Andalusi
(d) Tafsir al-Durr al-Masun fi Ulum al-Kitab al-Maknun oleh Samin al-Halabi
(e) Tafsir Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-tawil oleh al-baydawi
(f) Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir oleh Imam al-Nasafi
(g)Tafsir Irshad al-Aql al-Salim Ila mazaya al-Quran al-Karim oleh Abu Saud al-
Imadi
Hakikatnya tafsir al-Kashhaf merupakan satu kitab tafsir yang istimewa sekiranya
tidak ada elemen muktazilah di dalamnya menyebabkan ia dimasukkan dalam
kelompok tafsir-tafsir yang menyeleweng. Sehubungan dengan ini Muhammad
Husayn al-Zahabi mengatakan:
Mahmud bin Umar al-Zamakhsyari adalah mufassir adan ahli bahasa yang baik,
tetapi beliau mengajak kepada muktazilah..dengan itu berwaspadalah dari al-Kasshaf

Anda mungkin juga menyukai