Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING

SK. ST. ANNE, W.P LABUAN

TAHUN 2012

NAMA PROGRAM/ AKTIVITI: PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING

TARIKH PELAKSANAAN : 22 MEI 2012

TEMPAT PELAKSANAAN : DEWAN SK. LAYANG-LAYANGAN

KUMPULAN SASARAN : MURID TAHAP DUA

GURU PEMBIMBING : PUAN HAFIZAH HJ. ABD. AZIZ

MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN:

a. TARIKH :
b. MASA : 2.30 p.m.
c. TEMPAT : BILIK MESYUARAT
d. JUMLAH KEHADIRAN : 17 orang guru

LAPORAN KEWANGAN/PERBELANJAAN : TIADA

ULASAN GURU :

Pada masa latihan murid dapat menunjukkan keyakinan diri. Tetapi pada
masa pertandingan murid menghadapi masalah di bahagian pertama
Prepared Speech dengan tajuk Gossip di perenggan yang terakhir, di
mana murid terlupa dan menyebabkan persembahannya tersekat-sekat.
Pada pendapat saya ini mempengaruhi keyakinan dan semangat murid
semasa bahagian kedua iaitu Impromptu dengan tajuknya How Do I Spend
My Free Time. Sepatutnya hal ini tidak berlaku kerana murid menggunakan
teks yang sama iaitu tajuk tahun lepas. Kemungkinan murid kurang
persediaan dari segi mental kerana ketika itu murid sedang menghadapi
Peperiksaan Percubaan UPSR.
IMPLIKASI PROGRAM/IMPAK :

Murid lebih bersedia untuk menghadapi pertandingan akan datang dari segi
mental dan fizikal. Murid berpeluang menambah pengalaman dalam
pertandingan ini dan menguatkan lagi semangatnya untuk bertanding.
Persediaan yang rapi dan masa yang cukup untuk berlatih harus diambil kira
oleh guru untuk memantapkan murid dalam menghadapi pertandingan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Setiap peserta pertandingan harus diberi kata-kata semangat dari kaunselor


bimbingan untuk memantapkan persediaan seseorang peserta dalam
menghadapi apa jua pertandingan.

Perlu banyak latihan terutama dalam impromptu. Murid perlu banyak


membaca dan didedahkan dengan hal isu semasa agar banyak idea dapat
disampaikan.

GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai