Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI PUSAT SUMBER

LAPORAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER & PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012 TARIKH MASA TEMPAT : 27 Februari 2012 :7.30 pagi :Dataran perhimpunan

Majlis pelantikan dan penyerahan watikah diadakan dengan tujuan untuk mengiktiraf dan menghargai tugas pengawas pusat sumber sekolah.Pelancaran nilam juga turut diadakan untuk menyemai minat membaca di kalangan murid.Aturcara majlis adalah seperti berikut: a)Ucapan Guru Perpustakaan & Media b)Penyampaian watikah oleh guru Guru Besar c)Ucapan Guru Besar & Perasmian program Nilam d)Melepaskan simbolik Pelancaran program Nilam e)Persembahan bercerita Kekuatan program: Program berjalan lancar,mengikut aturcara. Diharapkan pengawas dapat menjalankan tugas dengan baik.Selain itu diharapkan murid-murid sedar akan kepentingan membaca untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berketrampilan dalam segala bidang. Kelemahan:Tiada

LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

TARIKH MASA: TEMPAT

:31 Mac 2012 :8.00 pagi 5.00 petang :Dewan sekolah & Pusat Sumber Sekolah

Kursus melibatkan pengawas pusat sumber dan pengawas sekolah.Kursus adalah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling,Lembaga Disiplin dan Pengawas Pusat Sumber.Para pengawas mengikuti ceramah Kepimpinan,Latihan Dalam Kumpulan & Aktiviti luar.Kursus ini diharapkan dapat menerapkan nilai kepimpinan,amanah,bekerjasama dan berdikari di kalangan peserta.Para peserta memberikan kerjasama dan kesungguhan yang baik dalam menjalani setiap aktiviti.Syabas,semoga akan menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berdisiplin.

Kekuatan program: Program mendapat sambutan yang baik dari peserta dan berjalan lancar.

Kelemahan program: Tiada.

LAPORAN AKTIVITI BULAN PSS 2011


TARIKH MASA :Sepanjang bulan Julai :Sepanjang waktu persekolahan

TEMPAT

:Kelas

Sepanjang bulan Julai pelbagai aktiviti telah diadakan yang melibatkan semua murid.Aktiviti diadakan untuk menyedarkan pentingnya membaca di kalangan murid.Di samping untuk menanam minat membaca,murid-murid juga disemai sikap bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan.Pertandingan sudut bacaan kelas telah diadakan bagi semua kelas.Guru dan murid bekerjasama untuk menyiapkan sudut bacaan kelas masing.Pemenang bagi tahap 1 ialah kelas 3 Dedikasi dan tahap 2 ialah kelas 4 Bijaksana.

Kekuatan program Semua program berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada guru-guru dan murid-murid.

Kelemahan program Tiada

LAPORAN AKTIVITI 10 MINIT BERSAMA BUKU

TARIKH Masa Tempat

:Setiap pagi (Hari Selasa hingga Jumaat) :7.10 pagi-7.20 pagi :Bilik Peperiksaan

Aktiviti ini dilaksanakan oleh 8 orang ahli rakan pembaca.Mereka akan bercerita di perhimpunan mengikut giliran yang telah ditetapkan.Setiap murid menyediakan teks cerita sendiri dan akan bercerita selama 10 minit di hadapan rakan-rakan dan guru-guru.Aktiviti diadakan bertujuan mencungkil bakat murid dan memberi sedikit pengetahuan kepada pendengar.Peserta akan mencatat aktiviti mereka di dalam buku Aktiviti Rakan Pembaca. a)Selasa b)Rabu c)Khamis d)Jumaat - M.Zulhafiz - M.Hafiy 5 Cemerlang 5 Cemerlang

- M.Aidil Qayyum 5 Cemerlang - M.Yussof 5 Cemerlang

Kekuatan Program:Program mendapat sambutan dan peserta menunjukkan minat yang baik.Melalui program ini peserta dilatih berdikari,berani dan yakin pada diri sendiri.Pendengar juga memberi respon yang baik dengan menjadi pendengar yang setia

Kelemahan:Tiada

LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN BERCERITA & SYARAHAN 2012

Tarikh Masa

:20 Jun 2012 :3.30 hingga 4.30 petang

Tempat :Pusat Sumber Sekolah

Peserta-peserta terdiri dari murid-murid kelas Cemerlang .Tujuan diadakan aktiviti ini ialah untuk mencungkil bakat murid dan memilih murid-murid yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita..Seramai 32 orang murid telah menunjukkan bakat masing-masing.Setiap peserta menyediakan skrip cerita masing-masing.Murid-murid tahun 2C yang mengambil bahagian agak gentar kerana belum berpengalaman tetapi ada yang bersahaja.Kebanyakan peserta menunjukkan kesungguhan dan bersaing untuk memenangi pertandingan. Tahun 2C - 12 orang Tahun 3C 7 orang Tahun 4C 10 orang Tahun 5C 3 orang

Kekuatan program:Mendapat sambutan yang menggalakkan Kelemahan program: Terdapat beberapa orang murid yang tidak menghafal skrip dengan baik.

KUIZ PSS & PEMINJAM BERTUAH 2012

Tarikh :Sepanjang tahun 2012 Masa :Selepas waktu persekolahan

Tempat:Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti kuiz ialah untuk murid tahap 2 manakala peminjam bertuah ialah untuk tahap 1. Setiap bulan,murid tahap 2 boleh mendapatkan soalan kuiz denga harga 20 sen di kaunter PSS.Pelbagai jenis

soalan yang perlu dijawab merangkumi pengetahuan am dan pengetahuan PSS.Murid boleh juga menjawabnya di rumah dan menghantar esoknya. Murid tahap 1 yang meminjam buku boleh mengisi borang peminjam bertuah secara percuma .Setiap akhir bulan,para pemenang dan murid yang berjaya akan menerima hadiah di dataran perhimpunan.

Kekuatan program : Murid berminat menyertainya dan dapat menarik minat mereka mengunjungi PSS. Kelemahan program:Kurang mendapat sambutan bagi kelas yang akhir.

LAPORAN PEMILIHAN TOKOH NILAM SEKOLAH 2012

Tarikh : 9 Mei 2012 Masa :3.30 petang

Tempat:Pusat Sumber Sekolah

Calon-calon dari kelas 5 Cemerlang yang terpilih telah menjalani 3 sesi ujian iaitu ujian Penulisan,Forum Bahasa Melayu dan Forum Bahasa Inggeris.Setiap peserta telah memperlihatkan bakat dan kesungguhan masing-masing untuk merebut gelaran Tokoh Nilam Sekolah.Murid yang terpilih akan mewakili sekolah dalam pertandingan Tokoh Nilam Peringkat PKG.Selain daripada itu 2 orang murid yang memenangi tempat kedua dan ketiga juga akan menerima hadiah dari pihak sekolah pada Hari Anugerah Cemerlang.

Kekuatan program : Murid berminat menyertainya dan dapat menarik minat mereka mengunjungi PSS. Kelemahan program:Kurang mendapat sambutan bagi kelas yang akhir.

Anda mungkin juga menyukai