Anda di halaman 1dari 7

Page 1

1. PENDAHULUAN

Program bengkel pengucapan awam ini amat diperlukan untuk melahirkan


murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah
bercakap dalam memberi ucapan atau berpidato dengan lebih baik. Dengan
adanya pendedahan ini dapat membina keyakinan murid untuk berhadapan
dengan sesebuah majlis seperti pengacaraan, menjadi penceramah dan
menjadi fasilitator yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi.

2. RASIONAL
Bengkel pengucapan awam ini adalah satu program yang dirangka untuk
memberi pendedahan awal kepada murid terutamanya pengawas sekolah
tentang betapa pentingnya menguasai teknik dan cara pengucapan yang
baik. Sebagai pengawas dan ketua mereka menjadi contoh kepada murid-
murid yang lain.Oleh itu mereka perlu mengetahui tatacara dan teknik
penyampaian ucapan yang baik dan berkesan supaya dapat membina
keyakinan diri dan keberanian yang tinggi dengan harapan dapat menjadi
pelapis kepada pemimpin di masa akan datang. Dengan adanya maklumat
dan pengetahuan dalam bidang ini, mereka dapat membina keyakinan diri
untuk lebih berani dalam melahirkan pandangan dan pendapat sendiri serta
dapat menyampaikan sesuatu ucapan dan ceramah dengan baik apabila
diberi tugas sebagai pengacara majlis, penceramah atau pemidato. Bengkel
pengucapan awam ini akan dijalankan berterusan sehingga fasa ke 2.

3. MATLAMAT
FASA 1 : Program ini bermatlamat untuk memberi informasi,pengetahuan
dan maklumat serta pendedahan mengenai teknik pengucapan awam
kepada murid supaya dapat menimbulkan minat, keyakinan dan keberanian
yang tinggi untuk berucap di khalayak ramai dengan ucapan yang baik dan
berkesan.

Page 2
4. OBJEKTIF

i) Untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai keterampilan


diri dan sahsiah yang tinggi, berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan
berinovatif.
ii) Membimbing murid untuk mengenali bakat dan potensi diri
yang ada pada diri mereka bagi menjana minda dalam
mencapai wawasan kecemerlangan.
iii) Membentuk sikap dan nilai positif murid dan bermatlamat tinggi
ke arah penonjolan imej kendiri yang bersesuaian .
iv) Memberi kesedaran kepada murid bahawa mereka berpotensi
untuk menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang
dan terbilang di masa hadapan.

5. TARIKH PELAKSANAAN
FASA 1
Tarikh : 26-27 Mei 2022
Hari : Khamis -Jumaat
Masa : 4.15 – 6.05 petang
FASA 2
Tarikh : 25 – 26 November 2021
Hari : Khamis -Jumaat
Masa : 4.15 – 6.05 petang

6. TEMPAT PROGRAM
Dewan Bestari, SK Sungai Udang.

7. YURAN PENYERTAAN
RM 15

Page 3
.8.KUMPULAN SASARAN
Bengkel Pengucapan awam ini mensasarkan seramai 21 orang murid tahun
3, dan 16 orang murid tahun 2.

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI RM/unit JUMLAH


1. Alatulis dan Fail 37 RM 5 RM 185.00
2. Cenderahati murid 37 RM 5 RM 185.00
3. Makan dan minum 37 RM 5 RM 185.00
JUMLAH RM 555.00

9. AJK PROGRAM

PENASIHAT : EN ABDUL HALIM BIN AHMAD (GURU BESAR)

PENGERUSI : PN MAZHANIZA BINTI MAT ZAIN (GPK KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI :PN SALAMAH BT SULAIMAN (GPK KO-KURIKULUM )

:PN RUHAIMAH BINTI AWANG (GPK PETANG)

PENYELARAS : EN. MATDINOS BIN TALIB

SETIAUSAHA : PN NOR FAIZAH BINTI ALIAS

JAWATANKUASA KERJA

JURUACARA : PN NOORHAYATI BINTI OTHMAN

AJK BUKU PROGRAM : PN SITI MARIAM BINTI MOHAMAD

BACAAN DOA : EN. MUHAMMAD HAAKIM BIN EDRUS

AJK PERSIAPAN TEMPAT : EN. HUSNUL HADI BIN HUSIN

Page 4
AJK KEBERSIHAN : PN KALAWATHY A/P KUPUSAMY
: PN NOR FAIZAH BINTI ALIAS
: PN NOORHAYATI BT OTHMAN
AJK PENDAFTARAN : PN SITI MARIAM BINTI MOHAMAD
AJK MAKANAN : PN NOORHAYATI BT OTHMAN
DOKUMENTASI : PN NOR FAIZAH BINTI ALIAS
FOTOGRAFI : EN. MUHAMMAD HAAKIM BIN EDRUS
RAKAMAN VIDEO : EN HUSNUL HADI BIN HUSIN

10. SENARAI TUGAS

1. Pengacara Majlis
- Bertanggungjawab mengacara majlis dari mula hingga akhir
dengan lancar.

2. Bacaan Doa
- Membaca doa pembukaan majlis.

3. AJK Buku Program


- Menyediakan buku program

4. AJK Makanan
- Bertanggungjawab dalam penyediaan makanan di akhir program.

5. AJK /Persiapan Tempat/Peralatan


- Bertanggungjawab dalam menyediakan tempat aktiviti yang ingin
dijalankan, susunan kerusi meja termasuklah alat tulis, , keperluan
aktiviti, dan lain-lain lagi.
- Menyediakan peralatan LCD dan OHP dan memastikan ia dapat
berfungsi dengan baik.
- Bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga dan memastikan
keselamatan semua peralatan.

Page 5
6. AJK Kebersihan
- Memastikan kebersihan bilik media dikawal dengan rapi.
memastikan kebersihan memuaskan di sepanjang program
dijalankan.
- Memastikan sampah dibuang dan dimusnahkan dengan cara yang
betul.

7. AJK Pendaftaran
- Menyenaraikan nama peserta program

8. AJK Fotografi dan Rakaman Video


- Merakam dan mengambil gambar aktiviti yang dijalankan dari mula
hingga akhir.

11. JADUAL PROGRAM

25 – 26 MAC 2021( FASA 1) / 25-26 NOVEMBER 2021( FASA 2)


( Khamis-Jumaat )
MASA PROGRAM
4.15 petang Pendaftaran dan taklimat .

4.30 petang Ice Braking

Nyanyian lagu Negaraku.

Senamrobik

4.45 petang Slot 1 : RANTAIAN NAMA

5.00 petang Slot 2 : Bengkel bacaan Ikrar dan doa

5.30 petang Slot 3 : Bengkel Teknik pengucapan awam

6.05 petang Penyampaian cenderahati dan bersurai.

Page 6
12. MENU
Spaghetti Goreng + Air mineral

13. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai


objektif seperti yang disasarkan. Kerjasama dan komitmen setiap ahli dan
guru-guru adalah disanjung tinggi dan semoga apa sahaja sumbangan dan
idea yang dicurahkan akan memberi kebaikan kepada semua.

Disediakan oleh,

……………………………….
(PN NOR FAIZAH BINTI ALIAS)
Setiausaha
Badan Pengawas SKSU 2021

Disemak oleh,

…………………………………
( EN. MAT DINOS BIN TALIB )
Penyelaras
Badan Pengawas SKSU 2021

Disahkan oleh,

………………………………….

Page 7

Anda mungkin juga menyukai