Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA: SEMINAR TEKNIK BELAJAR BERKESAN KEPADA PELAJAR

TINGKATAN 2 DAN 3

PENDAHULUAN:

Seminar ini memfokuskan kepada Teknik Belajar Berkesan. Ia bertujuan untuk


memudahkan proses pembelajaran murid dalam menempa kejayaan. Program ini
diadakan selama satu hari di SMK Tunku Besar Tampin. Tanpa teknik dan bimbingan
yang berkesan, murid kurang tumpuan dalam memfokuskan pembelajaran. Lantaran
itulah pentingnya program seperti ini diadakan sebagai pendedahan kepada setiap
pelajar yang disasarkan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri.

Menurut Davis (1993), tiada satu pun gaya pembelajaran yang mempamerkan cara
terbaik daripada yang lain, dan tidak ada juga mana-mana gaya pembelajaran yang
dapat meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Beliau seterusnya menekankan
kepentingan memahami gaya pembelajaran untuk; menerangkan perbezaan strategi
pembelajaran pelajar, membentuk strategi pengajaran supaya mudah difaham pelajar
dan membimbing pelajar meneroka strategi pembelajaran yang lebih berkesan.

Seterusnya Messick (1976) dan Grasha (1984) menekankan bahawa kefahaman


tentang gaya pembelajaran dan orientasinya membantu keberkesanan pengajaran,
sementara pelajar pula lebih berpuas hati dan lebih produktif jika mereka belajar dengan
kaedah yang sesuai dengan gaya mereka sendiri. Sementara Claxton dan Murrell (1987)
pula mengenal pasti sekurang -kurangnya enam belas model gaya pembelajaran yang
disenaraikan menurut kategori “model bawang merah”, sebagaimana yang dikemukakan
Curry (1987).

RASIONAL:

Menyedari betapa pentingnya pendedahan tentang Teknik Belajar Berkesan bagi pelajar
maka kami mengambil inisiatif untuk mengadakan suatu program agar mereka diberikan
pendedahan awal dalam mempertingkatkan pengurusan diri demi mencapai
kecemerlangan di masa akan datang.

MATLAMAT:

Matlamat utama program ini adalah demi untuk memberi pendedahan, kefahaman dan
pengetahuan kepada pelajar betapa pentingnya Teknik Belajar Berkesan dalam diri
setiap pelajar bagi meningkatkan kecemerlangan.

OBJEKTIF:

Pada akhir Program SmartStudy Giga Memory, peserta dijangka mampu:


1. Faham keupayaan sebenar minda dalam mempelajari sesuatu. Dapat meningkatkan
potensi diri.
2. Berfikir dengan lebih positif setiap kali menghadapi cabaran semasa menuntut ilmu
baru.
3. Menguasai teknik-teknik asas Memori seperti Bahasa Memori, Akronim, Akrostik &
Audionim.
4. Menguasai beberapa teknik lanjutan memori seperti Cerita Kreatif & SmartStudy
@Pocket.
5. Mengaplikasikan teknik-teknik yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.

PENCERAMAH:
Tuan Osman Affan, salah seorang speaker dalam Simposium Tutor Profesional Malaysia.
Pemegang Ijazah Perakaunan dari University Of Plymouth, United Kingdom. Seorang
Audit Associate di sebuah syarikat perakauanan terbesar di dunia Price Water House
Cooper Charted selama 3 tahun sebelum meneruskan kerjaya di dalam yang beliau
minati psikologi dan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Islam
Antarabangsa, Gombak dan menamatkan pengajian pada 2006 dengan Ijazah Master of
Education, Counseling & Guidance.

Mengasaskan Smart Study pada 2004 dan telah mengajarkan Teknik Belajar Berkesan
kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti. Telah menuis lebih dari 10 buah buku
berkenaan Motivasi Belajar Berkesan Smart Study dan kesemua nuku-buku tersebut
telah mencapai tahap ‘Best Seller’

Pada November 2012, kisah beliau telah dipaparkan di dalam majalah ‘TOP 10 Of
Malaysia’ di atas faktor keunikan, pengaruh serta keberkesanan program-program Smart
Study beliau.

SASARAN:

Sasaran utama program adalah pelajar Sederhana dan Separa Sederhana bagi Tingkatan
2 dan 3 seramai 150 orang.

TARIKH:

TEMPAT:
Dewan Tan Sri Rashdan Baba

SENARAI JAWATANKUASA:
Rujuk Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM:
Rujuk Lampiran 2
ANGGARAN PERBELANJAAN/SUMBER:
Rujuk Lampiran 3

PENUTUP:
Semoga program motivasi dengan tajuk Teknik Belajar Berkesan ini dapat berjalan
dengan lancar hasil komitmen dari semua pihak.

1. Mengadakan sessi kursus bagi Program Teknik Belajar Dengan Berkesan kepada
kumpulan murid sederhana dan murid lemah di SMK Tunu Besar Tampin.
2. Membantu pelajar tingkatan 1, 2, dan 3 dalam mempelajari teknik pembelajaran
yang berkesan.
3. Memberikan motivasi kepada pelajar kumpulan sederhana dan lemah untuk
meningkatkan prestasi akademik mereka melalui penggunaan teknik belajar yang
efektif.

Tentatif program 4 Jam SmartStudy @ Giga Memory


Masa | Aktiviti
Masa Topik
8.30am-10.00am SLOT 1: MINDA-Membina Minda Pelajar Cemerlang

10.00am-10.30 am SLOT 2: MEMORI-Teknik Memori SmartStudy


10.30am-11.00am Rehat. Minum Pagi.
11.00am - Sambungan Slot 2: Memori
12.00pm
12.00am-1.00pm SLOT 3:MASA-Pengurusan Masa Efektif
1.00pm Tamat. Bersurai

METODOLOGI:

1. Ceramah: Tuan Osman Affan akan memberikan ceramah mengenai teknik belajar
yang berkesan. Dia akan memperkenalkan teknik-teknik penting dan memberikan
contoh-contoh praktikal yang relevan kepada pelajar.
2. Aktiviti Berkumpulan: Peserta seminar akan diberi peluang untuk terlibat dalam
aktiviti berkumpulan yang dirangka khas untuk meningkatkan pemahaman mereka
tentang teknik-teknik pembelajaran yang diajar.
3. Sesi Soal Jawab: Pelajar akan diberi peluang untuk bertanya soalan berkaitan dengan
topik yang dibincangkan. Tuan Osman Affan akan memberikan jawapan dan nasihat
yang sesuai untuk membantu pelajar dalam memahami konsep yang diajarkan.
4. Penyampaian Sijil Kehadiran: Setiap peserta akan menerima sijil kehadiran sebagai
penghargaan atas penyertaan mereka dalam seminar.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN:

1. LCD projektor dan skrin projektor


2. Mikrofon bergerak
3. Peralatan pembersihan, seperti tisu basah dan tisu kering
4. Meja dan kerusi untuk Tuan Osman Affan dan peserta seminar
5. Peralatan tulis, seperti papan hitam/putih, marker, dan pemadam
6. Bahan-bahan rujukan berkaitan teknik belajar yang berkesan untuk disebarkan kepada
peserta seminar

ANGGARAN PERBELANJAAN:

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH


1. Peralatan dan kelengkapan 10 set X RM6.00 RM60
2. Cetakan bahan-bahan rujukan 150 set X RM10.00 RM1500
3. Makanan dan minuman 180 pax X RM12.00 RM2160
. Cenderamata / Sijil Kehadiran 180 helai X RM8.00 RM1440

JUMLAH RM5160.00

JUMLAH KOS KESELURUHAN:RM5160.00

PENUTUP:

Diharapkan bahawa melalui seminar ini, pelajar kumpulan sederhana dan lemah di SMK
Tunku Besar Tampin akan mendapat manfaat yang besar dan memperoleh peningkatan
dalam prestasi akademik mereka. Seminar ini diharapkan dapat memberikan motivasi
kepada mereka untuk menggunakan teknik-teknik belajar yang berkesan dalam
pembelajaran mereka

JAWATANKUASA SEMINAR EKNIK BELAJAR BERKESAN 2023


PENASIHAT : ZUL BIN NORDIN
PENGETUA CEMERLANG, SMKTBS

PENGERUSI: CIKGU ZULKIFLI BIN NORDIN


GURU PENOLONG KANAN, SMKTBS

TIMBALAN PENEGRUSI: KETUA BIDANG MATEMATIK & SAINS


KETUA BIDANG BAHASA

SETIAUSAHA: CIKGU WAN FAIZAH BINTI


KETUA PANITIA SAINS

NAIB SETIAUSAHA: CIKGU AHMAD KAMAL VINCENT BIN ABDULLAH


KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS

BENDAHARI: CIKGU SATISH KUMAR A/L KRISHNAN KUTTY


KETUA PANITIA MATEMATIK

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA:

Pendaftaran :

Persiapan Dewan:

Pengacara Majlis:

Backdrop:

Buku Program:

Jurugambar:

Anda mungkin juga menyukai