Anda di halaman 1dari 31

06000, JITRA, KEDAH

KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA GURU PELATIH : HARRISON NJAU (901106-13-6933)

KENDY DAVID SINGOD (900924-13-7183)

ALLISTER BIN NURDIN (911031-12-5795)

KUMPULAN/UNIT: PPISMP PK/PJ/PS SEM 1 2010

KOD MATA PELAJARAN : KBNK 1311 D1

NAMA PENSYARAH PEMBIMBING : Encik Rosli Bin Abdul Wahab

TARIKH SERAHAN : 02 SEPTEMBER 2010

BIODATA DIRI
NAMA GURU PELATIH : HARRISON NJAU

TARIKH LAHIR : 06 SEPTEMBER 1990

UMUR : 20 TAHUN

ALAMAT TETAP : CTC RC MISSION CHURCH,

SK GOOD SHEPHERD, 98050,

MARUDI BARAM

ALAMAT SEMASA : L2/A2/40 KOLEJ KEDIAMAN IPG

KAMPUS DARUL AMAN, 06000, JITRA, KEDAH

NEGERI ASAL : SARAWAK

BANGSA : KENYAH

NO. TELEFON : 019-8677599

E-MAIL : ipdariaxern@gmail.com
BIODATA DIRI

NAMA GURU PELATIH : ALLESTER BIN NURDIN

TARIKH LAHIR : 31 OKTOBER 1991

UMUR : 19 TAHUN

ALAMAT TETAP : KAMPUNG TUGUSON,

JALAN RANAU, 89150,

KOTA BELUD

ALAMAT SEMASA : L1/A2/19 KOLEJ KEDIAMAN IPG

KAMPUS DARUL AMAN, 06000, JITRA, KEDAH

NEGERI ASAL : SABAH

BANGSA : DUSUN

NO. TELEFON : 019-8704461

E-MAIL : Gadivv!@yahoo.com
BIODATA DIRI

NAMA GURU PELATIH : KENDY DAVID SINGOD

TARIKH LAHIR : 24 SEPTEMBER 1990

UMUR : 20 TAHUN

ALAMAT TETAP : No. 400, KAMPUNG BUNUK,

KM 34 JALAN PUNCAK BORNEO, 93250,

KUCHING

ALAMAT SEMASA : L1/A2/03 KOLEJ KEDIAMAN IPG

KAMPUS DARUL AMAN, 06000, JITRA, KEDAH

NEGERI ASAL : SARAWAK

BANGSA : BIDAYUH

NO. TELEFON : 014-8771873

E-MAIL : wdkenjie@gmail.com
TAJUK

KEMAHIRA
N BELAJAR
JABATAN BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARUL AMAN
06000, JITRA, KEDAH
PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana izin dan juga berkat dari Dia, saya telah
berjaya menyiapkan tugasan yang bertajuk kemahiran belajar ini dengan jayanya dari
permulaan tugasan ini diberikan sehinggalah tugasan ini diserahkan untuk disemak.

Sekalung penghargaan kepada pensyarah bagi mata pelajaran kemahiran belajar


dan kaunseling sebagai pensyarah pembimbing iaitu Encik Rosli Bin Abdul Wahab atas
tunjuk ajar dan juga bimbingan yang diberikan sepanjang tugasan ini disiapkan.
Nasihat pensyarah amatlah berguna kerana segala kesilapan semasa penyiapan tugasan
ini dapat diperbetulkan agar sesuai dengan tajuk yang telah diberikan.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah turut membantu
dalam menyiapkan tugasan ini dari segi penyumbangan idea-idea yang bernas. Selain
itu mereka juga banyak membantu dari segi menyediakan kemudahan fotokopi dalam
menukarkan tugasan ini kepada bentuk portfolio.

Pihak Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman juga banyak
membantu dari segi peminjaman buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan kemahiran
belajar.
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
BIODATA DIRI
SETIAP AHLI
HALAMAN JUDUL
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
KONSEP ATAU PENGERTIAN
KEMAHIRAN BELAJAR
KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR
KEMAHIRAN MEMPEROLEH

MAKLUMAT
KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT
PENGURUSAN GRAFIK
REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
A) BAHAN RUJUKAN
B) SOALAN TUGASAN
C) BORANG KOLBORASI

PENGENALAN

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan


kemahiran - kemahiran   generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif
dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai,
supaya dikuasai oleh pelajar.  Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar
dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran
yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu
diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.  

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan
pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke
pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.

Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan


maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses
supaya lebih mudah difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah
tertentu.

Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung
kepada kehendak dan tujuan pembelajaran.
APA ITU
KEMAHIRAN BELAJAR??
Konsep atau pengertian kemahiran belajar

Mencapai kejayaan merupakan satu impian dan tujuan seseorang pelajar yang
ingin Berjaya dalam hidup. Walau bagaimanapun, kejayaan hanya dapat diperolehi
jika pelajar tersebut mengetahui cara belajar yang betul.

Kemahiran belajar merupakan satu proses tindakan seseorang untuk berusaha


mendapatkan perubahan tingkah laku yang baru secara menyeluruh dalam pelajaran
mereka. Kaedah belajar cara belajar (BCB) merupakan satu bentuk kemahiran
memperoleh teknik pembelajaran secara efektif dengan atau tanpa guru. Melalui
kaedah ini, pelajar dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan mereka dalam proses
pembelajaran mereka. Dalam hal ini juga pelajar dapat mengambil tindakan-tindakan
yang efektif untuk mengatasi kelemahan mereka dan meningkatkan lagi kekuatan
belajar mereka. Kaedah ini penting untuk dikuasai oleh pelajar kerana masa
pengajaran dan pembelajaran di kelas adalah terhad.

Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar merupakan satu teori umum,
prinsip dan kaedah tertentu yang dapat meningkatkan berkali ganda keberkesanan
belajar. Berdasarkan Modul OUM HBML 2203, 2009, kemahiran belajar merupakan
kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.
Berdasarkan pengertian di atas, secara tidak langsungnya, dapat dikatakan bahawa
kemahiran belajar merupakan satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang
untuk mendapatkan suatu perubahan pada tingkah laku yang baru secara keseluruhan.

Gaya pembelajaran menurut Felder dan Herriques, (1995), adalah kaedah tersendiri
yang digunakan oleh setiap individu ketika mencari, menyimpan dan mengeluarkan
semula maklumat. Gaya pembelajaran memerlukan tumpuan yang tinggi dan usaha
yang tekun ketika menerima maklumat dalam kelas dan untuk memproses maklumat
tersebut bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman. Dalam proses ini, pelajar
dapat memasukkan maklumat yang penting ke dalam minda ataupun disimpan di
dalam memori. Pengamalan gaya pembelajaran ini seterusnya dapat membentuk
sahsiah diri yang baik dalam kalangan pelajar. Oleh itu, berlaku ransangan atau
respon dalam tingkah laku yang positif terhadap pelajar secara keseluruhan. Jika
dilihat secara menyeluruh, tindakan ini dapat membawa pelajar membawa hasil
daripada pengalaman sendiri ke dalam interaksi dengan persekitarannya.
MENGAPA PENTINGNYA
KEMAHIRAN BELAJAR??
Kepentingan kemahiran belajar

Seperti yang kita ketahui kajin telah lepas menjelaskan bagi membolehkan
seseorang itu belajar dengan lebih Berjaya,pelajar yang berkenaan harus didedahkan
dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Dengan ini ,adalah sangat penting
bagi seseorang itu menguasai kemahiran belajar kerana kemahiran merupakan
komponen utama bagi seseorang yang hendak Berjaya. Kemahiran belajar ini jelas
menunjukan kepentingannya dalam pelbagi aspek.

Penguasaan kemahiran belajar mampu membuatkan seseorang itu mahir


memproses maklumat dengan tepat dan ini merupakan salah satu kepentingan utama
kemahiran belajar. Pengusaan kemahiran ini membolehkan seseorang itu mampu
mencantumkan, dan menintergrasikan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil
yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Bagi menguasi kemahiran
memproses maklumat ini terdapat empat bahagian yang perlu dikuasi iaitu
menganalisis maklumat, mentafsir, menilai, mensintesiskan maklumat. Contohnya
seseorang itu haruslah memastikan bahawa data yang hendak diproses melebihi tiga
data dengan itu empat proses tersebut boleh menghasilkan maklumat yang tepat. Selain
itu,pelajar yang menguasai sepenuhnya kemahiran ini berkebolehan bagi
mencapai,menilai,menyusun,menyerap dan menggunakan maklumat secara efektif
daripada pelbagai sumber dan format. Kewajipan untuk menguasi kemahiran ini amat
penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.

Meningkatkan daya ingatan juga merupakan salah satu kepentingan kemahiran


belajar. Seseorang itu boleh meningkatkan daya ingatan dengan mengetahui prinsip
asas otak manusia dan bagaimana manusia ingat dan lupa. Kebolehan menguasai
kemahiran mengumpul maklumat ini penting kerana ianya boleh membantu seseorang
itu menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan, contohnya
membantu meningati kembali perkara-perkara yang penting yang telah dibaca dan
lain-lain. Selain itu, kemahiran ini boleh melahirkan sesorang yang mampu berfikir
dengan kritis dan kreatif. Adalah harus kita ketahui bahwa ingatan manusia terbahagi
kepada dua iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Bagi menguasai
kemahiran ini teknik mengingat haruslah wajib dikuasai iaitu mnemonik, lokus,dan
chunking. Teknik ini sering berkaitan antara satu sama yang lain bagi menguasai
kemahiran mengingat.

Kemahiran belajar juga menyatakan bahawa kemahiran belajar membolehkan


seseorang itu mampu menggunakan pelbagai sumber-sumber persekitaran dan lain-
lain,dengan ini,jelaslah bahawa ianya juga merupakan salah satu kepentingan
kemahiran belajar. Berkaitan dengan sumber-sumber ,ini jelas menunjukan bahawa
ianya adalah berasaskan dengan kemahiran mengumpul maklumat. Menurut seorang
tokoh yang menyatakan bahawa rangsangan terhasil daripada persekitaran yang
diterima system saraf yang mana ianya melalui saraf-saraf manusia. Bagi menguasai
kemahiran ini seseorang itu perlu mengenal pasti keadah-keadah utama mencari atau
mengumpul maklumat iaitu media dalam pusat sumber, pelayaran internet,
eksperiment, membuat rujukan, membaca, mendengar secara aktif dan mencatat nota.
Penguasaan kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempunyi keupayaan
mengumpul maklumat secara berkesan dan seterusnya meningkatkan keupayaan
mengenal pasti sumber pembelajaran cara mendapatkan maklumat dari temu ramah,
membuat rujukan, mengenal pasti maklumat dalam buku, cara merujuk kamus dan
sebagainya. Secara keseluruhannya seseorang itu sentiasa boleh membekalkan
maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu dengan adanya kemhiran mengumpul
maklumat dari pelbagai sumber.

Selain itu, kepentingan yang boleh diperolehi dari kemahiran belajar. Antaranya
ialah seseorang itu akan dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang wujud, seseorang akan dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada
dengan pembelajaran yang baru, membangkitkan kesediaan seseorang terhadap isi
pelajaran yang akan dipelajari, dan melatih seseorang itu menggunakan persepsi
dengan tepat untuk membina jalan pemikiran yang rasional. Selain itu, objektif
kemahiran belajar adalah menyediakan seseorang berupaya belajar tanpa guru,
membolehkan sesorang menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain
sebagai sumber pembelajaran, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai
tahap pembelajaran sendiri, membolehkan sesorang itu mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.
Secara keseluruhannya teknik dalam kemahiran belajar juga dapat meningkatkan
pemahaman dan pencapaian pelajar.

Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin seseorang. Hal ini dinayatakan
sedemikian kerana Kemahiran belajar mampu memupuk disiplin contohnya dalam
kemahiran mengurus masa yang mana melibatkan seseorang itu harus membuat
jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Hal ini akan
mendisiplinkanseseorang itu untuk belajar pada masa yang dijadualkan mengikut
jadual waktu belajarnya. Seseorang itu juga akan lebih peka terhadap kepentingan
pengurusan masa yang betul.
KEMAHIRAN MEMPEROLEH
MAKLUMAT
Dari pandangan RM Gagne, kemahiran memperoleh maklumat berlaku dimana
terdapat ransangan daripada persekitaran dan kemudian diterima dengan sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Adalah sangat penting sesuatu pengalaman yanhg
tersimpan dalam stor ingatan jangka panjang kerana ianya boleh dikaitkan dengan
pengalaman baru untuk memudahkan proses pembelajaran. Maklumat yang dikumpul
daripada berbagai-bagai sumber dan dengan berbagai-bagai cara perlu diproses
supaya mudah dianalisis, dibuat kesimpulan dan menghasilkan laporan maklumat yang
ringkas, tepat dan menarik.

Menurut Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran,


Datuk Yusoff Harun semasa berucap pada majlis perasmian Anugerah Pusat Sumber
Sekolah (PSS) Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2006, koleksi bahan dipilih akan
mempengaruhi penggunaan dan impaknya. Perkaitannya dengan seorang pelajar
adalah pelajar tersebut perlu bijak memilih bahan yang bakal digunakan dalam usaha
untuk mendapatkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan topik
pembelajarannya didalam kelas. Maklumat yang telah ada akan dikembangkan secara
terancang bagi mengoptimumkan penggunaan, pemikiran kreatif serta inovatif
mengikut kreativiti pelajar itu sendiri.

Oleh itu kemahiran memperoleh maklumat amat penting dikuasai oleh semua
pelajar supaya mereka tidak terlalu bergantung dengan nota kuliah tetapi juga
membuat rujukan untuk menambah dan mengukuhkan lagi penguasaan mereka dalam
sesuatu matapelajaran. Pelajar juga perlu tahu sebab mereka mencari maklumat,
memahami sikap manusia apabila berdepan dengan maklumat, memahami keperluan
maklumat tersebut terhadap pelajar itu sendiri, dan cara mencari maklumat.
Kemahiran memperoleh maklumat boleh terbahagi kepada beberapa sumber iaitu
melalui pelbagai media dalam pusat sumber, pelayaran internet, eksperimen, membuat
rujukan, membaca, mendengar secara aktif dan mencatat nota.

Kemahiran yang pertama ialah kepelbagaian media dalam pusat sumber. Setiap
institusi pendidikan mempunyai pusat sumber atau perpustakaan. Perputakaan
merupakan sumber ilmu yang cukup penting dan mudah bagi seseorang mendapatkan
maklumat kerana ianya berperanan membantu pelajar mahupun guru dan juga
pensyarah dengan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar mereka tidak
mengharapkan buku-buku teks ataupun kaedah tradisional sahaja menimba ilmu
pengetahuan. Pusat sumber juga tempat untuk menghasilkan, mengumpul,
menggunakan pelbagai peralatan,melatih serta membimbing pelajar dan guru dalam
menggunakan kemahiran mencari dan mengaplikasikan maklumat secara sistematik.
Segala perancangan dan cara mengunakan perpustakaan perlu dipelajari bagi
mendapatkan sumber ilmu dengan cepat dan pantas.

Didalam pusat sumber ada pelbagai media yang boleh digunakan sebagai sumber
rujukan iaitu Kad Katalog, Indeks dan Bibliografi Nasional Malaysia (keluaran PNM),
Indeks Surat Khabar, Abstrak, Rujukan, Bibliografi dan Indeks pada buku dan
Katalog atas talian. Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam
perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan. Bersaiz 3
in x 5 in atau 7.6 cm x 12 cm dan terbahagi kepada tiga iatu Kad Pengarang, Kad Judul
dan Kad Perkara. Rekod dan maklumat dalam katalog terbahagi pula kepada lapan
iaitu tajuk, edisi, jenis bahan atau jenis penerbitan, penerbitan atau edaran, diskripsi
fizikal, siri, nota, dan nombor panggilan. Kad katalog berfungsi sebagai satu rekod
tentang semua bahan dalam Pusat Sumber untuk menyenangkan pengguna mengesan
sesuatu buku yang dikehendaki. Kad Katalog ini terapat beberapa jenis iaitu buku
katalog, kad katalog, dan microform katalog. Susunan kad katalog ada dua iaitu
katalog kamus dan katalog terpisah (dua bahagian). Sumber yang kedua ialah Indeks
dan Bibliografi Nasional Malaysia (keluaran PNM). Bibliografi adalah senarai sumber
yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan dan dalam pengelasan Bibliografi,
penulisannya perlulah konsisten dan mengikut standard. Pengelasan ini terbahagi
kepada dua iaitu mengorganisasi dan skema pengelasan.
Kebanyakkan Pusat Sumber dan Perpustakaan melanggan beberapa akhbar harian
untuk bacaan pengguna. Indeks suratkhabar disediakan untuk kemudahan pelajar
mendapatkan berita dan maklumat yang disiarkan dalam akhbar berkenaan. Abstrak
pula ialah ringkasan penuh sebuah rencana penyelidikan, ulasan atau analisa terperinci
sebuah bidang perkara atau kajian. Dalam sumber Rujukan, Bibliografi dan Indeks,
buku rujukan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu buku rujukan am dan buku
rujuka khusus. Online Public Access Catalog (OPAC) atau katalog atas talian
merupakan katalog paling terkini dan kebanyakkan perpustakaan menggunakan
perkhidmatan ini menggantikan katalog manual mereka. Ianya penunjuk kepada
semua sumber maklumat dalam perpustakaan.

Kemahiran kedua yang boleh digunakan oleh seseorang itu adalah melalui
pelayaran internet. Kini penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi atau
Information dan Communication In Technology(ICT) amat bernilai dalam pengajaran
dan pembelajaran. Para pensyarah lebih suka memberikan tugasan kepada para
pelajar dengan menggunakan ICT. Pelayaran ini boleh dilakukan dengan
menggunakan beberapa enjin carian contohnya google atau yahoo. Terdapa beberapa
fasiliti dalam menggunakan internet iaitu E-mail, Mailing List, File Transfer
Protocol(FTP), News Group, dan World Wide Web. Penggunaan ini bergantung
kepada kemahiran dan kepakaran pelajar menggunakan computer dan kemahiran
melayari internet. Terdapat kelebihan dan kelemahan internet kepada media
pengajaran dan pembelajaran. Melalui internet, pembelajaran dapat dilakukan secara
kolaboratif dan secara aktif. Penggunaan internet tiada batasan masa dan juga
meningkatkan penguasaan bahasa ingeris para pelajar. Utamanya, maklumat didalam
internet tidak terhad. Cara pembelajaran pelajar lebih pelbagai dengan adanya
internet. Keyakinan dan akses kendiri pelajar dapat juga ditingkatkan. Kelemahanya
terhadap pelajar juga adalah terdedah kepada bahan-bahan yang berunsur lucah atau
porno. Oleh kerana bahan maklumat didalam internet tidak terhad maka keesahan
maklumat tersebut adalah kabur dan terdapat keraguan. Pelajar yang tidak
memanfaatkan sumber internet dengan baik dan betul akan menjadikan internet
sebagai gannguan yang besar dalam diri pelajar. Capaian penggunaan ini juga masih
belum meluas sepenuhnya kerana masih terdapt segelintir kawasan pedalaman yang
masih belum ada rangkaian atau kemudahan mengakses internet mahupun
pengetahuan terhadap penggunaan internet itu sendiri oleh masyarakat setempat.
Kemahiran yang ketiga ialah membuat rujukan. Tempat yang paling sesuai untuk
membuat rujukan ialah di perpustakaaan. Dengan membuat rujukan, pelajar tidak
terlalu bergantung dengan nota kuliah semata-mata. Adanya kemahiran membuat
rujukan, pelajar akan lebih memahami tentang sesuatu pembelajaran yang berlaku.
Menurut Kamarudin dan Siti Hajar (2004), kemahiran merujuk kepada kebolehan-
kebolehan tertentu yang akan hanya didapati melalui banyak latihan. Dalam konteks
pembelajaran di IPG, kemahiran memperoleh maklumat melalui membuat rujukan
merujuk kepada temubual iaitu peringkat sebelum, semasa, dan selepas temubual.
Temubual adalah cara seseorang menemuramah seseorang yang lain bagi
mendapatkan maklumat tertentu yang diingini. Lazimnya maklumat diperolehi
daripada tokoh, pakar dalam sesuatu bidang, orang kenamaan, atau seseorang yang
terlibat dalam sesuatu peristiwa.

Sebelum peringkat temubual, persediaan adalah perlu seperti menentukan


maklumat yang ingin diperlukan, kenalpasti orang yang ingin ditemuramah, selidik
latar belakang orang yang ingin ditemuramah serta bidang yang ingin ditemuramah,
tempat,masa dan tarikh untuk temubual. Paling penting ialah soalan-soalan yang ingin
diajukan dan juga alat-alat yang akan digunakan untuk membuat temubual seperti alat
perakam, alat tulis, kamera dan sebagainya keperluan lain. Semasa peringkat
temubual, orang yang ingin menemubual perlulah sampai lebih awal daripada masa
yang ditetapkan. Ucapan dalam keadaan bertatasusila. Bersikap ramah dengan tokoh
berkenaan, nyatakan tujuan temubual dengan jelas, interaksi yang selesa, minat untuk
mendengar perkara yang ingin diceritakan, pendengar yang patuh, kemukakan soalan
yang telah disediakan, gunakan alat perakam suara, kamera dan sebagainya jika perlu
dan nyatakan penghargaan terhadap tokoh berkenaan sebaik sahaja selesai temubual
dijalankan. Selepas temubual, maklumat perlulah diteliti mengikut yang telah dicatat
dan dirakamkan, merancang isi penting sama ada perlu disusun, rangka draf pertama
melalui maklumat yang diperolehi, teliti draf sama ada perlu penambahbaikan atau
tidak, masukkan gambar, rajah atau grafik untuk memudahkan pemahaman,
senaraikan bahan bacaan untuk rujukan, dapatkan bimbingan daripada pensyarah
dan sebarkan maklumat atau penulisan anda kepada orang lain.
Pemerhatian dalam rujukan melibatkan proses mengumpul maklumat tentang objek
dan fenomena dengan menggunakan sebahagian atau semua deria. Pemerhatian boleh
secara kualitatif atau kuantitatif. Pemerhatian secara kualitatif adalah mengenai fakta
atau kajian manakala pemerhatian secara kuantitatif pula adalah secara angka,
nombor atau jumlah. Perbezaan dan persamaan dapat diperihalkan dalam sesuatu
maklumat yang telah dikumpul. Seterunya memperihalkan perubahan yang berlaku.
Bahan bercetak terdiri daripada buku, jurnal, ensiklopedia, artikel, akhbar dan media
cetak. Apabila membuat rujukan melalui bahan bercetak, judul, nama
pengarang,tahun dan tempat bahan ditebitkan.

Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran membaca. Seseorang pelajar lazimnya


terpaksa perlu banyak membaca. Pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari
pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu
membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca
secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan,
pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru
perlu membimbing pelajar-pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat
sekolah rendah lagi.

Dalam konteks pembelajaran, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang


berikut iaitu untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk
atau perkara, untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau
perkara untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang
sesuatu konsep dan untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu
persoalan. Secara umumnya terdapat empat gaya membaca iaitu skimming atau
luncuran, imbasan atau scanning, bacaan intensif dan bacaan laju. Skimming ialah
kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai
sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat
ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen dan pandangan
umum mengenai dokumen dengan segera. Skimming dibuat dengan membaca tajuk,
pendahuluan, dan rumusan bahan atau dokumen, membaca dengan menggunakan
pergerakan mata yang cepat, dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang
ingin dibaca.
mendalam daripada skimming. Tujuannya ialah mendapatkan maklumat tertentu
sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Imbasan dibuat dengan membaca
pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan
pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan, dan memberikan
perhatian kepada rajah dan grafik yang ada. Bacaan secara insentif ialah kemahiran
membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Ianya memerlukan tumpuan,
ketekunan dan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu
dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. Manakala bacaan laju memerlukan
kebolehan membaca dengan laju dan kefahaman serentak membaca. Tujuannya adalah
untuk menggunakan masa dengan terhad dengan lebih produktif, menjimatkan masa,
dan memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat. Terdapat juga tip-tip
untuk bacaan laju iaitu menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama,
mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-tanda perbezaan seperti tulisan
condong, tulisan bergaris, tulisan tebal dan fakta-fakta bersiri atau bernombor dan
fakta bersiri abjad. Penjelasa isi utama juga boleh dikenalpasti daripada perkataan
awal seperti pertama, kedua dan seterusnya. Pembaca juga boleh terus melihat kepada
graf, jadual, atau gambar rajah untuk mengetahui maksud isi utama. Selain itu
mengingat sebanyak mungkin isi maklumat yang dibaca dan mengaplikasikan atau
mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca.

Kemahiran yang seterusnya adalah kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar


ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar boleh
dikatakan sebagai aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Ianya melibatkan apa yang
didengar iaitu arahan, puisi, muzik, ucapan, lagu, berita, syarahan, pengumuman dan
lakonan. Mendengar adalah untuk mendapatkan maklumat, fakta, data,dan
pengetahuan, untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik, untuk mengetahui
perkembangan semasa, dan untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.
Seseorang mendengar daripada seseorang lain yang memberikan maklumat,
memberikan penjelasan, membuat pertanyaan, dan memberikan pendapat. Untuk
mendengar secara berkesan perlulah teliti dan penuh perhatian dan dalam suasana
yang tenang dan selesa.
Kemahiran membaca juga boleh ditingkatkan dengan memotivasikan diri untuk
memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu,
memandang ke arah orang yang menyampiakan sesuatu dan menumpukan kepada apa
yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis.

Kemahiran mncatat nota juga amat penting kepada seseorang pelajar.Nota


merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa
yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu
maklumat atau fakta. Mencatat nota adalah satu seni. Nota yang sistematik, tersusun
dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan
keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan
diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar
seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok-belok
untuk menyediakan nota yang bermutu. Mencatat nota membolehkan seseorang
menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-
isi penting semasa proses pembelajaran atau sedang membaca. Ianya membantu
mengimbau kembali apa yang telah dipelajari sebelum ini atau apa yang telah dibaca.
Nota ialah sebuah rekod yang kekal dan boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila
terlupa. Berkesan sebagai fungsi pengukuhan dan para pelajar tidak perlu mengingat
semua yang telah dipelajari. Pelajar yang menganggap mencatat nota melalui buku
teks adalah sesuatu yang membosankan atau hanya membuang masa perlu berfikir
semula kerana ianya membantu memahami pelajaran, berguna jika tidak mampu
membeli buku rujukan, dan melatih serta meningkatkan penguasaan berfikir dalam
sesuatu topik. Berikut apa yang diperlukan semasa mencatat nota iaitu buat persediaan
yang lengkap sperti pen, pensil, kertas dan buku. Tuliskan tajuk yang ingin dirujuk
dan kenalpasti kata kunci 4w+1h (what=apa,why=kenapa,when=bila,where=dimana
dan how=bagaimana). Ciri-ciri nota yang baik melingkupi isi-isi
penting,terang,kemas,mudah dibaca,dicatat dalam sebuah buku catatan khas untuk
sesuatu matapelajaran, catat isi-isi penting dengan menggunakan ayat sendiri, dalam
bentuk point daripada menyalin ayat yang panjang, gunakan kependekkan ejaan yang
boleh difahami sendiri dan gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata
dan minda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika proses membaca nota
tersebut kembali. Contoh nota seperti peta minda, carta, dan grafik.
KEMAHIRAN MEMPROSES
MAKLUMAT
Kemahiran memproses maklumat terbahagi kepada empat iaitu menganalisis,
mentafsir, menilai dan mengsintesis maklumat. Menganalisis data adalah sesuatu
proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk
mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Perlu
lebih dari tiga data untuk dianalisis. Iaitu data kualitatif dan kuantitatif. Data ini boleh
dipersembahkan secara grafik untuk memudahkan proses analisis. Tujuan
menganalisis data adalah untuk menghubungkaitkan fakta, mengsintesis data,
membandingkan data, membaca yang tersirat dan membuat kesimpulan. Langkah-
langkah dalam analisi data kualitatif iaitu yang pertama melihat maklum balas secara
lalu, mengambil nota berdasarkan tema yang muncul, isu atau faktor, cari item yang
berulang atau penting. Langkah kedua pilih 3-4 tema yang muncul dan bina matriks,
buat carta bukti berkaitan dengan tema utama, letak tema di atas dan senaraikan
pelajar di bahagian tepi dan guna kod warna, membuat perbezaan mengikut kategori.
Langkah ketiga iaitu membuat tinjauan, dengan pendidik lain, baca tinjauan dan kata
kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenalpasti seterusnya
rekodkan dapatan dalam bentuk kotak yang bersesuaian di dalam carta matriks.
Langkah keempat ialah pertanyaan, rekod pemerhatian pola yang muncul semasa
melihat matriks dan tulis rekod pemerhatian di bawah carta matriks. Dan langkah
yang kelima iaitu kesimpulan dan rekod kesimpulan sama ada di bawah matriks atau
dalam kertas berasingan.

Mentafsir pula adalah satu kebolehan member penerangan rasioanal tentang


sesuatu perkara berdasarkan meklumat yang telah dikumpul. Terdapat pelbagai
tujuan mentafsir maklumat dibuat iaitu mengesan pola atau corak yang terdapat
berdasarkan maklumat yang diperoleh, menyatakan hubungan di antara maklumat
dan membuat kesimpulan berdasarkan data yang telah dikumpulkan. Ianya boleh
dilakukan secara individu dan menggunakan teknologi dalam pengoperasian. Prinsip
asas dalam pentafsiran terhadap maklumat yang telah diperoleh adalah seperti berikut
iaitu data yang holistik, mempastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat dan
pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik. Dalam pentafsiran terdapat
ciri-ciri yang perlu ada iaitu bersifat holistik, berasaskan elemen, merujuk kriteria,
panca instrument, berpusatkan bahan dan tugasan, pelbagai bentuk, on-line, dan
berterusan.

Manakala peringkat mengsintesis pula untuk menjadikan bahan tersebut dalam


bentuk yang baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu
pembaharuan atau kefahaman baru. Sintesis yang telah dilakukan akan memberikan
gambaran menyeluruh tentang maklumat akan dapat diketahui. Proses mengsintesis
dimana peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu
gambaran menyeluruh dengan cara menggabungkan idea, menggubal semula, dan
menyatukan idea. Proses sintesis yang baik dan sempurna menjadikan maklumat lebih
bermakna dan ianya manjadi sesuatu tugasan yang mudah difahami oleh pembaca
apabila dibentangkan.
PENGURUSAN GRAFIK
REFLEKSI
HARRISON NJAU

Sememangnya kemahiran belajar itu amat penting bagi seorang guru


mempelajarinya untuk menyiapkan dirinya sebelum memulakan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Agar seorang guru dapat mengetahui kepentingan
kemahiran belajar yang sesuai dipraktikkan semasa proses pengajaran di dalam kelas
berlaku seterusnya murid-murid faham akan apa yang dipelajari dan juga apa yang
ingin disampaikan oleh gurunya.

Dalam kemahiran belajar, seorang guru dapat mempraktikkan cara-cara atau


kaedah-kaedah memperoleh dan memproses maklumat mengenai topik-topik yang
ingin diajarnya. Sebenarnya terdapat banyak sumber yang ada bagi seorang guru
untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu bahan pengajaran dan juga kaedah
memproses maklumat tersebut menjadi bahan pengajaran juga.

Melalui penyiapan tugasan ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari cara-cara
kemahiran belajar seterusnya mempraktikkannya agar pembelajaran saya berhasil
ketika kelas sedang di jalankan. Dengan kemahiran belajar ini mampu meningkatkan
pengetahuan saya dalam mempersiapkan saya menjadi seorang guru yang efisien dan
berkualiti. Adanya kemahiran memperoleh dan memproses maklumat, saya dapat
mengunakannya semasa sesi kulah dijalankan dan juga setelah saya menjadi seorang
guru kelak agar murid-murid dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan dengan
tepat.
ALLESTER BIN NURDIN
Secara kesimpulan kami sekumpulan telah berjaya melaksanakan tugasan ini
dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi terutama dalam
mendapatkan sumber maklumat. Keseluruhannya kemhiran ini adalah amat penting
untuk dikuasai oleh setiap orang khususnya kepada mereka yang bergelar pelajar
kerana kemahrian belajar ini bukan sahaja membantu dalam proses pembelajaran
khususnya malah ianya juga dapat membantu dalam pelbagai aspek.

Namun apa yang penting sekali pemberian tugasan ini member kesan yang
mendalam terhadap diri saya kerana dengan adanya tugasan ini saya dan ahli
kumpulan berpelung mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam sekali lagi
selain daripada kuliah yang diberikan oleh pensyarah. Selain itu juga kami sekumpulan
dapat mengenal pasti keadah-keadah yang terdapat dalam kemahiran belajar ini yang
mana merupakan aspek utama untuk menguasai kemahiran belajar ini. Contohnya
keadah mencari, menggunakan sumber maklumat dan memproses kemahiran belajar
dan sebagainya. Disamping itu juga tugasan ini membolehkan saya mengenal pasti
setiap kelemahan dalam pembelajara dengan ini saya boleh memperbaiki setiap
kelemahan dalam saya dalam pembelajaran khususnya. Sebagi kata akhir dari saya
kemahiran belajar ini memberikan impak yang positif kepada individu yang
mengaplikasikan kemahiran ini.
BIBLIOGRAFI
internet:http//www.scribd.com/doc/18550236/KEMAHIRAN_BELAJAR

Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria, Kemahiran
Belajar, Petua Pelajar Cemerlang, Telaga Biru TBBK 1002

Ainon Mohd. Abdullah Hassan, 2005, Siri Kemahiran Berfikir, Pemikiran Reka Cipta,
Kaedah Mengajar dan Bahan Latihan untuk Guru dan Jurulatih, Bentong, Pahang
Darul Makmur, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, Belajar Cara Belajar, Kuala Lumpur,


Perpustakaan Negara Malaysia

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun, Phd, 2005, Kemahiran Belajar, Kursus
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Selangor, Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Syed Ismail Bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Miskon, 2010, Siri Kemahiran
Generik, Kemahiran Belajar, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

www.google.com/wikipediabebas/kemahiran_belajar
LAMPIRAN
A) Bahan Rujukan
B) Soalan Tugasan
C) Borang Kolaborasi

Anda mungkin juga menyukai