Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KABONG

PROGRAM PENGENDALIAN MAJLIS sDAN


PROTOKOL

TARIKH :
TEMPAT : DEWAN SRI TANJUNG, SMK KABONG

ANJURAN BERSAMA
LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
1.0 PENGENALAN

Sesebuah sekolah tidak dapat lari dari menganjur dan menguruskan majlis, sama ada rasmi
atau tidak rasmi, diperingkat dalaman malahan diperingkat kebangsaan. Pengurusan dan pelaksanaan
majlis dengan sempurna bukan sahaja akan dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat
mengelakkkan pembaziran masa, kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja
terhadap organisasi dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.

Dengan itu pihak Lembaga Pengawas Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kabong
akan mengadakan program yang dinamakan PROGRAM PENGENDALIAN MAJLIS RASMI DAN PROTOKOL
untuk pengawas sekolah sesi 2015/2016. Melalui program ini, diharapkan para peserta akan dapat
membina kemahiran asas menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna.

2.0 RASIONAL

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang perancangan dan pelaksanaan
majlis mengikut protokol. Selain dari memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam menguruskan
sesebuah majlis dan asas protokol, program ini juga memberi pendedahan dan bimbingan tentang
pengucapan awam.

3.0 MATLAMAT

3.1 Memberi pengetahuan dan asas dalam pengurusan majlis dan asas protokol majlis
3.2 Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi di peringkat sekolah, bahagian dan
peringkat negeri
3.3 Menegaskan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas sekolah

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mengenal pasti perkara-perkara utama dalam pengendalian majlis


4.2 Mengenal pasti kesilapan yang sering berlaku semasa menguruskan dan mengendalikan
majlis
4.3 Meningkatkan kemahiran pengucapan awam, semasa perhimpunan khususnya
4.4 Menanamkan semangat kerjasama tinggi dalam diri para peserta
4.5 Menghidupkan semangat bertanggungjawab kepada diri, keluarga, sekolah dan masyarakat
5.0 SASARAN

Pengawas sekolah sesi pagi dan sesi petang.

6.0 TARIKH PELAKSANAAN

7.0 TEMPAT

Dewan Sri Tanjung, SMK Kabong.

8.0 JURULATIH & FASILITATOR / PENCERAMAH


Kaunselor SMK Kabong, Cik Nurul Syahira binti Mansor (Unit Bimbingan dan Kaunseling) dan Encik
Annuar bin Amat ( Guru Kanan Bahasa)

9.0 BAHAN KEPERLUAN


Projektor dan alat siaraya serta 150 buah kerusi plastik

10.0 PELAKSANAAN

Kursus ini akan dilaksanakan secara teori dengan penglibatan peserta secara individu dan berkumpulan.

11.0 TENTATIF PROGRAM

6.50 – 7.00 pagi Kehadiran para peserta

7.10 – 7.30 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

Lagu Negaraku

7.30 – 9.30 pagi SLOT 1: Pengendalian Majlis dan Protokol (En Annuar bin Amat)

9.30 – 10.00 pagi Minum pagi

10.00 – 12.00 tengah hari SLOT 2: Tugasan dan Tanggungjawab Seorang Pengawas (Cik Nurul
Syahira bt Mansor)

12.00 – 12.10 tengah hari Penutupan Majlis dan Bersurai


12.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM

Makan minum peserta & pembantu - 157 orang x 2

Jumlah keseluruhan RM

13.0 PENUTUP

Diharapkan program ini dapat manfaat dan ilmu kepada para peserta dalam mengendalikan
sesebuah majlis dan protokol, perhimpunan sekolah amnya serta lebih komited dalam melaksanakan
tugas sebagai seorang pengawas sekolah. Memandangkan program ini adalah julung kali di adakan dan
cadangkan, jika berjaya bakal menjadi aktiviti tahunan khusus untuk pengawas sekolah.

Disediakan oleh,

...............................................

(Pn Irene Nur Aisya binti Imbak)


Guru Pengawas Sesi Petang 2015/2016

Anda mungkin juga menyukai