Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS – PERTUBUHAN MUAFAKAT ASAS KEMAKMURAN MALAYSIA

PERSIDANGAN AGONG KALI PERTAMA 2019

RYZAL

PENGUMUMAN KETIBAAN.
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia …………………………….. diiringi oleh dif-dif kehormat.

LAGU NEGARAKU

Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan
bersama –sama menyanyikan Lagu Negaraku.

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam Sembah selamat datang
Sudi Tuan ke majlis kami.

BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM…..syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNYA dapat kita bersama-sama


berhimpun dalam majlis yang indah ini.

DiTatang-Tatang kiri ke kanan,


DiSirat-Sirat Ke Pintu Utama.
Selamat Datang Tuan Dan Puan,
Ke Mesyuarat agong kali Pertama.

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam kegemilangan, dan salam perjuangan. Selamat Datang ke
Mesyuarat Agung Kali Pertama Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia 2019.

Yang Berbahagia, Dato Seri Zakaria Zain, Penaung Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia,
Yang Berbahagia, Dato Seri Siti Zamriyah Samad, Penasihat, Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran
Malaysia,
Yang Berusaha, Tuan Mohd Salleh Shafie, Pengerusi Penaja Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran
Malaysia,
Yang Berusaha, Tuan Azmi Murid, Setiausaha Penaja Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia,

Barisan Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati
ALLAH sekalian. Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih Kepada Dato
Seri Zakaria Zain Kerana Sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita dan merasmikan mesyuarat
agung pertubuhan kita pada hari ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan
semua ahli-ahli pertubuhan yang dapat bersama pada mesyuarat agung pada hari ini.
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Al-Fadzil

…………………………………………………………… untuk memimpin bacaan Doa. Di Persilakan……

Hujan gerimis lebat di hulu


Haba di muara nyaman terasa
Bacaan doa sudah berlalu
Menyusul kini acara seterusnya

Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil ………………………………………………………………..


Diatas Bacaan Doa Itu tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PROGRAM


Bentuk Intan Menggunakan acuan,
Acuan dibuat bercampur garam.
Untuk menyampaikan Ucapan Aluan,
Di Jemput Tuan Pengarah Program”

Majlis mempersilakan Tuan Azmi Murid bagi menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala Hormatnya
majlis mempersilakan….

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Azmi Murid diatas ucapan beliau tadi. Diharapkan segala nasihat
yang disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita semua untuk memajukan lagi pertubuhan kita
ini di masa hadapan.

UCAPAN PENGERUSI PERTUBUHAN


Pergi ke kedai membeli gula
Gula di bawa berhati-hati
Kepada Tuan Pengerusi kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Pengerusi Penaja, Yang Berusaha Tuan Mohd Salleh
Shafie untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Tuan Mohd Salleh Shafie. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN PERASMIAN
Pergi menimba Telaga di Hulu,
Tidakkan ikan melarat ke muara.
Kini tibalah masa ditunggu,
Ucapan Perasmian mesyuarat kita”

Dengan ini, majlis menjemput Yang Berbahagia, Dato Seri Zakaria Zain selaku Penaung Pertubuhan ini
bagi menyampaikan ucapan seterusnya Merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Muafakat Asas
Kemakmuran Malaysia kali Pertama bagi tahun 2019. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan……
Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih diatas ucapan perasmian oleh Yang
Berbahagia Dato Seri Zakaria Zain itu tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita semua
untuk bekerja lebih kuat demi masa depan pertubuhan kita.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Orang berbudi,
Kita berbahasa.

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tuan Mohd Salleh Shafie,
untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Dato Seri Zakaria Zain.
Majlis mempersilakan.
.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia
2019. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Seri dan para jemputan
sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato Seri dan para tetamu jemputan khas diiringi Tuan
Pengerusi, Yang Berusaha Tuan Mohd Salleh Shafie, untuk menikmati juadah yang disediakan.
Dipersilakan.

Maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Mesyuarat agung kita kali ini, selepas ini kita akan ke sesi
seterusnya iaitu mesyuarat agung Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia kali Pertama
tahun 2019. Selepas itu kita masuk semula ke dewan untuk mula bermesyuarat.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi


Kalau ada umur yang panjang Satgi kita jumpa lagi.

Sekian terima Kasih..assalamualaikum w.b.t

SELEPAS KUDAPAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan ini untuk Mesyuarat Agong kita.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia.

UCAPAN PENASIHAT
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato Seri Siti Zamriyah Samad, selaku Penasihat
Pertubuhan untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli jawatankuasa berada di meja hadapan.

Untuk memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi mesyuarat, jadi saya buka untuk
cadangan. Dalam mesyuarat jawatankuasa ada mencadangkan………………………………………………, tapi
terpulang pada tuan-tuan untuk mencadangkan orang lain.

Terima Kasih daun keladi,

Tahun depan jumpa lagi…….wasalam.

Anda mungkin juga menyukai