Anda di halaman 1dari 5

DRAF TEKS UCAPAN PERASMIAN

YB DATO' ZAINOL FADZI PAHARUDIN


PENASIHAT KHAS
YAB MENTERI BESAR PERAK

SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN KENDERAAN


KLASIK & RETRO MANJUNG KE 7
TELUK BATIK PERAK

PADA 8 DISEMBER 2019 (AHAD)


2.00 PM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan selamat petang.

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-


tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan
limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita semua hadir dan berkumpul
di Teluk Batik Manjung Perak bersempena dengan Perhimpunan
Kenderaan Klasik dan Retro Manjung kali ke 7 anjuran Persatuan
Pemilik Vespa Manjung.

2. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Pengerusi Persatuan Pemilik Vespa Manjung kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan Perhimpunan Kenderaan Klasik dan Retro
Manjung kali ke 7. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan tahniah kepada Persatuan ini di atas
kejayaan penganjuran Program ini buat kali ke 7.

3. Sesungguhnya komitmen semua yang turut terlibat dalam menjayakan


program ini serta semua pihak dalam menyokong usaha-usaha dan
program-program yang dilaksanakan oleh persatuan ini amat dihargai.
MEREALISASIKAN PROGRAM SEBAGAI USAHA BERTERUSAN

Hadirin yang dihormati,

4. Saya menyambut baik penganjuran Program Perhimpunan Kenderaan


Klasik & Retro Manjung yang secara tidak langsung dapat menarik leih
ramai pengunjung ke Daerah Manjung dan khususnya Teluk Batik ini
serta dapat memupuk satu semangat kerjasama yang tinggi diantara
peminat kenderaan klasik.

5. Kepelbagai program serta usaha berterusan daripada persatuan ini


adalah platform yang tepat dalam mempromosikan Teluk Batik ini
sebagai salah satu tempat pelancongan serta dapat memperkenalkan
kepelbagaian minat dalam kenderaan klasik ini. Peredaran masa dan
ledakan teknologi digital menuntut agar kenderaan klasik ini tidak luput
ditelan zaman.

6. Dengan mengoptimumkan sumber sedia ada serta menyahut saranan


kerajaan, usaha-usaha mempromosikan sektor pelancongan oleh
persatuan-persatuan amatlah digalakkan. Sudah pasti kerajaan
Negeri amat berbesar hati bagi segala usaha ini.

PENDEKATAN MINAT ATAU HOBI

Hadirin yang dihormati,

7. Pendekatan dalam menarik minat pemilik kenderaan klasik bagi


menjadikan ia bukan sekadar minat tetapi juga dapat mengeratkan
Perhubungan antara ahli selain dapat menjadi salah satu faktor
penggerak ekonomi dalam Negeri Perak ini amatlah dihargai.
8. Keberkesanan dalam menarik minat pemilik-pemilik kenderaan klasik
dalam satu perhimpunan seperti ini amatlah baik dimana selain acara
yang dipertandingkan, ianya juga dapat menarik peniaga-peniaga
berkaitan minat kenderaan klasik ini mendapat manfaatnya.

9. Hal ini memerlukan kerjasama bersama ahli persatuan dan mereka


yang berminat dalam aktiviti sihat seperti ini. Penyampaian maklumat
dan perkhidmatan secara efisien dan berfokus perlu dilaksanakan
secara berterusan selaras dengan perubahan semasa dan
masyarakat sekeliling. Saya menyeru supaya gandingan kerjasama
antara semua pihak digembleng agar program dan aktiviti seperti ini
dapat diteruskan pada masa-masa akan datang serta dibuat dengan
lebih meriah lagi.

KHIDMAT MASYARAKAT DAN KESUKARELAWAN

11. Saya melihat bahawa, Program ini dapat menyemarakkan lagi


semangat pemilik-pemilik kenderaan klasik melalui acara dan
pertandingan yang diadakan. Hasrat ini dilihat amat bertepatan
dengan pengisian program sepanjang 3 hari 2 malam yang sarat
dengan elemen-elemen penting seperti kreativiti, ekonomi,
setiakawan, pengurusan dan sebagainya.

12. Selain itu, difahamkan pihak persatuan juga ada berkerjasama dengan
agensi berkaitan dalam kerja-kerja kemasyarakatan seperti membantu
mereka yang memerlukan. Kolaborasi sebegini amat wajar diteruskan
bukan sahaja dapat menyumbang faedah nyata kepada masyarakat
dan persekitaran, malah dapat memberi impak positif terhadap diri
peserta yang terlibat.
PENUTUP
/

13. Saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Persatuan ini serta peserta-peseta yang hadir dari seluruh
pelusuk negara malahan ada yang datang dari Thailand, Singapura,
Indonesia dan Brunai serta penduduk sekitar di atas kehadiran bagi
program ini.

14. Di harap Program ini dapat memberi impak serta outcome yang positif
kepada semua yang terlibat.

15. Dengan lafaz Bismillahirrahmaaanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Perhimpunan Kenderaan Klasik & Retro Manjung kali ke
7.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai