Anda di halaman 1dari 4

DRAF TEKS UCAPAN YB DATO MOHAMED AWANG TERA

UNTUK PERASMIAN PENUTUP SEMINAR PELUANG KEUSAHAWANAN INDUSTRI KERTAS PADA 23 MAC 2010 DI TTC.

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian penganjur menjemput saya untuk
merasmikan majlis penutup seminar peluang keusahawanan industri kertas pada hari ini. Kalungan tahniah
kepada pengurusan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu & Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana
bekerjasama menganjurkan satu seminar yang pada saya amat berfaedah khususnya untuk meningkatkan
pengetahuan serta peluang kepada usahawan peruncitan dan sector koperasi.

2. Usaha kerjasama seperti ini harus diterus dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ini kerana peluang –peluang
keusahawanan adakalanya tidak diketahui ramai menyebabkan hanya sebilangan sahaja dapat memanfaatkan.
Menerusi pendekatan seminar peluang seperti yang dianjurkan pada hari ini, ianya secara tidak langsung
berupaya memberi peluang masa depan kepada sector IKS dan koperasi untuk merancang pelan strategic
perniagaan masa depan.

3. Kerjasama penganjuran bersama antara YPU & SKM seperti hari ini merupakan satu pendekatan yang tepat
dalam situasi ekonomi semasa kerana menerusi kaedah ini sumber peruntukan dan kepakaran boleh
digembelingkan bersama untuk menjayakan satu-satu program yang mempunyai matlamat yang bersamaan iaitu
untuk memajukan sector keusahawanan negeri. Tidak dinafikan dalam scenario semasa, dengan kekangan
peruntukan terhad tetapi usaha untuk memberi pendedahan maklumat dan peluang kepada para usahawan dan
Koperasi tidak harus terhalang atau dikurangkan bilangan pelaksanaan programnya. Ini kerana kerajaan negeri

1
melihat kepantasan pertumbuhan ekonomi harus tetap dijana dan proses penjanaan pertumbuhan ekonomi
memerlukan penglibatan aktif kegiatan keusahawanan terutamanya menerusi perniagaan tuan-tuan & puan-
puan.Justeru itu dalam usaha ini, kerajaan Negeri akan terus dari masa ke semasa akan mewujudkan suasana
iklim mesra dan menggalakkan perniagaan dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan usahawan &
koperasi menerusi peluang-peluang baru untuk diterokai .

4. Potensi besar industri kertas sebagaimana yang telah diseminarkan ini seharusnya membuka minda para
usahawan Bumiputera dan sector koperasi tempatan. Kalau selama ini kita lebih menceburi perniagaan
tradisional sehingga terlepas pandang beberapa perniagaan yang memiliki potensi besar sehinggakan dimonopoli
yang individu tertentu, maka hari ini secara tidak langsung semua peserta seminar telah mengetahui potensi
untuk mempelbagaikan lagi bidang keusahawanan yang sedang diusahakan sekarang.

5. Perangkaan yang di keluarkan oleh MITI mendapati nilai jumlah jualan industri kertas Negara pada tahun 2009
mencecah RM3.5 Billion. Manakala Persatuan Pedagangan Kertas Malaysia (Malaysia Paper Merchants Association)
telah mengeluarkan kenyataan bahawa nilai pasaran penggunaan kertas di Pantai Timur iaitu meliputi Negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan pada tahun 2009 adalah berjumlah hampir RM22 juta setahun. Oleh itu
marilah kta semua merenung sejenak dimana kita dalam saiz pasaran yang begitu lumayan ini. Apakah kita
berjaya merebut peluang potensi pasaran tersebut. Jika anda sudah menjadi pemain dalam pasaran tersebut,
berapa peratuskan penguasaan kita.

2
6. Daripada maklumat yang diperolehi, secara umum hanya terdapat tidak sampai 5% saiz pasaran tersebut dikuasai
oleh usahawan Bumiputera dan sektor koperasi. Ini memberi gambaran kepada kita usaha-usaha perlu dilakukan
ke arah meningkatkan lagi penguasaan potensi pasaran tersebut.Begitu juga difahamkan setakat ini tiada
seorang pun dikalangan usahawan tempatan Terengganu menganggotai Persatuan Perdagangan Kertas Malaysia.
Adalah diakui bahawa sesungguhnya sektor industri kertas masih agak baru lagi kepada usahawan Bumiputera
dan sektor koperasi. Oleh demikian pelaksanaan seminar pada hari ini amatlah bertepatan dan amat berfaedah
sekali.

7. Dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara, Kerajaan amat memerlukan sumbangan
kegiatan usahawan dan sektor koperasi. Sasaran untuk membawa Terengganu Maju menjelang 2020 memerlukan
satu tahap pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Justeru itu adalah diharap para usahawan IKS dan
sektor koperasi dapat membatu kerajaan sebagai agen pertumbuhan ekonomi negeri. Dengan demikian, setiap
peluang keusahawanan baru harus didedah kepada para usahawan dan sektor koperasi untuk dimanfaatkan dan
dimajukan.

8. Langkah bijak pelaksanaan seminar seperti hari ini yang dilakukan oleh SKM & YPU ini secara tidak langsung
memberi peluang kepada sektor koperasi untuk meluaskan bidang perniagaan. Dalam konteks ini sektor koperasi
amat digalakkan untuk menceburi dunia keusahawanan secara lebih aktif dalam usaha meningkatkan perolehan
pendapatan masing-masing disamping meningkatkan sumbangan kepada KDNK Negeri.

3
9. Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan tahniah kepada KOKANUN DAN KOPERASI KAKITANGAN YPU yang
telah merebut peluang untuk menjadi pengedar dan pembekal kertas JENAMA DOUBLE A sebagai salah satu
cabang baru aktiviti keusahawanan masing- masing. Adalah menjadi harapan saya untuk melihat langkah
permulaan ini akan disusuli dengan tindakan yang memungkinkan membawa Koperasi tersebut terlibat secara
berterusan sebagai pedagang kertas utama di Pantai Timur satu masa nanti.

10.Harus diakui, permintaan kertas semakin hari semakin meningkat. Secara ringkas, peningkatan kegiatan
perniagaan dan industri pendidikan memberi isyarat terbaik kepada potensi industri kertas negara. Begitu
jugalah pasaran di Terengganu, saya menjangkakan dari tahun ke tahun pertumbuhan penggunaan kertas dalam
pasaran tempatan mampu mencapai pertumbuhan pada angka 8% setahun berasaskan unjuran Persatuan
Pedagang Kertas Malaysia. Saya yakin semua peserta seminar hari ini telah faham dan jelas sepenuhnya potensi
dan prospek industri yertas ini. Dengan demikian, menjadi harapan saya agar peluang-peluang ini diterokai
sepenuhnya.

11.Akhir kata saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah lepada SKM & YPU kerana
menganjurkan seminar peluang industri yertas yang julung kali diadakan khusus untuk memberi pendedahan
peluang keusahawanan. Kepada para peserta dan kepimpinan koperasi, kerajaan akan dari masa ke semasa akan
cuba bertindak mesra perniagaan ke arah membantu meningkatkan perolehan pendapatan masing-masing yang
secara langsung membantu pembangunan sosio ekonomi negeri. Dengan lafaz BISMILL .. SAYA MERASMIKAN
MAJLIS PENUTUP SEMINAR PELUANG KEUSAHAWANAN INDUSTRI KERTAS HARI INI.

Anda mungkin juga menyukai