Anda di halaman 1dari 6

Pelawaan untuk

Perundingan
Pelan Strategik ICT Negeri Johor

17 September 2009
1. PENGENALAN UPENJ

1.1. UPENJ adalah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan dengan misi untuk menjadi agensi
perancang ekonomi yang dinamik dan berdaya maju serta berupaya untuk menentukan arah
pembangunan cemerlang Negeri Johor Darul Ta’zim.

1.2. Fungsi dan peranan UPENJ adalah seperti berikut:


1.2.1.Merangka polisi dan strategi untuk pembangunan sosio-ekonomi
1.2.2.Menyedia pelan jangka panjang dan sederhana bagi Negeri Johor
1.2.3.Menyedia program pembangunan dan bajet projek
1.2.4.Memantau dan menilai keberkesanan projek dalam pembangunan
1.2.5.Menasihat kerajaan negeri dalam hal-hal ekonomi
1.2.6.Merangka dan menjalankan penyelidikan ekonomi
1.2.7.Merancang dan menyelaras program penswastaan dan menilai keberkesanannya
1.2.8.Menggalakkan dan menyelaras penglibatan kerajan negeri dalam pembangunan di
peringkat kebangsaan dan global.

2. TERMA RUJUKAN

2.1. LATARBELAKANG KAJIAN

2.1.1.Kerajaan Negeri Johor melalui dasar pembangunan holistik mementingkan


pembangunan negeri secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada
pembangunan ekonomi sahaja. Untuk memastikan hasrat ini tercapai, strategi dan
perlaksanaan dasar ini amat penting. Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT dalam
setiap aspek kehidupan dilihat sebagai satu pemangkin yang mampu untuk membantu
kerajaan negeri mencapai matlamat tersebut. Pada ketika ini segala program dan dasar
pembangunan ICT di Negeri Johor adalah berdasarkan Johor State ICT Blueprint yang
dihasilkan pada tahun 2005. Selaras dengan saranan MAMPU dan didorong oleh
perkembangan semasa dan perkembangan teknologi ICT, semakan terhadap dokumen
terbabit adalah perlu untuk memastikan selari dengan keadaan semasa.

Kajian ini akan membantu pihak kerajaan merencana pembangunan ICT selaras dengan
dasar pembangunan holistik melalui penghasilan satu Pelan Strategik ICT Kerajaan
Negeri Johor. Kewujudan Iskandar Malaysia sebagai satu wilayah pembangunan
ekonomi yang bertaraf antarabangsa memerlukan satu perancangan yang teliti dan
komprehensif untuk memastikan kejayaan Iskandar Malaysia disamping memastikan
kawasan lain turut membangun pada kadar yang seimbang. Ianya juga akan membantu
dalam menentukan dasar-dasar berkaitan dan merancang program-program yang
boleh digunapakai oleh pihak kerajaan melalui kaedah terbaik yang didapati dari
tempat lain dan juga berdasarkan garispanduan yang disediakan oleh MAMPU.
2.2. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai perkara-perkara berikut:

2.2.1.Membuat semakan terhadap Johor State ICT Blueprint selaras dengan perkembangan
teknologi dan juga perkembangan semasa.
2.2.2.Untuk mengkaji keperluan ICT untuk Negeri Johor khususnya dalam aspek
penyampaian dan perkhidmatan kerajaan terhadap komuniti , semua sektor industri
dan jabatan kerajaan. Ia juga untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar
bandar dan juga penduduk bandar.
2.2.3.Mendapatkan cadangan-cadangan daripada pihak perundingan atau Jawatankuasa
Pemandu Kajian untuk membangunkan ICT dalam program program K-Government, K-
Infrastructure, K-Society dan K-Economy melalui cara atau pendekatan terbaik yang
telah atau pernah dijalankan dengan jayanya dan sesuai untuk diaplikasikan di negeri
johor.
2.2.4.Untuk menghasilkan satu pelan strategik ICT untuk kerajaan negeri berdasarkan
garispanduan yang telah disediakan oleh MAMPU.

2.3. SKOP KAJIAN

2.3.1.Kajian yang dijalankan hendaklah mengambil kira keseluruhan Negeri Johor termasuk di
pulau-pulau yang didiami dan juga kawasan pedalaman.
2.3.2.Kajian handaklah merangkumi jangkamasa perlaksanaan pelan strategik yang
dicadangkan termasuk jangkamasa panjang, sederhana dan pendek berserta cadangan
agensi pelaksana dan juga agensi yang bertanggungjawab mentadbir dan memantau
perlaksanaan tersebut.
2.3.3.Pelan yang dicadangkan mestilah mempunyai perlaksanaan yang mampan(sustainable)
dan mempunyai KPI yang jelas beserta anggaran kos yang diperlukan.
2.3.4.Kajian hendaklah merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
2.3.4.1. Pengurusan pengetahuan(knowledge management) dalam sektor awam
seperti aplikasi perkongsian maklumat dan pengetahuan di antara agensi-agensi
kerajaan dan juga dari sudut penyampaian maklumat kepada rakyat.
2.3.4.2. Customer Relationship Management(CRM) yang boleh digunakan oleh
agensi-agensi kerajaan yang mana ianya dapat digunakan untuk menyalurkan
maklumat kepada rakyat secara terus dan juga dapat digunakan untuk
menyalurkan peringatan am dan khusus. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk
memperoleh maklumat yang lengkap tentang rakyat agar pihak kerajaan dapat
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka.
2.3.4.3. Menitik beratkan perkara yang boleh memperbaiki sistem penyampaian
delivery system kerajaan negeri seperti memperkasa aplikasi e-government, yang
bertujuan untuk memudahkan rakyat berurusan dengan pihak kerajaan dengan
memperbanyakkan kaedah atau cara untuk rakyat berurusan serta mewujudkan
satu pusat sehenti untuk segala pandangan, rungutan dan cadangan daripada
rakyat.
2.3.4.4. Aspek infrastruktur, komunikasi dan pembangunan kandungan(content)
mestilah diberi perhatian sebagai pelengkap kepada pelan strategik ini.
2.3.4.5. Aspek keperluan kakitangan kerajaan juga hendaklah dimasukkan dalam skop
kajian sepetri keperluan komputer , pencetak, komputer riba(notebook) dan lain-
lain peralatan komunikasi, elektronik dan aplikasi yang dapat meningkatkan
produktiviti
2.3.5.Segala cadangan mestilah berkonsepkan mesra alam seperti penjimatan dan
keberkesanan penggunaan tenaga(energy efficiency).
2.3.6.Keseluruhan pelan cadangan hendaklah selaras dengan Garispanduan Pelan Strategik
ICT Sektor Awam versi 1.0 (Ogos 2003) yang dikeluarkan oleh MAMPU.

2.4. Cadangan Jadual Perlaksanaan


 Fasa 1 Analisis persekitaran 1 Bulan Laporan insepsi
 Fasa 2 Analisis persekitaran ICT 1 Bulan Laporan Interim
 Fasa 3 Pembangunan strategi ICT 2 Bulan Laporan Interim
 Fasa 4 Pembangunan Pelan Perlaksanaan 2 Bulan Draf laporan akhir
 Penyemakan Draf Laporan Akhir + Bengkel 1 Bulan Laporan akhir

3. KEPERLUAN KERTAS CADANGAN

3.1. Perundingan hendaklah mengemukakan cadangan teknikal dan kewangan di dalam 2


sampul yang berasingan dengan diberi tanda sama ada cadangan teknikal atau cadangan
kewangan dan berlakri. Diminta perunding merujuk kepada Manual Perolehan
Perkhidmatan Perundingan Kementerian Kewangan Malaysia bagi Garis Panduan
Penyediaan cadangan Teknikal dan Kewangan (CTK)

3.2. Perunding tidak bolah menukar mana-mana nama yang telah telah dicadangkan di dalam
kertas cadangan teknikal sepanjang tempoh perlaksanaan kajian.

3.3. Tempoh sahlaku cadangan adalah 60 hari dari tarikh tutup pelawaan. Perunding hendaklah
mengesahkan bahawa semua kakitangan yang termasuk yang dinamakan di dalam
cadangan teknikal dikekalkan sehingga tempoh sah cadangan dilanjutkan.

3.4. Setiap urusan surat menyurat dia antara angensi dan perunding bagi urusan-urusan yang
berkaitan hendaklah menggunakan khidmat pos berdaftar.
4. KRITERIA-KRITERIA PEMILIHAN PERUNDING
Pemilihan perunding untuk menjalankan kajian ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Kewangan Perunding (JTKP) yang akan dilantik oleh UPENJ. JKTP akan membuat laporan dan
cadangan pelantikan perundingan kepada Majlis Mesyuarat Johor melalui urusetia kajian iaitu
UPENJ.

Perunding mestilah telah berdaftar di bawah Kemeterian kewangan Malaysia. Keutamaan akan
diberikan kepada perunding tempatan dan Bumiputera.

Kriteria pemilihan perunding adalah berdasarkan 4 aspek iaitu (i) Pengalaman Perunding; (ii)
Metodologi dan (iii) Kakitangan dan (iv) Kriteria Lain

4.1. Pengalaman Perunding


Pengalaman Perunding akan dinilai dari segi kepakaran khusus dalam bidang kajian
yang dikemukakan, pengalaman perunding secara umum (Perunding boleh
mengemukakan tajuk-tajuk yang pernah dikendalikan) dan pengetahuan mengenai
topik kajian di Negeri Johor serta mempunyai jumlah kakitangan yang mencukupi
untuk menjalankan kajian.

4.2. Metodologi
Cadangan Teknikal dan Kewangan haruslah relevan dan menepati Terma Rujukan
(TOR) dan tatasyarat yang dikemukakan oleh pihak UPENJ. Jadual kerja yang
dikemukakan harus menepati atau lebih baik daripada cadangan jadual kajian yang
dinyatakan pada Para 2.4. Kesesuaian carta organisasi dan input kakitangan yang
terlibat juga akan dinilai.
Penilaian juga akan dilihat berdasarkan kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh pihak
Perunding dalam menjalankan kajian. Pendekatan yang digunakan bersesuaian dengan
keadaan persekitaran, faktor kewangan dan masa.

4.3. Kakitangan
Pemilihan perunding juga akan berdasarkan kelayakan, pengalaman dan latar
belakang kakitangan yang akan terlibat secara langsung dalam kajian ini

4.4. Kriteria-kriteria lain


Kriteria-kriteria lain pemilihan adalah termasuk antara lainnya ketepatan penghantaraan
CTK, persembahan CTK, cadangan yang menepati kriteria best value for money dan
sebagainya.

5. PROSES PEMILIHAN PERUNDINGAN-PERUNDINGAN DAN PERINGKAT PENGHANTARAN PROJEK

Tarikh Pelawaan Dibuka 17 September 2009

Tarikh Akhir Pertanyaan 5 Oktober 2009

Tarikh Akhir Penyerahan (CTK) 23 Oktober 2009


Persembahan Kertas Cadangan Akan Ditetapkan Kelak

Notis Pemberitahuan Pemilihan 2 Minggu dari tarikh pembentangan


kertas cadangann

5.1. Sebarang pertanyaan berkaitan Pelawaan Kepada Perunding boleh dikemukakan terus
kepada :-

Puan Nor Azleena Hj. Abdul Rahman di 07 – 266 6643 atau fax ke nombor 07-290
9992/9993

5.2. Kertas cadangan yang telah disiap hendaklah diemelkan ke alamat


norazleena@johor.gov.my sebelum atau pada 23 Oktober 2009

5.3. Salinan kertas cadangan juga hendaklah dihantar melalui pos sebelum atau pada
23 Oktober 2009 ke alamat seperti berikut

Pengarah,
Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor,
Aras 4, Kompleks Menteri Besar Dan Setiausaha Kerajaan,
Kota Iskandar,
79000 Nusanjaya,
Johor Darul Ta’Zim.
(u.p.:Puan Nor Azleena binti Hj. Abdul Rahman)

Terima Kasih kepada pihak perunding di atas perhatian yang diberikan kepada perkara yang
dikemukakan ini.

Anda mungkin juga menyukai