Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN ALUAN

YB DATO’ HAJI NAZRI BIN NGAH


PENGERUSI JAWATAN KUASA HAL EHWAL FELDA
,KOPERASI,USAHAWAN DAN HAL EHWAL PENGGUNA
NEGERI PAHANG
ADUN PULAU TAWAR
SEMPENA
PROGRAM PEKEBUN KECIL MAKMUR
RISDA DAERAH JERANTUT

GALERI MAT KILAU


PULAU TAWAR,JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR
9 JULAI 2022 (SELASA)

Yang Berbahagia En Mohamad Akhiruddin Bin Mohamad


Pegawai Kanan Unit Perancangan dan Pegembangan RISDA
Negeri Pahang
Wakil Pengarah Risda Negeri Pahang

Yang Berbahagia En Mohd Azrul Bin Abdul Aziz


Pegawai Risda Daerah Jerantut

Yang Berbahagia
En Mohamad Wal Ikram Bin ismail
Pengurus Pusat Operasi Kuala Lipis Dan Jerantut
Risda Plantation Sdn Bhd

Yang berusaha En Amir Hamzah Bin Othman


Penghulu Mukim Pulau Tawar

Seterusnya Ketua-Ketua kampung En Sharuddin Bin Idris,En Amran Bin Majid ,En Rozi
Bin Rozuki,Tuan-tuan,Puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Salam Keluarga


Malaysia,Salam Luar Bandar Sejahtera dan Salam Bersama Membina Pekebun Kecil
Makmur.

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu ,saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT,kerana


dengan rahmat dan kurnianya dapatlah kita berkumpul dalam dewan ini bagi
merealisasikan “Program Pekebun Kecil Makmur Risda Daerah Jerantut Tahun
2022” .

______________________________________________________________________________________
1/4
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KEUSAHAWANAN
2. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir di atas
kesudian melapangkan masa,menghadiri program pada pagi
ini .Sesungguhnya ,saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan dan
terima kasih kepada pengurusan RISDA yang telah sudi menjemput saya ke
program ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjayakan majlis ini kerana ia merupakan penghargaan buat diri
saya selaku YB Adun Pulau Tawar.

3. Pada hemat saya ,Program Pekebun Kecil Makmur ini amatlah bermakna kepada
semua pekebun kecil malahan ia amat bermakna bagi diri saya sebagai YB Adun
Pulau Tawar..Ini adalah kerana ,ia dapat memberi peluang kepada agensi kerajaan
khususnya RISDA memberi penerangan dan berkolaborasi .

PERLAKSANAAN MAJLIS

Para hadirin sekelian,

4. Tema ‘RISDA Prihatin ,Pekebun Kecil Makmur” telah menjadi halatuju yang jelas
kepada warga RISDA dalam membangunkan komuniti pekebun kecil.RISDA telah
mengambil langkah-langkah proaktif dalam merealisasikan hasrat ini dengan
melaksanakan penambahbaikan kepada program-program sedia ada agar seiring
dengan tema ini.Langkah ini diambil sebagai inisiatif bagi memastikan peranan
RISDA dalam kejayaan pelaksanaan program pembangunan RISDA seterusnya
memastikan kemakmuran pekebun kecil dapat di pertingkatkan seiring dengan
hasrat kerajaan mengutamakan masyarakat setempat khususnya Pekebun Kecil.

5. Tema ‘RISDA Prihatin ,Pekebun Kecil Makmur” adalah merupakan contoh ‘Touch
Point “ kerajaan dalam memberi kefahaman kepada masyarakat pekebun kecil
untuk menyumbang kerharmonian dan kesejahteraan yang memberi impak
positf.Kerajaan juga melalui RISDA menetapkan sasaran bagi memastikan setiap
keluarga pekebun kecil memperoleh pendapatan kolektif sebanyak RM 4,500.00
sebulan menjelang akhir tahun 2025.Ini selaras dengan peranan dan fungsi RISDA
itu sendiri iaitu sebagai agensi peneraju dalam memajukan masyarakat pekebun
kecil.

6. Seperti semua maklum ,RISDA ialah satu badan yang menerajui pekebun-pekebun
kecil di dalam negara khususnya dalam sektor penanaman semula
getah.Alhamdulillah pada pagi tadi RISDA Jerantut telah mengadakan kempen
Tanam Semula kepada pekebun-pekebun kecil di Dun Pulau Tawar ini.Pelbagai
Kempen Tanam Semula yang telah di jalankan oleh pihak RISDA bagi mengalakan
pekebun kecil di daerah-daerah seluruh Pahang ini menyertai program penanaman
semula getah.Ini bertujuan membantu pekebun-pekebun kecil memanfaatkan
sumber tanah dalam menjana pendapatan yang maksimum dan sekaligus
______________________________________________________________________________________
Page2/4
2 of 4
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KEUSAHAWANAN
meningkatkan taraf hidup.Sebanyak RM 13,710.00 sehektar telah di peruntukan
untuk bantuan tanam semula dan di agihkan lima kali bantuan akan di agihkan
kepada Pekebun Kecil yang membuat tanam semula.RISDA juga sangat berusaha
memberi komitmen dalam melaksanakan pelbagai program Tanam Semula dengan
menyalurkan input-input pertanian seperti pembekalan benih getah dan baja.

7. Memandangkan ,harga komoditi getah yang tidak menentu RISDA juga menekan
program-program sokongan bagi meningkatkan ekonomi pekebun kecil .Seperti
Program keusahawanan ,Aktiviti Ekonomi Tambahan .Pada tahun 2022,bagi DUN
Pulau Tawar ini seramai 14 orang usahawan berjaya dilahirkan dimana Pejabat
RISDA Daerah Jerantut memperuntukan sejumlah RM 164,000.00.Syabas dan
tahniah di ucapkan kepada usahawan yang menerima bantuan.

8. Di samping itu juga ,RISDA juga menekankan program-program sokongan untuk


pembangunan modal insan pekebun kecil seperti Program Tuisyen
Rakyat .Program Tuisyen Rakyat adalah program kelas tambahan untuk 5 subjek
teras
SPM iaitu Matematik ,Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris ,Sains dan Sejarah secara
percuma untuk pelajar-pelajar anak pekebun kecil luar Bandar.Tahun ini RISDA
Daerah Jerantut melaksanakan program tuisyen rakyat dengan peruntukan
RM 12,500.00 dan di pecahkan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah
Menengah Agama Pulau Tawar Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Damak.
Program ini amat membuahkan hasil dan penglibatan para pelajar di dapati dapat
membantu meningkatkan pencapaian prestasi pelajar-pelajar.Adalah menjadi
harapan saya agar anak-anak dan ibubapa mengambil peluang kemudahan
percuma ini bagi menikmati manfaat pendidikan yang sewajarnya
di sediakan oleh kerajaan.

9. Saya di fahamkan RISDA ketika ini melaksanakan Program BMT(Bantuan Musim


Tengkujuh).Bantuan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu Pekebun
Kecil dari sudut bantuan kewangan yang terkesan dan terjejas pendapatan akibat
musim tengkujuh.Oleh itu bantuan ini telah dibuka mulai 5 Mei 2022 sehingga 15
September 2022 dan pekebun kecil serta penoreh getah boleh membuat
permohonan secara atas talian.Bayaran bantuan ini akan di laksanakan pada
bulan November dan Disember 2022 dan di buat dua peringkat (RM 300.00 x 2
Bulan).

HARAPAN
Para Hadirin sekalian.

10. Akhir kata ,saya sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada pengurusan
RISDA atas penganjuran yang berjaya pada hari ini .Terima kasih juga di ucapkan

______________________________________________________________________________________
Page3/4
3 of 4
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KEUSAHAWANAN
kepada pemimpin-pemimpin tempatan serta semua yang dapat hadir bersama
dalam majlis ini.

Sekian ,Wabillahi Taufik Walhidayah


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terima Kasih

______________________________________________________________________________________
Page4/4
4 of 4
MEMBENTUK MASYARAKAT PEKEBUN KECIL YANG PROGRESIF DAN SEJAHTERA
MELALUI AKTIVITI PERLADANGAN DAN KEUSAHAWANAN

Anda mungkin juga menyukai