Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN

MAJLIS IFTAR RAMADAN PEKEBUN KECIL MAKMUR 2022


TARIKH: 13 APRIL 2022 (RABU)
TEMPAT: MASJID AL-HAKAM, KOK KLANG, PERLIS

Bismillahirahmanirahim

Yang Berusaha, Encik Nor Afzami bin Isa


Pengarah RISDA Negeri Perlis

Yang Dihormati, Encik Mohd Jarulullah bin Che Jahari


Timbalan Pengarah RISDA Negeri Perlis

Encik Rozi bin Samat


Penyelaras Unit Pengembangan dan Pemindahan Teknologi RISDA Negeri Perlis

Encik Taufal bin Md Zain


Pengerusi JPKK Kampung Kok Klang

Encik Abdullah bin Ali


Pengerusi JPKK Kampung Paya Burma

Barisan Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan RISDA Negeri Perlis

Tuan Imam dan Jawatankuasa Masjid Al-Hakam, Kok Klang

Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Salam Keluarga Malaysia dan Salam


Pekebun Kecil Makmur

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah


SWT kerana atas limpah kurnia dan inayah-Nya. Kita dapat berkumpul pada hari
yang barakah di bulan Ramadan yang mulia ini dalam Majlis Iftar Ramadan Pekebun
Kecil Makmur 2022.

Hadirin yang saya muliakan,

Sesungguhnya Pekebun Kecil sentiasa didalam sanubari saya. Saya dapat merasai
kesusahan dan kepayahan yang mereka lalui terutamanya ketika harga komoditi
getah dan keadaan cuaca yang yang tidak menentu. Situasi sebegini sedikit
sebanyak menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil kita.

Alhamdulillah, Kerajaan Malaysia melalui RISDA sentiasa memberikan komitmen


yang tinggi dalam memastikan setiap pekebun kecil di dalam Negara kita sentiasa
terbela. Dalam motonya iaitu Bersama Membina Pekebun Kecil Makmur, RISDA
sentiasa komited dalam meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui 3 Cabang
Pendapatan iaitu Hasil Kebun Getah, Hasil Keusahawanan dan Lain-lain Hasil.

Hadirin yang saya muliakan,

Pelbagai Inisiatif dan Bantuan yang telah dilaksanakan oleh RISDA antaranya
PROGRAM TANAM SEMULA DAN SKIM GETAH MATANG (SGM) bagi meningkatkan
produktiviti dan HASIL KEBUN GETAH melalui pemberian baja, peralatan torehan,
racun dan penggalak susu getah. Pekebun Kecil juga boleh mendapatkan khidmat
nasihat untuk mengamalkan Good Agriculture Practice (GAP) atau Amalan
Pertanian Baik supaya kebun getah kita sentiasa produktif dan mengeluarkan
hasil yang banyak.
Selain itu, PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN dan PROGRAM
KEUSAHAWANAN dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga
pekebun kecil dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bantuan yang
disediakan seperti peralatan, jentera dan mesin serta keperluan-keperluan
perniagaan yang lain. Bantuan lain seperti pembungkusan dan perlabelan, khidmat
kursus, seminar serta nasihat juga disediakan oleh RISDA. Usaha-usaha murni RISDA
ini telah membantu 24 Orang Usahawan Bimbingan RISDA bagi Mukim Padang
Siding dengan peruntukan berjumlah RM240,000.00 pada tahun 2020. Ini sedikit
sebanyak dapat meningkatkan pendapatan dan HASIL KEUSAHAWANAN pekebun-
pekebun kecil kita.

Hadirin yang saya hormati,

Seterusnya bagi LAIN-LAIN HASIL, RISDA telah memperkenalkan PROGRAM HASIL


BAHARU AGROMAKANAN pada 2020 yang memberi fokus kepada Sektor Pertanian
Jangka Panjang dan Jangka Pendek serta Sektor Ternakan.

Untuk makluman hadirin sekalian, RISDA Negeri Perlis telah membimbing 8 Orang
Peserta Program Hasil Baharu Agromakanan sejak 2020 dan uniknya ialah salah satu
projek yang telah dilaksanakan adalah Ternakan Ayam Piru yang diusahakan oleh
Tiga Orang Usahawan Bimbingan RISDA Negeri Perlis iaitu Puan Che Amah binti Che
Mid, Encik Ramli bin Arifin dan Encik Yusnizan bin Yaafar. Ini bermakna Ayam Piru
atau Ayam Belanda boleh dikomersialkan dan boleh mendatangkan hasil yang
lumayan kepada pekebun-pekebun kecil jika diusahakan dengan penuh tekad dan
tanpa berputus asa.

Hadirin yang saya muliakan,

Secara keseluruhannya, terbuktilah RISDA adalah Peneraju Pekebun Kecil Makmur


kerana tekad mereka untuk sentiasa membantu para pekebun kecil dalam negara
kita tanpa mengenal lelah dan jemu. Jadi, saya menyeru kepada semua pekebun-
pekebun kecil diluar sana, terutama pekebun-bekebun kecil Negeri Perlis agar
rebutlah peluang yang ditawarkan oleh RISDA agar kita dapat tingkatkan taraf
hidup dan dapat membina Keluarga Pekebun Kecil yang Makmur, Bahagia dan
Sejahtera. Ingatlah wahai pekebun-pekebun kecil sekalian, Yang Bulat Tidak
Datang Bergolek, Yang Pipih Tidak Datang Melayang. Rebutlah peluang yang ada
dan teruslah berusaha dengan gigih.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Perlis juga mengucapkan jutaan Terima Kasih dan
Setinggi-tinggi Penghargaan atas usaha yang dilaksanakan oleh RISDA selaku Agensi
Peneraju Pekebun Kecil Negara dalam membantu setiap pekebun kecil negeri ini
supaya progresif dan sejahtera serta dapat meningkatkan pendapatan isirumah
mereka supaya kehidupan mereka makmur dan sejahtera.

Dengan Lafaz Bismillahirahmanirahim

Saya dengan ini merasmikan Program Majlis Iftar Ramadan Pekebun Kecil Makmur
bagi Tahun 2022

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai