Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Perasmian

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKATUH


YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KEDAH
YANG BERHORMAT AHLI-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
DIF-DIF JEMPUTAN
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH.

Sebagai pembuka kata, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kita
kepada allah subha nahu wa taala kerana dengan izin dan
hidayah-nya dapat kita berkumpul di acara permotoran terbesar yang julung kalinya di
anjurkan di negeri Kedah Darul Aman.
Saya dengan sukacitanya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan- tuan dan
puan - puan, khususnya kepada Pn. Nazirah binti Zainal selaku pengurus syarikat ZNIQ
Enterprise juga merangkap penganjur program kerana sudi mengundang saya hadir
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Malaysia Super Modified
K-Car MegaGathering 2016 pada hari ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada
Exco Pelancongan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato Haji Mohd Rawi bin Abd.
Hamid di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan porgram ini. Selain itu,
terima kasih juga diucapkan kepada wakil THE MALAYSIAN BOOK OF RECORD yang
hadir bersama sama kita pada hari ini.
Hadirin sekalian,
Sepertimana yang telah kita semua sedia maklum, kerajaan negeri dalam usaha
untuk mempromosikan negeri Kedah sempena Discover Kedah 2016, oleh yang
demikian, saya selaku Menteri Besar negeri Kedah Darul Aman amatlah menghargai
usaha yang dilakukan oleh tuan tuan dan puan puan sepertimana hari ini.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua tuan
tuan dan puan puan serta kepada peserta MALAYSIA SUPER MODIFIED K-CAR
MEGA GATHERING 2016 dari segenap pelusuk negeri yang telah berjaya sampai ke
sini semata-mata untuk menunjukkan bahawa ikatan silatulrahim tiada batas dan
penghujungnya dalam dunia sukan permotoran.

Hadirin yang di hormati sekalian,


Saya berasa amat teruja apabila dapat bersama sama tuan tuan dan puan
puan dalam program sukan permotoran seperti ini yang dikatakan adalah merupakan
program yang julung julung kali diadakan di Malaysia dengan mengumpulkan ribuan
kereta dari jenis kompak yang telah dimodifikasikan. Saya juga difahamkan program
ini adalah bertujuan untuk memecahkan rekod THE MALAYSIA BOOK OF RECORD
bagi perhimpunan terbesar kereta kompak yang telah dimodifikasikan dari seluruh
Malaysia. Tahniah juga diucapkan kepada penganjur program ini yang telah berjaya
menganjurkan aktiviti sihat buat anak anak muda kita. Saya juga berharap agar
program sebegini akan dapat diteruskan pada tahun tahun seterusnya baik dianjurkan
di negeri Kedah atau diadakan di negeri negeri lain.
Akhir kata, Dengan lafaz yang mulia Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya
dengan ini merasmikan perhimpunan Malaysia Super Modified K-Car Mega Gathering
2016 yang bertempat di Taman Jubli Emas,Kedah Darul Aman.
Sekian.
Wabillahi
wabarokatuh.

taufik

walhidayah

wassalamualaikum

warahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai