Anda di halaman 1dari 2

Teks Ucapan Pengarah Program

Assalamualaikum wbt, dan Selamat Sejahtera,


Hadirin sekalian.

Bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk kita bersama-
sama berkumpul pada hari yang damai ini bagi menjayakan ‘Jelajah Bakti
Terpuji 4.0 Di Kampung Bersah Pos Kuala Mu Sungai Siput Perak’ yang
dianjurkan oleh pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 5 ,
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir kerana sudi
meluangkan masa bersama-sama pada hari ini. Majlis ini tidak akan dapat
direalisasikan tanpa sokongan daripada semua. Terima kasih sekali lagi saya
ucapkan.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Besarlah harapan saya agar program yang dirancang ini dapat mencapai
objektifnya iaitu mendedahkan kepada masyarakat orang asli mengenai
pengetahuan asas pembangunan pelancongan desa melalui perkonsian ilmu
yang telah diadakan diantara PTSS dengan penduduk Kampung Bersah. Saya
mewakili pihak pengurusan berharap agar program pada kali ini dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar dan penduduk Kampung Bersah. Semoga majlis
ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan matlamat program kali ini
dapat dicapai.

Akhir kata, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir dan meluangkan masa ke
majlis perasmian penutupan ‘Jelajah Bakti Terpuji 4.0 Kampung Bersah Pos
Kuala Mu, Sungai Siput, Perak. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di
atas kerjasama dan keprihatinan semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung terutamanya Tok Batin dan penduduk
Kampung Bersah dan teristimewa buat keluarga angkat yang banyak
menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar.
Sekian, semoga kita berjumpa lagi di lain.

Anda mungkin juga menyukai