Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGARAH PROGRAM TWEET@TDI

Terima kasih saudara pengerusi majlis, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Haji Talib Bin Bon, wakil rasmi Penolong Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tuan Zuber Bin Zainal, wakil rasmi Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dr Khairul Azman Bin Mohd Suhaimy, Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail. Barisan Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail dan AJK TWEET. Seterusnya, hadirin yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya dapat kita bertemu dalam Majlis Penutup TWEET@TDI. Saya selaku pengarah program amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Prof. Madya Dr. Haji Talib Bin Bon dan merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Prof. Madya untuk bersama-sama kita pada hari yang berbahagia ini dan seterusnya menyempurnakan majlis penutup program TWEET@TDI. Pada kesempatan ini, saya mengalu-alukan kehadiran Tuan Zuber Bin Zainal, wakil rasmi Pengarah SPRM yang telah sudi memenuhi jemputan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Hadirin yang dihormati sekalian, TWEET@TDI adalah singkatan bagi Together We Explore and Experience the Time@TDI. Program ini diwujudkan sempena program Kemahiran Insaniah yang wajib disertai oleh pelajar Tahun 1 Semester 2 lepasan matrikulasi dan STPM di Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail. Program ini diwujudkan untuk menilai potensi para pelajar dari segi kemahiran berkomunikasi dan semangat kerja berpasukan. Pada kali ini, TWEET@TDI telah menganjurkan lebih kurang 14 buah aktiviti yang menarik sepanjang tiga hari program ini berlangsung yang bermula dari 23 Mac sehingga 25 Mac 2012. Antaranya, Futsal Piala Tun Dr. Ismail, Sepetang Bersama Ustazah Fira (Ustazah Pilihan), Forum Bicara Keamanan, pameran, dan banyak lagi. Penglibatan pelajar dalam program ini adalah seramai 348 orang dan penyertaan dari para peserta begitu menggalakkan.

Hadirin sekalian, Petang ini juga merupakan hari pelancaran buku Tun Dr. Ismail yang bertajuk Merintis Kepimpinan Beritegriti. Pelancaran buku ini merupakan ilham daripada Dr Khairul Azman Bin Mohd Suhaimy, Pengetua Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail sendiri. Tun Dr. Ismail merupakan Mantan Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke-2 Tun Abdul Razak. Beliau dikenali sebagai seorang pemimpin yang cukup serius menangani masalah rasuah di kalangan pentadbir negara. Tun Dr. Ismail adalah antara pemimpin UMNO yang tegas dan berpegang pada prinsip. Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi kepada Prof. Madya Dr. Haji Talib Bin Bon, wakil rasmi Penolong Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Tuan Zuber Bin Zainal, wakil rasmi Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudi hadir bersama-sama kita pada hari ini. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kerana aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga bentuk kerjasama dankomitmen yang terjalin selama ini, dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menjayakan program ini. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai