Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL GEGAR MERBOK 2018


UITM KEDAH

ATURCARA TEKS CATATA


N

Arahan Assalammualaikum dan selamat malam


sebelum
majlis
bermula Para hadrin diminta untuk mengambil tempat
masing-masing kerana majlis kita akan bermula
sebentar sahaja lagi.

Di sini saya akan bacakan pesanan dari pihak penaja.


 Diminta para hadirin untuk memenuhi ruangan
kosong di hadapan terlebih dahulu.

 Diminta para hadirin untuk berdiri ketika pengacara


majlis mengumumkan ketibaan para vip sehingga
nyanyian lagu Negaraku dan Wawasan setia Uitm

 Para hadirin juga diingatkan untuk tidak


meninggalkan majlis sehingga majlis selesai.

 Pastikan telefon bimbit anda berada dalam mood


gegar

Terima kasih atas kerjasama semua.

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG AMAT


BERHORMAT, YB NURIN AINA, AHLI
Ketibaan VIP PARLIMEN MERBOK DAN DIF DIF KE HORMAT
MASUK KE DALAM DEWAN.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian


lagu Negaraku dan Wawasan Setia UiTM.
Nyanyian
lagu
Para hadirin dipersilakan duduk.
Negaraku dan
Wawasan
Setia Uitm

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Kata
alu-aluan Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahhirahmannirrahim….

Yang Berbahagia,
YB Pn. Nor Azrina Surip,
Ahli Parlimen Cawangan Merbok

Yang Berusaha,
Prof Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid
Rektor UiTM Cawangan Kedah
Yang Berusaha,
Dr. Abdul Majeed Ahmad
Timb. Rektor Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Kedah

Yang Berusaha
Dr. Abdul Latif Abd Rahman
Timb. Rektor Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Kedah

Yang diraikan,
_____________________________________________
_____________________________________________
Penceramah jemputan

Yang Berusaha,
En. Mohd Nor Azam Md Saleh
Penasihat Kelab Sekretariat Rukun Negara
UiTM C awangan Kedah

Saudara Mohamad Asri Abd Talib,


Ketua Projek
Karnival Gegar Merbok 2018

Dif-dif kehormat, ajk Karnival Gegar Merbok 2018

Dan seterusnya para hadirin yang dirahmati Allah


sekalian.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh,
salam sejahtera dan salam UiTM dihatiku.
Lenggang bertapak seni memandang
Silat Cekak menyusun jari
Kami ucapkan selamat datang
Kepada tuan puan ke majlis kami.

Kami mewakili pihak majlis mengalu-alukan kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Perasmian Karnival
Gegar Merbok 2018.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah


kurnia dan izinNya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada malam ini bagi menjayakan Majlis Perasmian
Karnival Gegar Merbok 2018.

Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah
bersama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat
dariNya. Untuk itu majlis menjemput Saudara
Mohamad Nor Akmal Azami bagi mengetuai bacaan
doa. Majlis dipersilakan.

Amin amin ya rabbal aalamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


saudara Mohamad Nor Akmal Azami di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita
berjalan lancar sehingga ke penghujungnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Adat berbahasa menyampaikan pesan, adat majlis
menyampaikan ucapan.

Sebagai pembuka tirai ucapan pada malam ini, majlis


menjemput Yang Berberbahagia Prof Madya Dr.
Shaiful Annuar Khalid, Rektor UiTM Cawangan Kedah
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dipersilakan.

Ucapan rektor

Terima kasih diucapkan kepada Yg. Berbhgi, Prof


Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid di atas ucapannya
sebentar tadi.

CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI


MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN YANG BERUSAHA MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Berhormat YB Nor Azrina
Surip untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Perasmian Karnival Gegar Merbok
2018. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih di ucapkan kepada Yang Berhormat YB
Nor Azrina Surip di atas perasmiannya sebentar tadi.

Ucapan Yb
dan * Agenda majlis diteruskan lagi dengan menjemput
perasmian Prof Madya Dr Shaiful Annuar Khalid Rektor UiTM
Cawangan Kedah diiringi
_____________________________________________
_______ bagi menyempurnakan majlis penyampaian
cenderamata. Majlis dipersilakan.

Untuk itu majlis menjemput sekali lagi Yang


Berhormat, YB Nor Azrina Surip untuk menerima
sedikit cenderamata dari pihak kami tanda kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Prof


Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid Rektor UiTM
Penyampaian Cawangan Kedah diiringi
cenderamata _____________________________________________
kepada yb ____________________________________________
(kiv) di atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Kami mewakili pihak majlis mengucapkan ribuan


terima kasih kepada Yang berhormat YB Nor Azrina
Surip di atas kesudian YB meluangkan masa bersama
kami pada malam ini. Para hadirin diminta untuk berdiri
bagi mengiringi Yang Berhormat Yb Nor Azrina Surip
dan dif-dif ke hormat keluar dewan.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. Untuk itu
majlis menjemput
_____________________________________________
Yb keluar _____________________________________________
dewan atau dikenali sebagai PU Amin untuk menyampaikan
ceramahnya yang bertajuk
_____________________________________________
_____________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada PU Amin di atas


perkongsian ilmu sebentar tadi. Diharapkan segala
nasihat dan ilmu diberikan dijadikan amalan buat
bekalan disana kelak.

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG


BUDI SEUTAI KASIH, majlis menjemput
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
(penyampai cenderamata)
Untuk menyempurnakan majlis penyampaian
cenderamata. Majlis dipersilakan.

Ceramah oleh
PU Amin Majlis dengan segala hormatnya menjemput PU Amin,
penceramah jemputan kita pada malam ini untuk
menerima sedikit cenderamata dari pihak kami. Majlis
dipersilakan.
Penyampaian
cenderamata
kepada PU
Amin

Terima kasih diucapkan kepada


_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
(penyampai cenderamata)
Di atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

DARI MANA ASALNYA ,USAH DIUSUL


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DI BAWA KE DALAM HATI

Majlis kita sudah berada di penghujungnya. Kami


mewakili pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada para hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama kami bagi menjayakan majlis kita pada malam
ini. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon
kemaafan seandainya terkasar bahasa, tersilap bicara
sepanjang kami mengendalikan majlis pada malam ini.
Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang kurang
itu datang dari diri kami sendiri. Untuk itu saya sudahi
majlis dengan serangkap pantun.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Penutup Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian assalammualaikum wbt dan selamat malam

Anda mungkin juga menyukai