Anda di halaman 1dari 5

Masa

CUE

ANN 1

Ketibaan tetamu

Mengumumkan ketibaan Encik Nor Ezan bin Omar , ketua


pusat pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat,
Diiringi Puan Siti Nuur Illa Binti Mat Kamal, koordinator
kursus Fakulti Pengurusan Maklumat
Diikuti Encik Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar selaku
Penasihat 1 Information Management Society
Para pensyarah yang disanjungi dan
para pelajar pengurusan maklumat yang dikasihi sekalian.
Kami bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Malam Penghargaan IMS anjuran
Information Management Society bagi sesi Disember April
2015.
Dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk mengambil
tempat duduk masing masing

Masa

CUE

ANN 2

Bacaan doa

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan saudara...


untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

Selepas bacaan doa

Amin YaRabbal Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas bacaan doa itu tadi.
Moga diberkati majlis ini hingga ke penghujungnya.

Masa

Masa

CUE

ANN 3

Lagu Negara ku,


Negeri Johor,
UiTM Dihatiku
dimainkan

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Diikuti


dengan lagu negeri Johor dan UiTM dihatiku dan Asma ul
husna. Tetamu-tetamu kehormat dan para hadirin diminta
berdiri.

Para tetamu
jemputan dan
hadirin dijemput
duduk

Mohon para tetamu kehormat serta hadirin sekalian


mengambil tempat.

CUE
Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk

ANN 4
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
sejahtera, salam 1 Malaysia.

w.b.t,

Yang Dihormati Encik Nor Ezan bin Omar


ketua pusat pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat

salam

Puan Siti Nuur Illa Binti Mat Kamal


koordinator kursus Fakulti Pengurusan Maklumat
Encik Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar
Penasihat 1 Information Management Society
Para pensyarah yang disanjungi dan
para pelajar pengurusan maklumat yang dikasihi sekalian.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha
Penyayang
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita
bersua di Majlis Malam Penghargaan IMS bagi sesi Disember
2014 April 2015.
Kami wakil daripada Information Management Society
mengucapkan selamat datang kepada hadirin dan hadirat
sekalian
Indah berbalam siawan petang,
Berarak di celah pepohon nara;
Pemanis kalam selamat dating.
Awal bismillah pembuka bicara.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Buat pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis Malam Penghargaan IMS ini diadakan bertujuan untuk
meraikan pelajar-pelajar semester akhir iaitu semester 5
sebelum menamatkan sesi pengajian dan pembelajaran
mereka di kampus ini.

Masa

CUE

ANN 5
Hadirin yang dihormati,

Ucapan alu-aluan
KPP

Masa

Bagi meneruskan majlis pada malam ini, dijemput Encik


Norezan Bin Omar selaku Ketua Pusat Pengajian Fakulti
Pengurusan Maklumat untuk menyampaikan ucapan beliau.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

CUE

ANN 6

Setelah selesai
ucapan KPP

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Encik Norezan


Bin Omar.
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan
Encik Norezan sebentar tadi

Masa

CUE
Ucapan dan
perasmian

Masa

Masa

CUE

ANN 8

Setelah selesai
ucapan KPP

Terima kasih diucapkan kepada Encik Asyraf atas kesudian


beliau merasmikan majlis kita pada malam ini

CUE
Tayangan montaj

Masa

ANN 7
Kini, dijemput pula
Encik Muhammad Asyraf Bin Wahi Anuar selaku Penasihat 1
Information Management Society
bagi memberikan sepatah dua kata dan seterusnya
merasmikan majlis Malam Penghargaan IMS bagi sesi
Disember 2014 April 2015
Dipersilakan

CUE
Penyampaian
anugerah dekan

ANN 9
Dengan sukacitanya, majlis mempertontonkan persembahan
multimedia montaj barisan penasihat dan exco IMS,
serta aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sem.

ANN 10
Hadirin sekalian, majlis ini diteruskan dengan penyampaian
anugerah dekan bagi sesi Disember 2014 April 2015.
Dijemput Encik Norezan bin Omar selaku Ketua Pusat
Pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat
Di iringi oleh
Bagi menyampaikan sijil anugerah dekan kepada pelajar.
Terima kasih kepada Encik Norezan
Atas kesudian beliau menyampaikan sijil anugerah dekan
kepada para pelajar.

Masa

CUE
Bacaan doa makan
dan jamuan makan

ANN 11
ke pekan sudah,ke maran pun sudah,
cuma ke tenum sahaja yang belum;
ucapan sudah,penyampaian anugerah pun sudah,
makan dan minum sahaja yang belum
Sebelum hadirin sekalian menjamu selera,
Di jemput sekali lagi saudara.untuk membacakan doa.
Amin Ya Rabbal Alamin.
hadirin hadirat dipersilakan menjamu selera.

Masa

CUE

ANN 12

Persembahan kelas
1B

Sambil kita menjamu selera, dengan sukacitanya, majlis


mempertontonkan persembahan dari kelas 1B dengan
tajuknya.
Terima kasih kepada pelajar dari kelas 1B atas persembahan
mereka sebentar tadi

Masa

CUE
Cabutan bertuah

ANN 13
Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara yang ditunggutunggu,iaitu acara cabutan bertuah.
buat pengetahuan anda sekalian,no. cabutan bertuah anda
boleh dilihat pada .masing-masing.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput


En
untuk membuat 3 cabutan yang pertama, dipersilakan.
Nombor bertuah yang pertama adalah..

Masa

CUE

ANN 14

Persembahan kelas
1 C dan 1 D

Seterusnya, majlis diceriakan lagi dengan persembahan dari


kelas 1C dengan tajuknya.
Terima kasih kepada pelajar dari kelas 1C atas persembahan
mereka sebentar tadi.
Kita meriahkan lagi majlis ini dengan persembahan daripada
kelas 1D dengan tajuknya...
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada kelas 1D atas
persembahan mereka sebentar tadi

Masa

CUE
Cabutan bertuah

ANN 15
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara yang dinantinantikan oleh para pelajar ,iaitu acara cabutan bertuah.
Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput
En
untuk membuat 3 lagi cabutan, dipersilakan.
Nombor bertuah yang pertama adalah..

Masa

CUE
Persembahan 1 A

ANN 16
Tanpa membuang masa, majlis akan diteruskan lagi dengan
persembahan daripada kelas 1A yang bertajuk...
Dipersilakan
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada kelas 1A atas
persembahan mereka sebentar tadi

Masa

CUE
Montaj part 5

ANN 17
Tanpa membuang masa lagi
Dengan sukacitanya, majlis mempertontonkan persembahan
multimedia montaj barisan pelajar semester 5 sepanjang
mereka melanjutkan pengajian di UiTM Segamat ini
Demikianlah, montaj tayangan yang disediakan oleh pelajar
semester 5

Masa

CUE
Penutup

ANN 18
Makan sudah, persembahan pun sudah.
Majlis kita sudah menghampiri penghujungnya
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para tetamu
kehormat, para jemputan, pensyarah-pensyarah dan pelajarpelajar sekalian kerana sudi hadir bagi menjayakan majlis

kita pada malam ini.


Maka dengan ini, berakhirlah majlis Malam Penghargaan
IMS bagi sesi Jun-Okt 2014.
Semua hadirin di minta berdiri bagi menghormati kepulangan
para VIP.
Sekian sahaja daripada saya.
dan
wabillah.

Anda mungkin juga menyukai