Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS

PROGRAM SEHARI BERSAMA PERMATA TERSAYANG


KATA-KATA Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
ALUAN
Yang Berbahagia,
Puan Hanisah Binti Ishak , Ketua Jabatan Perniagaan Kolej
Vokasional Kuala Klawang.

Yang Berusaha,
Puan Suhana Binti Ahmad , Ketua petugas Yayasan Anak
Yatim/Piatu Islam Port Dickson

Yang Dihormati,
Barisan para pensyarah, tuan-tuan dan puan-puan , dan tidak lupa
juga kepada para peserta dan para fasilitator yang dikasihi selaku
urusetia untuk program hari ini.

Alhamdulilah. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya


kita dapat berkumpul bersama-sama untuk menjayakan program
Sehari Bersama Permata Tersayang anjuran Kolej Vokasional Kuala
Klawang
BACAAN DOA Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan


saudara Nur Afdhal Akmal Bin Saharim untuk membacakan doa

Dipersilakan

(Selesai Bacaan Doa)

Amin , Amin ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Nur Afdhal


Akmal di atas bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN DARI Hadirin dan hadirat sekalian,
PIHAK KV Tanpa melengah-lengahkan masa lagi dijemput
Puan Hanisah Binti Ishak selaku ketua Jabatan Perniagaan KV Kuala
Klawang untuk menyampaikan ucapan alu aluan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-SELESAI MEMBERI UCAPAN-

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Nur Hanisah Binti Ishak atas
ucapan sebentar tadi.
UCAPAN PIHAK Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata dari pihak
YAYASAN yayasan Anak-Anak Yatim/Piatu Port Dickson

Dijemput Puan Hayati untuk menyampaikan ucapan

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Hayati atas ucapan sebentar


tadi

UCAPAN Bagi menyempurnakan majlis kita pada petang ini , dijemput Puan
PERASMIAN Sabriyani Binti Haji Khazali selaku penolong pengurus KOOP Bank
Persatuan untuk merasmikan majlis penutupan program Sehari
Bersama Permata Tersayang.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

-UCAPAN PERASMIAN-

Hadirin yang dihormati sekalian,


Dipersilakan Puan Sabriyani untuk merasmikan gimik perasmian

Rasmilah sudah majlis penutupan program kita pada petang ini.

Setinggi penghargaan yang tidak terhingga atas kesudian tuan untuk


merasmikan penutupan program kami pada petang ini
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hamper dan sijil kepada
HADIAH setiap kumpulan

Oleh itu dijemput Puan Hanisah Binti Ishak diiringi Puan Nadya
Binti Jamil untuk menyampaikan hadiah.

Majlis mempersilakan.

-TUNGGU VIP SAMPAI KE DEPAN DAN READY BARU


START-

Dijemput wakil dari kumpulan

Marimau,Mambang,Maurus,Garos,Melip,Kurai
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada dua orang
peserta terbaik

Bagi peserta lelaki terbaik, dijemput Afiq dari kumpulan dua,


Seterusnya, peserta perempuan terbaik, Alia dari kumpulan empat,

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pihak


yayasan,

Dijemput Puan suhana untuk menerima sumbangan daripada pihak


kolej.

Terimakasih diucapkan atas penyampaian hadiah sebentar tadi.


PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati sekalian
DARIPADA
PIHAK BANK Dijemput Puan Sabriyani Binti Haji Khazali selaku Penolong
Pengurus Koop Bank Persatuan (jawatan) dan diiringi Puan Suhana
Binti Ahmad untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak
yatim.

Dijemput wakil setia kumpulan untuk menerima sumbangan


tersebut.
Dimulakan wakil dari kumpulan Marimau,
Seterusnya, Mabang, Mauros, Garos, Melip, Kurai
Majlis mengucapkan ribuan terimakasih atas penyampaian
sumbangan sebentar tadi.
PENYAMPAIAN Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dijemput Puan
CENDERAMATA Hanisah Binti Ishak dan diiringi Puan Nadya Binti Jamil untuk
menyampaikan cenderamata.

Majlis menjemput Puan Sabriyani Binti Haji Khazali untuk


menerima cenderamata.

Puan Suhana Binti Ahmad dan akhir sekali Puan Hayati.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian


cenderamata sebentar tadi.

PENUTUP Tuan puteri pergi ke kuah,


Pulang semula sebelah pagi,
Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin tuhan bersua lagi.

Umpama berenang sampai ke tepian


Umpama terbang sudah hinggap di dahan
Begitulah juga dengan dengan majlis kita yang sudah sampai ke
penghujungnya

Saya wakil pihak pelajar tahun 1 dan 2 DVM KV Kuala Klawang


Program Pengurusan Perniagaan , ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Program ini memberi banyak pengalaman baru dan pembelajaran


kepada kami.
Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan
sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari
Allah, dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya
sendiri. Saya sudahi dengan W.B.T wassalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai