Anda di halaman 1dari 3

Hadirin sekalian dipersilakan untuk terus berdiri bagi

Nyanyian Lagu menyanyikan lagu negaraku dan selamat sultan.


Negaraku  Cue: Setelah nyanyian selesai
Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam
sejahtera, dan salam sehati sejiwa.

 Yang berusaha Puan Guru Besar Puan Bulia ak


Sigan
 Yang berusaha penolong kanan pentadbiran En
Sebli bin Awi
 Yang berusaha penolong kanan kokurikulum En
Kata-kata Aluan Mahmud bin Hashim
 Yang berusaha penolong kanan hal ehwal murid
Puan Rajanah binti Salim
 Guru guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta


kerana di atas limpah dan kurnia-Nya dapat kita
bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi
menghadiri majlis perasmian penutupan Kem
Membaca 1 Malaysia.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam,
Ucapan Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Seterusnya, Memulakan bingkisan ucapan, majlis
menjemput Yang Berusaha Puan Bulia ak Sigan, Guru
Besar SK Muton bagi menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis penutupan Kem Membaca
1 Malaysia. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.
 Cue: setelah ucapan selesai.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Yang


Berusaha Puan Bulia ak Sigan, Guru Besar SK Muton
diiringi oleh _____________ bagi menyampaikan sijil
penyertaan dan hadiah kepada pemenang pertandingan
yang diadakan semasa Kem Membaca 1 Malaysia.
Antara pertandingan yang diadakan adalah
Teka-teki, mewarna, melukis poster
Untuk itu, dipersilakan ;

Penyampaian ______________________________
Hadiah ___________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________

Majlis mengucapkan Terima Kasih atas penyampaian


hadiah sebentar tadi.
Seterusnya,sebelum kita mengakhiri majlis kita pada hari
ini murid-murid akan membuat Gallery Walk dengan
melihat hasil karya sendiri dan rakan-rakan. Sticky note
telah disediakan untuk memberi peluang kepada murid-
murid memberi sebarang komen atau cadangan
penambahbaikan mengenai karya rakan tersebut.
Gallery Walk

Anda mungkin juga menyukai