Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: 3/4

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa
Tajuk Jurnal
1.

: 27 April 2015 30 April 2015-05-05


: Masalah Pengurusan Masa

Masalah

Pada hari selasa yang lalu saya telah menghadapi masalah pengurusan
masa dalam kelas tahun 3. sepatutnya masa untuk kelas pendidikan
muzik saya pada waktu tersebut adalah 1230 hingga 0100 tgh hari. tetapi
jadual tersebut agak mengelirukan kerana saya terserempak dengan
seorang guru praktikum juga kerana beliau mengatakan masa tersebut
merupakan masa dunia sains. apabila saya melihat jadual waktu kelas
tahun 3, masa dunia sains telah bertukar dengan pendidikan muzik.
sepatutnya dunia sains pada jam 1200-1230 tgh hari tetapi pertukaran
tersebut tidak diketahui oleh saya sendiri. mungkin berlakunya salah
faham ataupun masalah jadual yang baru. oleh kerana saya terlambat
masuk ke kelas tahun 3 selama 7 minit, saya terpaksa mempercepatkan
pengajaran dan pembelajaran saya dengan menyingkatkan masa bagi
setiap langkah. tetapi untuk langkah terakhir, saya hanya menggunakan 1
minit untuk penutup dengan bersoal jawab dengan mereka.

2.

Analisis
Masalah ini timbul kerana guru pembimbing untuk sains tersebut

terlupa

memberitahu

kami

mengenai

perubahan

masa

tersebut.

tambahan pula sekolah kami mengalami perubahan jadual kerana kami


berpraktikum

secara

berpasangan

dan

setiap

individu

hendaklah

melengkapkan 7 waktu untuk mencukupkan syarat berpraktikum. ini


kerana pendidikan muzik hanya mempunyai 30 minit iaitu 1 masa untuk
setiap kelas untuk seminggu. oleh itu, guru PK1 terpaksa membuat

perubahan masa supaya masa kami mencukupi untuk setiap minggu.


saya hanya memasuki kelas tersebut selama 23 minit. saya bernasib baik
kerana murid tersebut dapat meng

3.

Cadangan tindakan
Saya patut menyemak semula tempoh waktu dalam jadual waktu

saya supaya pada masa yang akan datang saya tidak mengalami
kecelaruan untuk merancang masa p&p saya. Saya perlu mengurangkan
aras pengajaran supaya murid dapat mengikuti proses p&p dengan lancar
kerana waktu berubah dari 30 minit kepada 25 minit. Bagi memastikan
bahawa semua aktiviti berjalan dengan lancar, saya akan menyemak
semula objektif pengajaran saya supaya bersesuaian dengan tahap dan
masa yang diperuntukkan.Saya akan mendapatkan pendapat daripada
rakan-rakan yang lain untuk merancang pengajaran saya pada masa yang
akan datang.

4.

Tempoh masa tindakan susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada masa yang akan

datang. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan


kelancaran proses

pengajaran dan

pembelajaran. Ia juga boleh

menentukan ssesuatu obejktif itu berjaya di capai ataupun tidak.

Anda mungkin juga menyukai