Anda di halaman 1dari 4

PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN SEBELUM PRATIKUM

Pada semester ini, saya serta seluruh guru pelatih semester 5 ambilan Januari 2011
akan menghadiri praktikum fasa 1 yang akan berlangsung selama 4 minggu
persekolahan. Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Kampus
Tun Abdul Razak, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama
1 bulan yang bermula pada 13 April 2015 8 Mei 2015. Praktikum ini adalah untuk
subjek major iaitu Pendidikan Muzik sahaja. Latihan praktikum ini dilaksanakan
sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh institut Pendidikan Guru.
Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah
sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung di Dewan
Sadong Jaya. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh Encik Shawal. Untuk
taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan
praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran
praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum
menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi
mental dan fizikal. Sepanjang tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya
perlu membuat beberapa persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut. Kerana
ini adalah fasa praktikum yang pertama. Saya belum berpengalaman untuk
menjalankan tugas sebagai seorang guru di sekolah. Saya perlu membuat
persediaan yang sepenuhnya.

Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah


mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan
senarai semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Disamping itu, saya juga
perlu menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang
diperoleh serta hasil penulisan yang telah dibuat kedalam portfolio sebagai bukti
serta rujukan dimasa akan datang.
Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya.
Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar
dari guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang
padu amat penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di
sekolah tersebut.
Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang
kaedah bagaimana mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman
sesawang. Malah saya juga telah membuat perancangan awal berkenaan peraturanperaturan yang perlu mereka patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
yang saya jalankan. Selain itu, saya turut merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik minat murid dalam pembelajaran mereka di dalam bilik
darjah. Selain itu, saya berbincang dengan pasangan praktikum saya mengenai
perancangan kami apabila disekolah nanti.
Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 13 April 2015
berjalan

dengan

baik

sepertimana

yang

telah

saya

rancangkan.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam


menghadapi segala cabaran yang datang kerana sesungguhnya seseorang yang
terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, adalah sukar
baginya untuk berjaya. Walaupun ini adalah praktikum fasa pertama, saya pasti
bahawa banyak pengalaman baharu yang akan saya alami kelak. Insya-Allah.
,

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM

Pada semester ini, saya An nisaa binti Yusop telah menjalani latihan
praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Rayang, Serian. Praktikum ini
mengambil masa selama satu bulan (13 Mei 2015 8 Mei 2015) dan saya mesti
mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut iaitu
selama sebulan.
Tujuan sampingan program Praktikum ini dibuat adalah untuk membolehkan
pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan
awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya
iaitu Pendidikan Muzik selama 7 masa. Kami dikehendaki mengajar sekurangkurangnya 6 hingga 8 masa untuk memenuhi syarat pratikum tersebut. Oleh kerana
masa Pendidikan Muzik hanya 1 masa untuk seminggu bagi setiap kelas kecuali
tahun 6 kerana tahun 6 masih menggunakan sukatan KBSR, kami terpaksa masuk
ke kelas secara berpasangan kecuali semasa penyeliaan guru pembimbing ataupun
pensyarah. Jadi disebabkan pengajaran berpasangan masa mengajar kami
mencukupi dengan 7 masa setiap seorang.
Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan
sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak
tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya
tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami
pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran.
Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran
berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti
ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada
mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan
datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku
murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalaui pemerhatian, interaksi dan
refleksi.

Setelah 3 minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang


perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian.
Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan,
saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan
bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang
berbaki 1 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi
tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti
saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh
praktikum juga, hubungan saya dengan warga sekolah semakin akrab. Malahan
saya semakin rapat dengan murid-murid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan
masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten.
Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah
dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktivitiaktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk
jati diri murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, muridmurid di sekolah tersebut agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya
upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai
perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika perancangan saya
hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang
dengan otak kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, kebanyakan murid kurang
ingin belajar dan merasakan bosan untuk belajar.Oleh kerana subjek saya
merupakan subjek yang seronok dan banyak aktiviti, jadi mereka terlibat secara aktif
secara keseluruhan. Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk
mengajar kita perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran
yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi
pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya.
Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last
minute dapat dikikis. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu
untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya.

Anda mungkin juga menyukai