Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PROJEK

Untuk praktikum Fasa I kali ini, saya An nisaa binti Yusop bersama
pasangan saya iaitu Vlyanna Inson membuat projek bertemakan muzik di
Sekolah Kebangsaan Rayang. Dalam sistem pendidikan sekolah rendah,
guru berperanan dalam mengenal pasti potensi dan bakat yang ada
dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya dikembangkan dan
digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan sosial. Kami membuat perancangan dengan berbincang
dengan guru besar dan guru pembimbing. Kami merancang untuk
membuat notasi bagi lagu sekolah SK Rayang. Kami akan meletakkan
notasi tersebut pada banner supaya banner tersebut dapat menghiaskan
ruang yang kosong di sekitar sekolah. Dengan meletakkan notasi lagu
pada banner, saya merasakan projek tersebut dapat meninggalkan
kenangan kami untuk murid-murid di sekolah ini. Salah satu rasional kami
membuat projek notasi ini adalah untuk mendedahkan murid dengan
notasi muzik. Ini kerana murid-murid belum didedahkan notasi untuk lagu
sekolah. Selain itu, rasional kami meletakkan notasi tersebut pada banner
adalah kerana dengan menggunakan banner kami dapat menghias banner
tersebut dengan gambar yang menarik. Oleh itu, banner tersebut dapat
dijadikan bahan hiasan untuk sekolah.

Anda mungkin juga menyukai