Anda di halaman 1dari 3

TEKS MC MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT TARAWEH ANJURAN PPKI

SMK MUARA TUANG 2018

MASA CUE ASMA


4.30 Ketibaan Biji selasih boleh dimakan,
Petang Para Menjadi perisa sedap terperi,
Tetamu Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis tambah berseri.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke Majlis Berbuka Puasa & Solat Taraweh Anjuran
PPKI SMK Muara Tuang.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian
diminta mengambil tempat.

MASA CUE ASMA


5.00 Setelah Kuntum melati tumbuh melata,
Petang semua Burung merbah di pohon cemara,
hadirin Assalamualaikum pembuka bicara,
berada di Selamat datang untuk semua.
tempat
duduk Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera,

Yang Berusaha Encik Ahmat Daud Bin Lugom


Pengetua SMK Muara Tuang.

Yang Berusaha Tuan Haji Nawi Bin Haji Som


Yang Dipertua PIBG SMK Muara Tuang.

Yang Dihormati Cik Ratnalaila Binti Hadiman


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Tetamu Jemputan, Ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan hadirin


sekalian

Sebelum meneruskan majlis


Marilah kita membuka pertemuan kita dengan Ummul Kitab Al
Fatihah
MASA CUE ASMA
5.05 Ucapan Alu Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana
petang - aluan dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih Anjuran
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Muara Tuang
Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran, para tetamu, tuan-tuan,
puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini.

MASA CUE ASMA


5.10 Ceramah Tanpa membuang masa, dijemput penceramah jemputan kita pada
petang petang ini iaitu Ustaz Kamal Bin Jamal untuk menyampaikan
ceramah. Dipersilakan.

MASA CUE ASMA


6.00 Penyampaian Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Kamal Bin Jamal atas
petang Cenderamata ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. Semoga kita
beroleh ilmu yang bermanfaat dan diredhai Allah SWT. InsyaAllah.

Dipersilakan Cik Ratnalaila untuk menjemput dan mengiringi Yang


Berusaha
Encik Ahmat Daud Bin Lugom untuk menyampaikan cenderamata
kepada Ustaz Kamal Bin Jamal.

Dijemput Ustaz Kamal Bin Jamal untuk menerima cenderamata


sebagai kenang-kenangan dari pihak kami.

MASA CUE ASMA


6.05 Penyampaian Hadirin yang dihormati, sepanjang minggu ini PPKI telah
petang Hadiah mengadakan Minggu Kerohanian & Nilai Murni. Pelbagai aktiviti &
pertandingan telah dijalankan bagi pelajar Islam & Bukan Islam.

Oleh itu, majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian


hadiah kepada para pelajar.
Dipersilakan Cik Ratnalaila untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berusaha
Encik Ahmat Daud Bin Lugom untuk menyampaikan hadiah kepada
para pelajar.

MASA CUE ASMA


6.15 Selesai Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Pengetua atas
petang Penyampaian penyampaian hadiah yang disampaikan sebentar tadi.
Hadiah
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Tahlil yang akan
dipimpin oleh Yang Berbahagia En. Halim Bin Roselan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

MASA CUE ASMA


6.20 Ucapan Hadirin sekalian,
petang Ringkas Majlis diteruskan lagi dengan ucapan ringkas yang akan
Pengetua Disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Ahmat Daud Bin Lugom.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

MASA CUE ASMA


6.40 Makluman Hadirin dan hadirat yang dihormati, selepas ini kita akan sama –
petang sama menantikan azan Maghrib untuk berbuka puasa.

Selepas solat Maghrib berjemaah, para tetamu jemputan, ibu bapa


dan para pelajar Pendidikan Khas dijemput untuk ke Dewan Sri
Muara untuk jamuan berbuka puasa. Pelajar Asrama diminta untuk
ke Dewan Makan selepas solat Maghrib berjemaah.

Kemudian kita akan bersama – sama Solat Isyak & solat Taraweh
berjemaah di Surau. InsyaAllah.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai