Anda di halaman 1dari 3

8/11/2019 Teks Pengacara Majlis Berbuka Puasa

 
Masa CUE ANN 1

6.30 Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke Majlis Berbuka Puasa Perdana Sekolah
Kebangsaan Sungai Bakau 2014
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


diminta mengambil tempat.

Masa CUE ANN 4

6.45 Setelah semua Daun Layu di tengah gurun


hadirin berada di Nampak jalur pohon cemara
tempat duduk Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam


sejahtera, salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha En Mohamed Rodzhi Mohd Noh


Guru Besar SK Sungai Bakau

Yang Berusaha En
Yang Dipertua PIBG SK Sungai Bakau

Yang Dihormati Cik


Pengerusi JKKK

Guru-guru penolong kanan

Dif-dif jemputan
 AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau

Ibu bapa, guru-guru, murid-murid dan hadirin sekalian

Sebelum meneruskan majlis


Marilah kita membuka pertemuan kita dengan Ummul Furqan
 Al Fatihah

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-berbuka-puasa 1/3
8/11/2019 Teks Pengacara Majlis Berbuka Puasa

Masa CUE ANN 7

6.45 Ucapan alu-aluan


Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
 Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana


dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Sekolah Kebangsaan
Sungai Bakau 2014.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran, para tetamu, tuan-


tuan, puan-puan serta hadirin sekalian ke majlis ini.

Masa CUE ANN 8

6.50 Penyampaian Hadirin yang dihormati,


Sumbangan
Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dimulakan dengan
penyampaian sumbangan Hari Raya kepada para waris.

Untuk memulakan penyampaian hadiah, dipersilakan Yg En.


Halim Roselan menjemput dan mengiringi Yg Berusaha Tuan
Guru Besar untuk menyampaikan sumbangan hari raya.

Dijemput....................

Masa CUE ANN 9


7.00 Setelah selesai Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru
penyampaian Besar  atas sumbangan disampaikan sebentar tadi.
sumbangan
.

Masa CUE ANN 10

7.00 Bacaan Tahlil Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Tahlil yang akan


dipimpin oleh Yang Berbahagia En. Halim Bin Roselan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-berbuka-puasa 2/3
8/11/2019 Teks Pengacara Majlis Berbuka Puasa

Masa CUE ANN 13


7.00 Makluman Rujuk Brosur

Masa CUE ANN 14

9.00 Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah Majlis Berbuka Puasa Perdana Sekolah


Kebangsaan Sungai Bakau 2014.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah


menjayakan dan hadir ke program ini dan majlis di akhiri
dengan serangkap rangkap pantun :
Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
 Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-berbuka-puasa 3/3

Anda mungkin juga menyukai