Anda di halaman 1dari 4

TERHAD

RANCANGAN MENGAJAR

Tajuk Pelajaran: SENJATA COLT M 16 5.56 MM.


Memegang, Menenang dan Menembak.

Objektif Pengajaran – 1I45

Stor/Alat Bantuan:

1. Senjata Colt M16 dan Alat Cuci.


2. Peluru Latihan dan Kelopak.
3.White Board, Marker Pen dan Pemadam.
4. Gambar Rajah Senjata.
5. Sasaran 11/59.
Kaedah: Lokasi: Peruntukan Masa:
Penerangan, Teori - 1 waktu
Perbincangan, Pondok Skuad. Amali - 1 waktu
Pertunjukkan dan
Praktikal.

PERMULAAN PELAJARAN
LANGKAH KESELAMATAN OLEH PEG KADET
Ulangkaji:

1. Terangkan Cara-cara Mengisi dan Mengeluarkan Peluru Daripada Kelopak?

Objektif Pelajaran :
1. Mengetahui cara- cara memegang menenang dan menembak senjata ini
dengan cara yang betul.

Skop Pelajaran :
1. Memegang.
2. Menenang.
3. Menembak.

1
TERHAD
TERHAD

Masa PERTENGAHAN PELAJARAN Catatan


/Peringkat Jl

MEMEGANG MEMEGANG DI DALAM KEDUDUKAN MENIARAP

1. Apabila dapat perintah ‘baring’ langkah kaki kiri ke


hadapan pegang senjata dengan tangan kiri, tangan
kanan tekan ke tanah dan terus baring.
2. Apabila dapat perintah ‘bangun’ pegang senjata
dengan tangan kiri, dalam masa yang sama tangan
kanan tekan pada bumi terus bangun, turun senjata dan
senang diri.
3. Semasa baring hendaklah ingat perkara-perkara
berikut:
a. Tentukan laras lepas dari halangan.
b. Kedudukan hendaklah menyerong sedikit
daripada sasaran.
c. Tangan kiri pegang pada pegadang
tangan, tangan kanan pegang pada pistol grip
dan tentukan jari di luar picu. Jadikan kedua 2ici
sebagai pengganti kaki dua.
d. Tentukan senjata jauh sedikit ke hadapan
supaya senang digerakkan ke bahu dengan
pantas.
e. Tentukan kelopak jangan tercecah ke
tanah.

MENENANG MEMEGANG DALAM KAKI DUA TERPASANG

1. Untuk mendapatkan tembakan yang baik, kita


boleh juga menggunakan kaki dua yang mana baik
dilakukan semasa menembak dari fire trance.
2. Pasang kaki dua dengan clip difit laras dan di
belakang foresight assembly.
3. Cara memegangnya adalah seperti berikut:
a. Tangan kiri pegang pada genting udi dan
tangan kanan pegang pistol grip, seperti mana kita
menembak senjata MGKA badan hendaklah lurus
dengan senjata.
b. Kita juga boleh memegang dengan tangan
kiri di pegadang tangan dan tangan kanan pada
pistol grip.

2
TERHAD
TERHAD

MENENANG MENENANG

1. Gunakan gambarajah sebagaimana cara-cara


menenang.
2. Terangkan bagaimana hendak menembak sasaran
yang lebih dari 200 meter dan cara menggunakan
lubang apecture yang kecil.
4. Undang-undang menenang:
a. Pejamkan mata yang tidak digunakan.
b. Pandang dari lubang apecture melalui mata
pajera terus ke sasaran.
c. Letakkan mata pajera di tengah titik tenangan.
d. Tentukan pajera berada di dalam keadaan yang
betul dan mata pajera mestilah berada di tengah
lubang apecture.
e. Tentukan pipi jangan diubah-ubah dan senjata
sengit kiri/kanan.

MENEMBAK MENEMBAK DAN JENIS TEMBAKAN


DAN JENIS
TEMBAKAN 1. Ada 3 jenis tembakan yang boleh dilakukan dalam
kawasan pertempuran:
a. Masa Sendiri (deliberate). Tembakan ini
boleh digunakan kepada musuh yang diperhatikan
samada memerhati asap ataupun cahaya dan juga
menembak sasaran yang jauh.
b. Tembakan Kejap (snap shooting ). Tembakan
ini boleh dilakukan kepada musuh yang muncul
sekejap-sekejap dalam masa yang singkat. Udi
sentiasa di bahu.
c. Tembakan Bertubi-tubi (rapid fire).
Tembakan ini boleh digunakan kepada sasaran yang
dekat, musuh yang ramai dan masa yang tertentu.
2. Cara menembaknya sama sahaja dengan lain-lain
senjata. Perintah yang akan diberi dalam tembakan ini
tembakan tubi-tubi tembak, henti, teruskan dan buat
selamat.
3. Tembakan Malam. Senjata ini boleh menembak
waktu malam hari, oleh itu tiap-tiap askar yang
menggunakan senjata ini mestilah mengetahui cara-
caranya:
a. Paraskan senjata dengan bumi.
b. Tegakkan kepala.
c. Buka kedua-dua mata dan agakkan laras di
tengah-tengah sasaran.

3
TERHAD
TERHAD

d. Picit picu.
e. Pandang semula.

KEBERKESANAN TEMBAKAN PADA WAKTU


MALAM

1. Kumpulan musuh di tanah lapang.


2. Sasaran yang bergerak, lebih-lebih lagi di kawasan
yang rapat.
3. Sasaran yang disyaki pergerakan musuh yang
bergerak di waktu malam.
4. Dalam keadaan serang hendap.

PRAKTIKAL KEPADA PEG KADET


AKHIR PELAJARAN
Soalan dari peg kadet

Soalan dari JL kpd kadet


Nyatakan Jenis-jenis Tembakan Bagi Senjata Ini ?
1. Semburan pendek
2. Sebutir – sebutir

LANGKAH KESELAMATAN DARI PEG KADET


RUMUSAN :
Di Akhir Pelajaran Ini, Pegawai Kadet Dapat Memahami Mengenai Cara-cara Memegang, Menenang
dan Menembak Senjata Colt M16 5.56 MM Dengan Betul.

PEL 4 : PESAWAT , TSM dan LAIN – LAIN HENTIAN

4
TERHAD

Anda mungkin juga menyukai