Anda di halaman 1dari 2

PERGERAKAN PERSEORANGAN DENGAN SENJATA

AM
601.Pergerakan di medan pertempuran dilakukan dalam beberapa cara
untuk mengelakkandaripada tembakan dan pandangan musuh. Cara-
cara pergerakan ini digunakan mengikut kesesuaian keadaan tanah dan
perlindungan. Sungguh pun, pergerakan-pergerakan ini dilihat mudah
tetapi memerlukan latihan dan kepintaran.

CARA MENGAMBIL PERLINDUNGAN


602. perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan Ketika
mengambil perlindungan atau persembunyian.
a. Sebelum bergerak pilih suatu tempat perlindungan supaya apabila bergerak tidak dapat dilihat
musuh.
b. Semasa bergerak berhati-hati dan mengawasi kawasan serang hendap kiri dan kanan.
c. Fikirkan cara pergerakan yang sesuai untuk bergerak ke perlindugan.
d. Pistol grip sentiasa dipegang supaya mudah bertindak.
e. Gunakan kesempatan dari bunyi angin, hujan dan bunyi-bunyi binatang supaya pergerakan
tidak dapat dikesan.

JENIS-JENIS PERGERAKAN
603. Jenis-jenis pergerakan perseorangan dengan rifel adalah
seperti berikut:
a. Lari kera. Pergerakan ini perlu menggunakan tangan dan lutut.
Sesuai digunakan di sebalik perlindungan yang tingginya lebih
kurang 2 kaki.
b. Merangkak Harimau Bintang. Pergerakan cara ini adalah
menggunakan siku dan lutut. Sesuai digunakan di sebalik
perlindungan yang cerah.
c. Mengguling/Berguling. Paling sesuai digunakan dari Kawasan
yang tinggi ke Kawasan yang rendah.
d. Berjalan/Jalan Hantu. Berjalan dengan keadaan siap sedia dan
sentiasa berwaspada.

Anda mungkin juga menyukai