Anda di halaman 1dari 8

LANGKAH ASAS MEMANAH

1. Berdiri/stance Berdiri merupakan asas untuk membuat panahan. Pelajar hendaklah


mendapatkan kaedah berdiri yang paling konsisten dan selesa sebelum membuat sesuatu
panahan. Terdapat beberapa cara berdiri yang biasa digunakan iaitu “square stance” dan “
open stance”. Kaedah berdiri untuk kedua-dua cara ditunjukkan dalam rajah di bawah.

LANGKAH 2 : MEMASANG ANAK PANAH (NOCKING THE ARROW) Langkah-langkah


untuk memasang anak panah merangkumi beberapa gerak kerja seperti di bawah: i. Pegang
busur merentangi badan pemanah dalam kedudukan yang sedikit condong bagi
memudahkan pemanah memasang anak panah. ii. Keluarkan anak panah dari quiver dan
pegang pada bahagian nock anak panah. iii. Letakkan anak panah pada “arrow rest” . iv.
Pusing anak panah sehingga sayap anak panah yang berwarna ganjil menghala ke luar
busur dan bersudut tepat dengan busur. Tekan anak panah kepada tali busur sehingga anak
panah terpasang dengan kemas pada tali.

LANGKAH 3 : TANGAN YANG MENARIK ( THE DRAWING HAND) Hanya tiga jari sahaja
digunakan untuk menarik tali busur iaitu jari telunjuk, jari tengah dan jari manis. Jari telunjuk
akan berada di atas nocking point manakala dua jari lagi akan berada di bawah nocking
point. Tali akan ditarik pada ruas jari yang pertama sebagaimana ditunjukkan dalam
gambarajah di bawah. Setiap jari akan menerima tekanan yang berbeza daripada regangan
tali busur.

LANGKAH 4 : TANGAN PEGANG BUSUR DAN PERMULAAN TARIKAN (BOW HAND AND
PREDRAW) Pemanah tidak sepatutnya menggenggam kemas pada pemegang busur
semasa memanah. Tekanan busur pada tangan hanyalah tertumpu kepada bahagian
telapak tangan sahaja atau dikenali juga sebagai thumb muscle.
LANGKAH 5 : MENARIK BUSUR ( DRAWING THE BOW ) Dalam posisi menarik tali busur,
tangan yang memegang busur dalam keadaan yang lurus dan siku tangan yang menarik tali
busur bawa ke hadapan. Tarik tali busur sehingga ke dagu . Pastikan belakang tangan yang
menarik tali dalam keadaan yang rata dan pastikan ibu jari menyentuh bahagian bawah
tulang rahang Semasa tangan yang menarik tali busur ditarik ke belakang, tangan yang
memegang bow hendaklah kekal dalam keadaan lurus dan menahan busur ke hadapan.
Kepala juga dalam keadaan tegak dan tidak bergerak. Apabila tarikan penuh tali busur
dilakukan, keseluruhan kerja tarikan ini akan ditanggung oleh otot-otot bahu dan belakang.
Adalah diingatkan, pergerakan tarikan tali busur ini sebolehnya berlaku dalam garisan lurus
di mana tangan yang menarik tali, tangan yang memegang busur serta anak panah seolah-
olah berada dalam garisan yang lurus. Bagi pemanah wanita, pastikan tali busur berada
disebelah luar payu dara dan bukannya melepasi antara kedua payu daranya. Pergerakan
menarik tali busur dan posisi yang betul digambarkan dalam rajah di bawah.
LANGKAH 6 : TARIKAN PENUH, ANCHOR DAN PENJAJARAN TALI BUSUR ( FULL
DRAW, ANCHOR DAN STRING ALIGNMENT) Dalam kedudukan tarikan penuh, siku
tangan yang menarik tali hendaklah dalam keadaan lurus dengan shaf anak panah.
Belakang tangan yang menarik tali dalam keadaan rata dan siku tangan yang memegang
busur hendaklah dipusingkan kedalam untuk megelakkan terkena libasan tali semasa anak
panah dilepaskan.
ANCHOR Kedudukan anchor ini merujuk di mana tangan yang menarik tali busur
menyentuhi muka pemanah. Mempunyai titik anchor yang tetap dan konsisten adalah sangat
penting bagi mendapatkan panahan yang tepat di lapangan memanah. Semasa kedudukan
anchor, ibu jari akan menyentuh bahagian bawah tulang rahang dan jari telunjuk akan
mengapit tali antara bahagian tepi dagu dan pada masa yang sama tali akan menyentuh
hujung hidung pemanah. Terdapat tiga titik sentuhan yang akan membolehkan pemanah
menetapkan kedudukan anchor masing-masing iaitu sentuhan ibu jari dengan bawah
rahang, jari telunjuk dengan bawah dagu serta sentuhan tali dengan hujung hidung
pemanah. PENJAJARAN TALI ( STRING ALIGNMENT) Penjajaran tali busur juga berlaku
semasa kedudukan anchor berlangsung. Penjajaran ini dilakukan dengan melihat imej tali
yang kabur semasa anchor dan menetapkan kedudukannya pada imej busur yang
digunakan. Terdapat beberapa cara untuk pemanah menjajarkan tali busur masing-masing.
Apa yang paling penting ialah penjajaran yang sama dan konsisten semasa memanah akan
menghasilkan bidikan yang tepat semasa memanah.
LANGKAH 7 : MENAHAN DAN MEMBIDIK ( HOLDING AND AIMING ) Menahan dan
membidik ini merupakan suatu aktiviti yang singkat antara anchor dan perlepasan anak
panah. Dalam peringkat ini, pemanah seboleh-bolehnya tidak mahu berlakunya sebarang
pergerakan pada anggota badannya. Sekiranya menahan ini dilakukan dengan betul, badan
pemanah akan dapat mengatasi daya rintangan semulajdi yang wujud di mana akan
menjurus kepada perubahan bentuk formasi yang sepatutnya. Bidikan harus terus dilakukan
sebaik sahaja tarikan penuh dicapai. Sekiranya bidikan dilakukan terlalu awal, pemanah
akan lebih menumpukan kepada hasil panahan daripada memikirkan untuk mengekalkan
teknik bidikan yang betul. Pemanah tidak sepatutnya cuba untuk mematikan penjera di atas
target kerana ianya akan menyebabkan berlakunya bidikan yang melampau. Lama
kelamaan, pemanah langsung tidak dapat melakukan bidikan yang tepat. Pemanah
sepatutnya membiarkan pin pejera terapung-apung pada target di mana fikiran pemanah
akan menentukan masa yang tepat untuk melepaskan anak panah.
LANGKAH 8 : PERLEPASAN ANAK PANAH ( RELEASE ) Perlepasan anak panah
merupakan suatu pergerakan yang sangat kritikan dalam sukan memanah. Ini adalah kerana
ia akan mempengaruhi cara anak panah itu berlepas dan terbang menuju ke sasaran.
Perlepasan di lakukan dengan cara melepaskan tekanan yang ada pada tangan dan jari
tangan yang menarik tali busur. Ini akan menyebabkan daya tegangan tali akan menarik
anak panah keluar dari busur. Selepas anak panah berlepas daripada busur, tangan yang
menarik tali perlu ditarik ke belakang leher dan berhenti disitu buat seketika sambil pemanah
memerhatikan anak panah terbang ke sasaran.

LANGKAH 9 : FOLLOW THROUGH Follow through ini berlaku sebaik sahaja anak panah
berlepas keluar daripada busur menuju ke sasaran. Kekalkan tangan yang menarik tali di
atas dan biarkan busur bergerak ke depan dan membuai ke bawah. Proses ini hanya
mengambil masa 2-3 saat sahaja. Pemanah akan memerhatikan anak panah sehinggalah ia
mengenai sasaran maka follow through selesai.
LANGKAH 10 : REHATKAN DIRI ( RELAXING) Selepas anak panah mengenai sasaran,
jatuhkan busur ke bawah dan biarkan hujung limb berada di atas kaki pemanah. Jatuhkan
tangan yang menarik tali ke sebelah badan. Proses ini adalah untuk merehatkan dan
memulihkan otot selepas membuat panahan. Masa ini juga adalah untuk menilai hasil
panahan sebentar tadi dan seterusnya bersedia untuk membuat panahan semula. Masa
yang diperuntukan untuk rehatkan diri ini sepatutnya lebih lama daripada masa yang
digunakan untuk membuat panahan.

Anda mungkin juga menyukai