Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEJOHANAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2017

1.0 BUTIRAN PROGRAM

BIL PERKARA BUTIRAN

1. Nama Program Kejohanan Bola Tampar

2. Tarikh dan Hari Program 6hb Dsember 2017 / Rabu

3. Tempat Program Gelanggang Bola Tampar IPGM

4. Penganjur PDPLI Tahfiz kelas 1.01

5. Kumpulan Sasaran/Peserta Pelajar PDPLI TAhfiz Ambilan Jun

6. Masa 7.45 pagi hingga 10:30 tengahari

7. Ringkasan Perjalanan 7.45 pagi :


Program Pelajar berkumpul di Gelanggang Bola Tampar
8.00 pagi :
Sessi panas badan setiap pasukan
8:15 pagi :
Pertandingan Bola Tampar Bermula
10:30 pagi :
Pertandingan ditamatkan

8. Kos Perbelanjaan -

9. Perasmi -

10. Jemputan / Tetamu Tenaga Pengajar Kokurikulum

11. Lampiran - Gambar Program

2.0 KESIMPULAN
BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Kelebihan / Kebaikan Program - Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan


pelajar.
- Dapat mencungkil bakat terpendam.
- Semua guru dan pelajar mendapat pengalaman baru
dalam menjayakan program.
2. Kelemahan / Kekurangan / Cabaran - Tiada pengadil yang bertauliah
- Masa yang diberikan terlalu singkat.
- Diadakan dalam keadaan terbuka ( panas )
3. Cadangan Penambahbaikan - Memohon agar kertas kerja disiapkan lebih awal
- Dibuat di dewan tertutup
- Meminta sumbangan daripada pihak tertentu

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya Kejohanan Bola Tampar IPGM Kampus Pendidikan


Islam 2017 ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan
kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga
program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dan dapat dilakukan
dengan lebih baik. Insya Allah.

Refleksi Pertandingan Bola Tampar

Pada 6 Disember 2017, Tuan Hj. Rusli bin Abdulah telah memberi kelas PDPLI

Tahfiz 1.01 satu tugasan iaitu menganjurkan pertandingan bola tampar di


gelanggang bola tampar IPGM Kampus Pendidikan Islam. Ia bertujuan untuk

mencungkil bakat-bakat baru serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan

pelajar PDPLI Tahfiz. Di samping itu dengan adanya penganjuran seperti ini, ia dapat

memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai pengurusan

sesebuah kejohanan sukan. Pertandingan bola tampar telah diadakan dengan lancar

tanpa menghadapi apa-apa masalah yang dapat menjejaskan kualiti pertandingan

tersebut.

Saya dilantik selaku AJK pengiklanan & pamplet untuk pertandingan bola

tampar berasa amat bangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli

jawatankuasa lain dalam menjayakan pertandingan itu walaupun menghadapi

masalah kesuntukan masa untuk merancang pertandingan tersebut. Pertandingan

bola tampar diadakan seminggu selepas ahli-ahli kelas 1.01 PDPLI Tahfiz baru

masuk daripada belajar Kursus Dalam Cuti ( KDC ) di kampus ini. Pertandingan ini

telah disertai oleh lima pasukan yang terpilih dari kelas-kelas PDPLI Tahfiz.

Pertandingan tersebut telah berjaya diadakan melalui sikap bertanggungjawab,

bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli kelas tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki

bersama. Antaranya ialah setiausaha perlu menyiapkan kertas kerja pertandingan

dengan lebih awal supaya dapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Ini

memudahkan AJK-AJK untuk melaksanakan kerja dan tanggungjawab masing-

masing disamping pengiklanan pertandingan bola tampar dalam kalangan pelatih

IPGM boleh dijalankan lebih awal untuk menarik lebih banyak penyertaan daripada

para pelatih dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan bola tampar boleh dijalankan dengan lebih selesa jikalau kita

mendapat peruntukan wang yang lebih banyak untuk menempah gelanggang bola

tampar dalam stadium tertutup. Sebarang pengumuman yang telah dibuat boleh
didengar oleh para hadirin dan para peserta dengan jelas jikalau kita mempunyai

sistem siaraya yang lebih baik. Selain itu, penyusunan meja-meja dan kerusi-kerusi

untuk tetamu juga perlu diperbaiki agar tempat pertandingan tersebut nampak lebih

tersusun dan kemas. Keselamatan para peserta juga patut ditingkatkan dengan

mendapat bantuan keselamatan dari ahli persatuan-persatuan lain seperti Persatuan

Bulan Sabit Merah supaya peserta dapat rawatan yang patut, sesuai dan segara dari

ahli persatuan tersebut.

Majlis penyampaian hadiah juga boleh diperbaikkan lagi dengan

mengadakannya semasa perhimpunan IPGM Perdana agar keputusan pertandingan

tersebut dapat dikongsi bersama-sama dengan para pelatih IPGM. Para peserta juga

patut dianugerahkan dengan sijil-sijil penyertaan untuk dijadikan sebagai kenangan

menyertai Pertandingan Bola Tampar IPGM Kampus Pendidikan Islam.

Secara umum, Pertandingan Bola Tampar telah berjaya dijalankan dengan

lancar dan telah memenuhi matlamat dan objektif-objektif yang telah ditetapakan.

Diharapkan supaya kejohanan seperti ini dapat dianjurkan pada setiap tahun.

Anda mungkin juga menyukai