Anda di halaman 1dari 2

1 S.I.

U : Simple Intensif Umrah (Special Touch By abajid) – EMRAZ Travel & Tours- 1441H / 2019 & 2020
abajid_1984@yahoo.com / fb : Aba Jid / YouTube Channel : abajid / Telegram & WhatsApp : +6 019 480 9214

UMRAH ini RINGKAS. Ia hanyalah :


1. Suci & Kemaskan Diri
2. Memakai Kain Ihram (L)
3. BERIHRAM
4. TAWAF
5. Solat Sunat Tawaf
6. Minum Air Zamzam
7. SAIE
8. TAHALLUL
DOA & BACAAN PENTING DALAM UMRAH

1. LAFAZ NIAT IHRAM


َ َ‫كَعُ ْمَرةَََ @َلَبَّ ْي َكَاللَّ ُه ََّمَ ُع ْمَرة‬
ََ ‫لَبَّ ْي‬
Ertinya : “Aku sahut panggilanMu ya Allah dengan menunaikan umrah

BACAN SETELAH BERIHRAM (TALBIAH)


َ .‫ك‬ َ ‫َش ِر‬
ََ َ‫يكَل‬ َ َ‫ ال‬،َ‫ك‬ َ َ‫ إِ َّنَالْ َح ْم َد ََوالنِ ْع َمةََل‬،َ‫ك‬
َ ‫ك ََوالْ ُم ْل‬ َ ‫ك َلَبَّ ْي‬ َ ‫َش ِر‬
ََ َ‫يكَل‬ َ َ‫كَال‬ َ ‫كَاللَّ ُه َّمَلَبَّ ْي‬
َ ‫ لَبَّ ْي‬،َ‫ك‬ َ ‫لَبَّ ْي‬
Ertinya : “Aku sahut panggilanMu ya Allah aku sahut panggilanMu,
Aku sahut panggilanMu yang tiada sekutu bagiMu aku sahut panggilanMu,
Sesungguhnya segala puji puja, segala nikmat hanya bagiMu begitu juga segala kerajaan ini, Tiadalah sekutu bagiMu.”

2. DOA KETIKA TAWAF


2.1 – Bacaan Ketika Memulakan Tawaf
َ ‫للهَُأَ َْكبََ َُر‬ َِ َ‫س َِم‬
َ َ‫ََا‬،‫الله‬ َْ ِ‫َب‬
Ertinya: Dengan Nama Allah, Allah lah yang maha besar.

2.2 – Doa Ketika Antara Rukun Yamani & Rukun Hajarul Aswad
ِ ِ ِ ِ ِ
{ََِ‫ابَالنَّا ِر‬
َ ‫اَع َذ‬ َ ِ‫اَح َسنَة ََوفيَاالٌّخَرة‬
َ َ‫َح َسنَة ََوقن‬ َ َ‫}ربَّنَآَءَاتنَاَفىَالدُّنْي‬
َ
Ertinya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

2.3 – Bacaan Ketika Hendak Memulakan Solat Sunat Tawaf


{‫صلًّى‬ ََ ‫َّخ ُذواَ ِم َْنَ َم َق َِامَإِبْ َر ِاه‬
َ ‫يمَ ُم‬
ِ ‫}وات‬
َ
Ertinya : “Dan jadikanlah dari empat berdirinya Ibrahim (Maqam Ibrahim alaihissalam) itu sebagai tempat solat.
(Surah al-Baqarah ayat 125)

3. DOA KETIKA SAIE


3.1 – BACAAN KETIKA MULA SAIE
َ ِ‫َعل‬
851:‫يم{ سورةَالبقرة‬
ٌ
ِ َ ‫فَبِ ِهماَومنَتَطََّوعَخيراَفَِإ َّنَالله‬
َ ‫َشاكر‬
ٌ َ َْ َ ََ ‫َعلَْي ِهَأَنَيطََّّو‬
ََ َ َ َ ‫َاعتَمرَفَالََجنَاح‬
َ ُ ََ
ِ ِ َ ‫َالص َفاَوالْمروَة َِم‬
َ ‫نَش َعآئ ِرَاللهَفَمنَح َّجَالْب ْي‬
ْ ‫تَأَ ِو‬ َ َ َْ َّ ‫}إِ َّن‬ ََْ َ
Ertinya: “Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) ugama Allah; maka sesiapa yang
menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-
alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan
pahala, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 158)
2 S.I.U : Simple Intensif Umrah (Special Touch By abajid) – EMRAZ Travel & Tours- 1441H / 2019 & 2020
abajid_1984@yahoo.com / fb : Aba Jid / YouTube Channel : abajid / Telegram & WhatsApp : +6 019 480 9214

3.2 – DOA KETIKA DI ATAS BUKIT SAFA dan BUKIT MARWA

َ .‫َوهزمَاألحزابَوحده‬،‫صََرَ ََعَْب ََده‬


ََ َ‫َوَن‬،َ‫ه‬
ََ ‫جََزَ ََو َْع ََد‬
ََ ْ‫إالَاللهَََُو َْح ََدهََأََن‬
َ ََ‫َالَإله‬.
َ َ‫ح َْم َُدَََوَُه ََوَ ََعلَىَ َُك َِلَ ََش َْيءََقَ َِدير‬
ََ ْ‫كَََولََهَُاَل‬ ََ ‫َشَِر‬
َُ َْ‫َلََهَُاَلْ َُمل‬,َُ‫يكَلََه‬ ََ ‫إالَاللهَو َْح ََدَهَََُال‬
ََ ََ‫الَإله‬
َ َ
Ertinya: Tiada tuhan melainkan Allah Dialah satu-satunya tiada sekutu bagiNya, milikNya segala kerajaan, segala puji puja dan Dialah
yang maha berkuasa atas setiap sesuatu, Tiada tuhan melainkan Allah Dialah satu-satunya tuhan yang melaksanakan janjiNya, dan
memenangkan hambaNya, serta mengalahkan tentera Ahzab dengan sendirinya.

:: TEKNIK MERANCANG SUSUNAN DOA MUSTAJAB ::


1. PUJI ALLAH
 Kaedah : Pujilah Allah sehingga kita dapat menghayati kebesaran keagungan kemuliaan Allah sekaligus
merasakan perkara sebaliknya pada diri sendiri.
 Bayangkan : Sifat2 Allah yang istimewa & sempurna.
 Hayati : Nama2 Allah yang penting & berkesan untuk diseru.
 Bayangkan situasi2 kita selama ini banyak dibantu diselamatkan oleh Allah.

2. SELAWAT
 Kaedah : Berselawatlah kepada Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wa sallam sehingga kita merasakan bahawa
kita akan dicampak ke Neraka jika tiada syafaat NAbi Muhammad sallAllahu alaihi wa sallam untuk kita.
 Bayangkan : suasana kesusahan di Akhirat (Alam Barzakh - Tiupan Sangkakala - Bangkit dari kubur - Padang
Mahsyar - Syafaat - Catatan Amalan - Hisab - Telaga Nabi - Sirat alMustaqim - Melepasi Mulut Neraka - )
 Hayati : Apakah bukti sayang & kasih kita pada nabi kita? Cakap memang senang, nak buktikan itu yang susah.

3. MINTA AMPUN
 Kaedah : Mintalah ampun sehingga kita merasakan semua dosa2 kita telahpun disebut di hadapan Allah.
 Caranya : KUPAS setiap kesalahan kita satu persatu.
 Hayati : bahaya & kesan dosa yang dilakukan (Dunia & Akhirat)
 Hasilnya : fikiran terasa lapang, hati menjadi sayu, insaf dan lebih bersedia untuk menjadi seorang yg lebih baik.

4. MINTA HAJAT
 Kaedah : Mintalah hajat sehingga kita merasakan bahawa setiap yang terbaik itu adalah kehendak Allah
 Bayangkan : masa depan kita secara DETAIL! (wawasan mukmin bukan sekadar 2020 tetapi wawasan Akhirat)
 Hasilnya : hidup lebih terpandu, bersemangat, tenang, aktiviti lebih berstrategi & masa lebih diberkati dan segala
urusan menjadi semakin mudah.

Lubang-Lubang Syaitan
Mereka sentiasa sedaya upaya menghasut manusia agar melakukan :

1. Perkara Syirik dan Kufur. Jika tidak berjaya mereka hasut supaya manusia melakukan;

2. Perkara ibadah yang tidak diajarkan Allah. Jika tidak berjaya mereka hasut lagi supaya manusia melakukan;

3. Dosa besar. Jika tidak berjaya mereka hasut supaya manusia melakukan;

4. Dosa kecil. Jika tidak berjaya mereka hasut supaya manusia melakukan;

5. Perkara harus yang boleh melekakannya dari ketaatan. Jika tidak berjaya juga mereka hasut pula supaya manusia melakukan;

6. Perkara ibadah yang lebih rendah pahalanya. Di sinilah terbuktinya kepentingan hamba yang senantiasa beribadah atas dasar ilmu.

Semoga Allah merahmati, memberkati dan mempermudahkan segala urusan kita semua serta menjadikan kelas ini sebagai medium untuk
memperdekatkan lagi diri kita kepada Allah, untuk kita saling berukhuwwah berbuat baik saling nasihat-menasihati dan untuk kita kumpulkan
bekalan pahala sebanyak mungkin sementara mananti hari bertemu Tuhan Pencipta kita.
SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN & HARAPAN.
 Salam hormat & salam sayang buat semua. 
Copywrite by abajid 1441H/2019-2020M

Anda mungkin juga menyukai