Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

,



Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi yang berbahagia ini

(Tema Hari Guru Tahun Semasa)

Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang
berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak
didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah
pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya .

Anda mungkin juga menyukai