Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن ال َّر ِحي ِْم‬

َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬


ْ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِيْنَ َوال‬, َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِّ ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami


untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2018 peringkat Sekolah
Kebangsaan Kampung Penasu pada pagi yang berbahagia ini dengan tema

GURU PEMACU TRANSFORMASI

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni
sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang
ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan
sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti
dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu
semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan
dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan
pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana
mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah
kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam
sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang
pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini
khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya


Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan
akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang
sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-
guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru ,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara tercinta .

Anda mungkin juga menyukai