Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU 2021


PERINGKAT SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬ ْ ِ‫ب‬


‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِيْنَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر ِّب ال َعالَ ِميْن‬
َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬
ْ ‫َوَأ‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2021 peringkat SK (2) Simpang Lima, Klang pada pagi yang
berbahagia ini dengan tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”

Ya Allah , Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman ,
justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar
menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu  semata-mata.

Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami, terbitkanlah rasa kasih saying dan hormat menghormati antara
kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam
menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa penjaga dan
pelajar-pelajar di sekolah ini.

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang
budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi
anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat
kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang
yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik
dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik
dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Page 1 of 2
Ya Allah , Ya Fattahu Ya A’limmm ,

Pada kesempatan ini , kami memohon kepada-Mu dan di atas kekuasaan-Mu,


selamatkanlah kami semua, jauhkanlah kami, guru-guru kami, ibu bapa penjaga dan pelajar-
pelajar kami dari wabak pandemic Covid-19 yang melanda dunia pada hari ini. Sesungguhnya
ujian dan dugaan ini tidak mampu kami depani tanpa keizinan-Mu Ya Allah.

َ ‫سنَة ً َوقِنَا َع َذ‬


‫اب النَّار‬ َ ‫ِ َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ ‫سنَة ً َوفِي األ ِخ َر ِة َح‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِميْن‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai