Anda di halaman 1dari 1

BAHAGIAN A:

Huraikan pendapat anda tentang kesenian dan kebudayaan :

Peribahasa :
1) Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
2) Tak kenal maka tak cinta
3) Belakang parang kalau diasah nescaya tajam juga

Pada masa kini, situasi perkembangan kebudayaan dan kesenian di negara


kita semakin kurang mendapat tempat di hati masyarakat. 16p.p (Pendahuluan Jenis Suasana)
Mengapakah perkara ini tidak mendapat sambutan daripada kalangan
Masyarakat ? 9p.p (Pendahuluan Jenis Persoalan) Bak kata peribahasa Melayu, tak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas, menjadi cabaran buat para pejuang seni pada
zaman sekarang. 14p.p (Pendahuluan Jenis Peribahasa)

Seterusnya, pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan


Pelancongan perlu lebih aktif mengadakan pertandingan berkaitan kesenian
dan kebudayaan. 12p.p (Ayat Isi) Hal ini demikian kerana, melalui cara ini dapat
mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang ini. 13p.p Tambahan pula,
ganjaran hadiah yang lumayan mampu menarik minat golongan muda untuk
menghasilkan persembahan yang sangat menarik. 16p.p (Ayat Huraian Isi) Misalnya,
mengadakan pertandingan tarian tradisional, pertandingan nyanyian lagu-
lagu tradisional, pertandingan dikir barat, pertandingan boria, pertandingan
permainan tradisional dan pertandingan masakan tradisional. 21p.p (Ayat Contoh)
Dengan berbuat demikian, Masyarakat terdiri daripada golongan muda
mudah untuk menyertai sambil mempelajari kepelbagaian kesenian yang
dianjurkan oleh pihak kementerian. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak
cinta. 22p.p (Ayat Penegasan Isi)

Anda mungkin juga menyukai