Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih Puan Pengacara Majlis, Yang berusaha, Puan Norhasmah binti Md Hashim, GPK

Pentadbiran, Sk2SL, Encik Razali bin Zainal, GPK HEM, Sk2SL Puan Zaiton binti Ariffin GPK
Kokurikulum, Sk2SL, Dr. Alex Gabriel, YDP PIBG, Sk2SL
Yang diraikan, Encik Mohd Jazid bin Iman, Guru Besar Sk2SL, Guru-Guru, Kakitangan serta
para pelajar Sk2SL yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh
bermakna ini untuk meraikan majlis perpisahan Encik Mohd Jazid bin Iman, Guru Besar Sk2SL
yang kita kasihi di majlis yang penuh bermakna pada petang ini sempena perpindahan ke sekolah
baharu iaitu ke SK Taman Klang Jaya.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberi
kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis yang penuh bermakna ini. Saya
bagi pihak warga pendidik sekolah ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Encik Mohd Jazid bin Iman, yang sudi meluangkan masa bersama-sama kita
pada petang ini walaupun dalam tempoh masa yang singkat. Terima kasih juga diucapkan kepada
Encik Dr. Alex Gabriel yang dapat turut serta bersama kita dalam majlis yang mulia ini.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia
akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan
merasa terharu kerana perpisahan dengan Tuan guru besar yang kita amat sayangi dan cintai.
Pada saya, Encik Mohd Jazid bin Iman, ini bukan sahaja guru besar, tetapi pemimpin dalam
keluarga besar SK 2 Simpang Lima.

Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai
komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu
pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Encik Mohd Jazid bin
Iman, sebagai guru besar di SK2SL. Sesungguhnya, pemergian beliau memberi kesan kepada
kita malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata memandang,
berat lagi bahu yang  memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami
untuk melepaskan pergi Tuan guru besar yang kita kasihi ini.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai
peribadi yang kita raikan pada hari ini. Encik Mohd Jazid bin Iman, telah  memegang jawatan

Page 1 of 4
sebagai Guru besar SK2SSL selama hampir 3 tahun iaitu mulai tahun 2019 hingga April 2022.
Perwatakan beliau yang sentiasa tenang, memuliakan tetamu dan sentiasa tersenyum amat sesuai
dengan kata orang tua-tua,  “ Jika kita senyum selalu, mesti orangpun akan senyum. Jika ada
orang marah, kita pun tetap senyum, akhirnya mereka pun akan tersenyum  juga” dan inilah yang
menjadi perwatakan mithali beliau sepanjang di SK2SL.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan Guru Besar Sk2SL, beliau telah banyak menyumbangkan
jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan pembangunan SK2SL samada dari segi akademik,
kokurikulum, keceriaan dan Bina Insan . Beliau bukan  sahaja seorang yang berjiwa rakyat,
melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kemajuan pendidikan di
SK2SL melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni, malah
pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. Beliau sentiasa berusaha membentuk elemen
persekitaran ceria untuk membina keseronokan bekerja untuk para guru. Tidak terkecuali para
pelajar dengan adanya Program DLP, Kelas PAK 21, Surau ________ , baikpulih tandas guru-
guru dan murid-murid yang serba baru, dan kata-kata keramat semangat SK2SL Hebat
membawa kepada beberapa siri kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni tersebut sebagaimana sabda Rasululla
yang bermaksud‫ “ ه‬Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat
ganjaran  Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya. “ (Riwayat Muslim)

Kepimpinan Encik Jazid bin Iman, selama memimpin dan menerajui SK2SL telah pun
membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan kepimpinan beliau tiada
tandingannya. Kami, sebagai warga SK2SL amat berbangga sekali kerana sempat menerima
pimpinan beliau. Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kita semua, namun dengan ketokohan,
kecermerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan semangat dan azam
yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SK2SL dalam meneruskan tanggungjawab yang
telah diamanahkan.

Limau manis dimakan manis


Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Page 2 of 4
Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, dan sentiasa berusaha mempermudah urusan
serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi masalah dan kesusahan adalah kualiti yang
perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga SK2SL.

Hadirin dan Hadirat sekalian, Kini, SK2SL kehilangan seorang GURU BESAR yang berwibawa,
berjasa, dan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan mereka amat dirasai
oleh semua kita warga SK2SL. Bak kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kanberganti,
namun yang hilang akan tetap kekal abadi.

Pastinya selepas ini, kita semua akan merindui gelak tawa dan senyuman Encik Mohd Jazid.
Dengan hati yang berat, perpisahan dengan tuan guru besar yang kita kasihi ini, kami relakan jua
dan Insya Allah, perkenalan kita tidak akan terhenti di sini  dan akan terus berpanjangan.
Semoga persahabatan ini menjadikan kita golongan yang diberi perlindungan arasy Allah pada
hari yang tiada perlindungan melainkan Allah.

Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SK2SL merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Encik Jazid bin Iman, atas sumbangan dan komitmen
beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di sekolah ini. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Encik Jazid bin Iman, , dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun
khusus untuk Tuan guru besar yang kita kasihi, Encik Jazid bin Iman,

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,

Page 3 of 4
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd Jazid bin Iman di tempat yang baharu.
Sekian, Terima Kasih.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Page 4 of 4

Anda mungkin juga menyukai