Anda di halaman 1dari 3

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Anak-anak Permata SMASH,


Anak-anak yang belajar di SMK Sungai Manggis merupakan aset utama negara untuk masa hadapan. Tujuan
dan tanggungjawab sekolah adalah untuk melahirkan insan yang terdidik sesuai dengan pernyataan Visi, Misi
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam proses mendidik dan mengajar, anak-anak perlu dibimbing, dibentuk dan dibantu untuk mengikuti segala
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tiada satupun sekolah yang bebas
tanpa dikawal oleh peraturan dan undang-undang.

Justeru itu, Buku Peraturan Sekolah ini diterbitkan dengan memuatkan peraturan dan undang-undang yang
lengkap untuk pengetahuan dan tindakan guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SMK Sungai Manggis.

Mudah-mudahan buku ini dapat membantu pihak sekolah dan guru-guru dalam usaha mengawal dan
membentuk modal insan yang berperibadi unggul selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM 2013-2025).

Akhir kalam saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan Buku
Peraturan Sekolah SMK Sungai Manggis. Saya doakan agar semua guru dan seluruh warga SMK Sungai
Manggis dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan ini dengan penuh tanggungjawab dan komited demi
kecemerlangan sekolah kita.

Sekian, terima kasih.

“SEKOLAHKU SATU MATLAMAT SATU HARAPAN”

“SMASH: SUNGAI MANGGIS SEKOLAH HEBAT”

(IBRAHIM BIN YAACOB)

Pengetua
SMK Sungai Manggis
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN SUNGAI MANGGIS
VISI MISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

MATLAMAT

 Melahirkan bangsa Malaysia yang taat dan bersatu padu


 Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
 Menyediakan sumber tenaga untuk keperluan kemajuan negara
 Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warga negara Malaysia

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan berusaha untuk:


 Memastikan semua murid dan guru yang ditempatkan di sekolah ini mendapat layanan yang adil dan
saksama dalam semua hal;
 Memastikan semua murid di sekolah ini dapat meneruskan persekolahan sehingga tamat tingkatan 5;
 Memberi layanan yang memuaskan hati ibu bapa dan pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah;
 Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah, disiplin, kokurikulum dan akademik semua murid
sekolah ini;
 Sentiasa bersikap terbuka dan sedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina
daripada semua pihak demi mencapai kecemerlangan sekolah;

FALSAFAH SEKOLAH
Sentiasa berusaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan bersepadu kepada murid-
muridnya, mengikut potensi dan kebolehan masing-masing, supaya menjadi individu yang sentiasa berusaha
untuk mencapai kesempurnaan diri, berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Dengan demikian
mereka akan dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan yang positif, sejajar dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi negara yang mampu menyumbang khidmat bakti kepada diri, ibu bapa,
masyarakat, agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN SUNGAI MANGGIS
HALA TUJU SEKOLAH

Hala tuju sekolah diterjemahkan dalam satu slogan “Sekolahku Satu Matlamat Satu Harapan”

Sekolahku >> sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan sebagai satu tempat untuk memberi
pendidikan kepada murid-murid.
Komponen sekolah:

 Pengetua
 Guru
 Kakitangan Sokongan
 Pengawal Keselamatan
 Pekerja Pembersihan
 Pengusaha dan Pekerja Kantin
 Bangunan
 Padang
 Persekitaran

Satu Matlamat >> sebagai sebuah institusi Pendidikan SMK Sungai Manggis mempunyai satu
matlamat iaitu menjadi Sekolah Berkualiti dalam memberi pendidikan kepada murid-murid.
Aspek Kualiti Sekolah:

 Kepimpinan Berkesan
 Pengurusan Organisasi Mesra, Cepat dan Tepat
 Persekitaran Selamat, Bersih dan Kondusif
 Guru Berkualiti
 PIBG Aktif

Satu Harapan >> sebagai sebuah institusi Pendidikan SMK Sungai Manggis diharap dapat
menggarapkan Kemenjadian Murid sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Elemen Kemenjadian Murid:

 Sahsiah Unggul
 Disiplin Terpuji
 Kokurikulum Cemerlang
 Akademik Terbilang

Tagline Sekolah

SMASH ( Sungai Manggis Sekolah Hebat )


Apabila matlamat dan harapan sekolah dapat dicapai, maka SMK Sungai Manggis akan menjadi
sebuah sekolah yang hebat sama ada di peringkat daerah ataupun negeri mahupun di peringkat
kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai