Anda di halaman 1dari 3

2.

Halatuju Sekolah
 Perancangan sekolah perlu berfokus mengikut panduan SKPM supaya
kecemerlangan sekolah boleh ditingkatkan. Diharapkan guru-guru dapat
memberi kerjasama kepada pihak pentadbir.
 SMK Telok Kerang sekarang berada pada tahap BAND 4. Sekolah menetapkan
sasaran ke BAND 3. SKPM merangkumi semua bidang termasuklah keputusan
kurikulum, kokurikulum, disiplin dan lain-lain.

3. Tanggungjawab Guru Sebagai Penjawat Awam.


 Semua guru perlu ketik kad kehadiran semasa datang dan balik dari sekolah.
 Guru yang hendak keluar dari sekolah perlu ada kebenaran
Pengetua/GKP1/GPK HEM/GPK Koko. Guru yang keluar kurang daripda 4 jam
perlu direkodkan dalam buku kebenaran keluar di pejabat, manakala lebih
daripada 4 jam CRK. Guru yang ke klinik perlu dapatkan time slip.
 Guru yang tidak hadir ke sekolah – maklumkan kepada pengetua / GPK lain
untuk dibuat relief.
 CRK adalah satu keistimewaan kepada guru. Dalam 1 hari dibenarkan tidak
lebih 3 orang untuk mengambil CRK dan perlu mohon 2@3 hari lebih awal
sebelum bercuti.
 Keselamatan semasa aktiviti @ PdP – guru bertanggungjawab menjaga
keselamatan murid.
 Laporan Guru Bertugas – masih ada guru yang tidak menghantar laporan guru
bertugas mingguan ke pejabat, diharap dapat diambil tindakan segera.
 Kehadiran guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib. Kehadiran akan
diambil. Guru mesti berada di astaka sepanjang perhimpunan dijalankan. Bagi
guru yang ada masalah kesihatan diberi kelonggaran dan perlu maklumkan
kepada pengetua. Diingatkan agar guru menghormati majlis / beri tumpuan dan
tidak bercakap-cakap yang keterlaluan. Guru adalah contoh kepada murid.
 Kajian Tindakan – semua guru-guru perlu menghantar satu proposal kajian
tindakan. Edaran telah dibuat. Guru perlu buat secara simple. Dua akan
terpilih untuk pembentangan di peringkat PPD.
 Sarana Ibu Bapa – perlu diadakan program dan disiapkan laporan.

4. Kurikulum
 Buku Rekod Mengajar (BRM) – perlu ditulis mengikut format. Bahagian refleksi
mesti ada bilangan pelajar yang mencapai objektif dan yang tidak capai perlu
ada langkah selanjutnya. BRM mesti hantar setiap hari Khamis.
 Penghantaran BRM - Pengetua – Pen. Kanan, Ketua Bidang, Guru Cemerlang
dan Guru BK / GPK 1 – Ketua-ketua Panitia dan Guru Pend. Khas / Ketua Bidang
– ikut bidang masing-masing.
 Pemantauan/ Penyeliaan PP – kurang 50% yang telah dipantau. Pemantauan
akan dibuat 100%.
 Audit akademik – perlu dibuat bagi peperiksaan pertengahan tahun yang lepas
ikut panitia masing-masing. Lihat pencapaian pelajar dan perkembangannya.
Kenal pasti aktiviti/program untuk memastikan pelajar mencapai ETR.
 Perbelanjaan – Ketua Panitia perlu membuat perbelanjaan ikut peraturan yang
ditetapkan.
 Pengurusan panitia – ketua panitia perlu sentiasa mengemas kini fail panitia
mengikut keperluan SPSK. Pemantauan SPSK akan dibuat selepas bulan Ogos.
 MMI – aktiviti yang dijalankan perlu kurangkan gangguan waktu PP.
 Relief – guru yang mendapat relief perlu ambil kertas relief dan tandatangan,
mesti masuk kelas yang diganti.

5. HEM
 Kurangkan kes-kes disiplin berat / ringan dalam kalangan pelajar.
 Kurangkan peratus ponteng sekolah.
 Program sekolah penyayang perlu diamalkan seperti mengalu-alukan
kedatangan pelajar ke sekolah, lawatan ke rumah pelajar yang ponteng,
jamuan hari raya, penghargaan kepada pelajar – untuk meningkatkan motivasi
pelajar datang ke sekolah.

6. Kokurikulum
 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan
kejohanan olahraga tahunan kali ke 41.
 Majlis penyampaian hadiah kepada pelajar – dibuat pada hari rabu (waktu
kokurikulum). Perhimpunan rasmi pada hari ahad – laluan untuk GPK HEM /guru
disiplin/ GPK Koko/ GPK 1 / Pengetua. Dibenarkan penyampaian hadiah bagi
peringkat negeri dibuat pada hari Ahad sekali-sekala.
 Kewangan – mana-mana guru yang masih belum membuat tuntutan, sila buat
dengansegera selewat-lewatnya 15/7/2014 hantar kepada PT kewangan.
 Pelaporan Pencapaian Kokurikulum – semua guru yang membawa pelajar ke
pertandingan dan mendapat tempat, perlu membuat laporan dan direkodkan
kepada GPK Koku atau En Mohamad Hatta b Yahaya.
 Hari Kokurikulum – pada hari Rabu: 13/8/2014 (akan diadakan bersama
sambutan Hari Kemerdekaan)
 Perkhemahan Kokurikulum ditangguhkan kerana kekangan aktiviti lain yang
padat.
 Sambutan Hari Raya – 6/8/2014 (Rabu), selepas waktu rehat (waktu koko
dianjak ke belakang).
 Pemeriksaan kesihatan – pada 20/07/2014 (Ahad) untuk semua guru bermula
7.30 pagi – 10.30 pagi. Ikut waktu senggang guru dan bukan paksaan – kajian
pelajar dari UM.

7. PT3
 Pemasangan item dan pemeriksaan dibuat di sekolah. Verifikasi pemasangan
item akan dibuat oleh Ketua Panitia dan disahkan oleh pengetua.
 Pelaksanaan PT3 mesti mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh LP. Pada 6 -
16 Julai 2014 – PPD dan JPN bergerak ke sekolahuntuk pemantauan pengurusan
pelbagai instrumen (Geografi dan Sejarah). Pada 7/7/14 En Wan Suhaimi (PPD)
telah memantau pengurusan PT3 sekolah.
 Tarikh-tarikh penting PT3: 12/08/14: ujian mendengar bahasa Melayu /
13/08/14: ujian mendengar bahasa Inggeris / 6 – 29/8/14: ujian lisan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris / 12-17/10/14: ujian bertulis (BM, BI, MT, SN, KH,
PI, BC)
 Subjek BM, GF dan SJ telah membuat penataran PT3 pada guru dan semua
pelajar tingkatan 3 di dewan A pada 30/06/14. Taklimat bahasa Inggeris telah
dibuat pada 8/7/14 di bilik audio. Bagi subjek lain diharap dapat membuat
taklimat kepada pelajar dengan segera.

Anda mungkin juga menyukai