Anda di halaman 1dari 8

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

1. Ahli jawatankuasa

 Jawatankuasa Kurikulum diketuai oleh  Guru Besar.

 Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM serta Penolong Kanan Kokurikulum
akan menjadi Urusetia.

 Ketua-ketua bidang, guru cemerlang serta guru SPBT, Pusat Sumber dan Setiausaha
peperiksaan adalah ahli tetap.

 Ahli Jawatankuasa Kurikulum akan terdiri daripada semua Ketua Panitia mata pelajaran
dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum

 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum akan diadakan 4 kali setahun.

 Tarikh mesyuarat akan ditetapkan dalam takwim sekolah.

 Minit mesyuarat akan diedarkan kepada semua guru.

3. Penilaian dan Peperiksaan

 Penilaian kemajuan murid secara wajib diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.


Pakej ini akan terdiri daripada 2 ujian pertengahan semester dan 2 ujian semester. Bagi
Tahun 1 hingga Tahun 5, PBS dilaksanakan sepanjang tahun . Guru pentaksir membuat
laporan tahap pencapaian murid dalam template dua kali setahun. Bagi Tahun 6 selain
ujian AR1, AR2, Ujian Seragam AR3, Pra AR Akhir, Ujian Seragam Akhir soalan yang
disediakan dan dicetak oleh PPD Sarikei, ujian bulanan juga dilaksanakan untuk mata
pelajaran wajid.

 Tarikh ujian semester akan ditentukan oleh Persatuan Guru-guru Cina Sarikei manakala
tarikh ujian pertengahan semester akan ditetapkan oleh pihak pentadbir.

 Rekod keputusan ujian seragam Tahun 6, ujian pertengahan semester, ujian semester
serta ujian bulanan akan diserahkan kepada guru kelas untuk membuat laporan
keputusan.

 Keputusan ujian Tahun 4 & 5 dimasukkan dalam Sistem Tapak Tracking bagi ujian
pertengahan semester dan ujian semester. Bagi Tahun 6 keputusan AR1, AR2, AR3 juga
dimasukkan dalam Sistem tersebut dan dihantar ke PPD Sarikei.

 Guru mata pelajaran wajid Tahun 6 dikehendaki membuat analisis item selepas ujian
AR1, AR2, Ujian Seragam AR3, Pra AR Akhir dan Ujian Seragam Akhir Soalan.
4. Penetapan Sasaran & Tindakan Susulan

 Sebelum setiap penilaian/ ujian/ peperiksaan, guru mata pelajaran dikehendaki


menetapkan sasaran bagi setiap orang pelajar.

 Tujuannya ialah untuk menggalak pelajar berusaha dengan bersungguh agar potensinya
dapat direalisasikan.

 Sasaran dalam bentuk gred atau markah mestilah munasabah supaya ia tidak akan jadi
tekanan oleh setiap murid.

 Guru Kelas akan menentukan bilangan sasaran (mata pelajaran) yang harus dicapai oleh
setiap orang pelajar.

 Tindakan susulan harus diambil oleh Guru kelas selepas setiap penilaian/ ujian/
peperiksaan secara konstruktif terhadap murid yang gagal mencapai tahap yang
ditetapkan oleh guru.

 Pelajar yang tidak memperlihatkan perubahan sama ada dari segi sikap, prestasi atau
minat mesti dirujuk kepada Guru Besar.

5. Prestasi dan sasaran Peperiksaan Awam UPSR

 Ketua Panitia mata pelajaran mestilah membuat analisis tentang prestasi pencapaian
peperiksaan awam dan seterusnya menjadikan suatu perkara perbincangan dalam
mesyuarat; mengkaji kekuatan, kelemahan dan merancang strategi peningkatan
keputusan peperiksaan di setiap peringkat.

6. Instrumen Penilaian (Kertas Ujian)

 Soalan-soalan sedia ada dalam buku rujukan/kerja tidak boleh diambil tanpa pindaan.

 Segala ujian yang dirancang mesti dalam bentuk penilaian. Konsep penilaian membawa
implikasi tindakan susulan secara pembetulan dan pembaikan akan dilaksanakan.

 Guru mesti memastikan kertas soalan mencukupi, distaple dan disimpan di tempat yang
selamat sebelum dihantar untuk percetakan.

7. JPU/JSU

 Sebelum menggubal soalan guru dikehendaki menyediakan JSU supaya soalan yang
digubal mempunyai kepercayaan dan kesahan yang tinggi.

 Jadual Penentuan (spesifikasi) ujian mesti disediakan oleh semua guru bagi setiap mata
pelajaran mengikut tahun.
 Soalan yang digubal dalam mesti diklasifikasikan mengikut tahap kesukaran,
umpamanya Taksonomi Bloom.

 Analisis prestasi murid dalam ujian mesti dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan
murid dan seterusnya mnegambil tindakan susulan.

8. Kerja Bertulis/Kerja Sekolah

 Latihan bertulis serta latih tubi secara lisan mesti diberi sebagai pengukuhan dan
pengayaan dalam setiap pelajaran.

 Untuk memenuhi keperluan individu jumlah kerja bertulis mesti melebihi tahap minima,
murid yang rajin serta lebih cerdas digalakkan membuat lebih daripada tahap minima
itu.

 Semua kerja bertulis harus disemak secara teliti, konstruktif dan pembetulan harus
dibuat oleh murid berkenaan.

 Kerja bertulis bagi setiap mata pelajaran dalam setiap kelas akan dipantau oleh Guru
Besar, PK Pentadbiran, PK Hem, PKKK dan ketua panitia mengikut giliran yang
ditetapkan dalam jadual.

 Senarai semak pemantauan kerja bertulis akan diserahkan kepada PK Pentadbiran pada
tarikh yang ditetapkan.

 Kerja bertulis yang dibuat dalam helaian atau lembaran harus difail.

9. Urusan Panitia

 Fokus akan ditumpukan kepada masalah-masalah proses pengajaran dan


pembelajaran; kemahiran asas dan pengetahuan.

 Kelemahan-kelemahan umum akan dikenal pasti serta disenaraikan. Pelan Tindakan


yang disatukan (consolidated Action Plan) akan disediakan. Di peringkat Panitia
Pelan Tindakan akan mengandungi aktiviti-aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan
kemahiran, ilmu pengetahuan serta pengalaman guru.

 Segala aktiviti yang dijalankan harus berkesan serta membawa impak dari
segi peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran.

 Fail-fail yang diwujudkan perlu disenggarakan dari semasa ke semasa. Fail-fail harus


mempunyai rujukan yang selaras dengan sistem fail sekolah.
 Tugas-tugas ikhtisas Panitia akan dibahagikan kepada ahli-ahlinya mengikut pengalaman
serta kebolehan.
 Panitia akan berjumpa sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan
Pentadbiran.
 Penolong kanan akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di pejabat guru.
 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal,dan Pelan
Operasi.
 Semua Panitia mesti menentukan sasaran kelulusan peperiksaan setiap tahun
berdasarkan TOV dan ETR.
 Pentadbiran sekolah perlu memastikan panitia membelanjakan peruntukan secara
berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
 Mesyuarat awal tahun akan menyediakan rancangan tahunan serta pelan tindakan di
samping menetapkan sasaran kerja tahunan.
 Mesyuarat pertengahan tahun akan membuat analisis terhadap kemajuan pelajar serta
menambaikkan segala aktiviti/ program yang masih kurang membawa impak yang
diharapakan.
 Mesyuarat ketiga akan mengkaji semula aktiviti/ program dalam pelan tindakan serta
menilai sejauh mana ia telah membolehkan murid mencapai sasaran yang telah
ditetapkan pada awal tahun.
 Mesyuarat keempat pada penghujung tahun akan diadakan untuk menyediakan laporan
tahunan di samping itu membuat rancangan untuk tahun akan datang khususnya dari
segi:
1. Pemilihan buku kerja;
2. Penentuan buku/ bahan rujukan;

3. Pengagihan tahun serta kelas kepada ahli-ahli mata pelajaran (untuk tujuan
menyediakan Jadual Waktu);

4. Merancang aktiviti serta anggaran untuk tahun akan datang;

5. Kecukupan tenaga pengajar dan

6. Rekod persediaan mengajar.


10. JADUAL WAKTU

 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996.
 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan dalam mesyuarat kurikulum.
 Dasar pengagihan mata pelajaran ,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil.
 Kelas Komputer diwujudkan setiap minggu dan jadual penggunaan makmal komputer turut
disediakan.
 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat
ataupun
 menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Guru Ganti .
 Jadual Waktu Mengajar dan Jadual Waktu Ganti akan diurus dan disediakan oleh Pihak
Pentadbiran Sekolah.
 Jadual Waktu penggunaan Bilik-bilik Khas mestilah disediakan oleh guru pengawas Bilik-bilik
Khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap.Satu salinan jadual mestilah
diserahkankan kepada pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran terlibat.
Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat
Sumber, Makmal Komputer,Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Bilik Linus dan
Perpustakaan.
11. Pencerapan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

 Pengajaran dan Pembelajaran Guru / murid di bilik darjah akan dicerap dua kali dalam
setahun secara rasmi.
 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual
barisan pentadbir dan ketua-ketua panitia untuk menyelia dan memantau bagi memastikan
pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah yang telah dirancang.
 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan
kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan.Oleh itu adalah
penting guru tidak membuat ’judgement statement ’ tetapi mestilah membuat ’ statement
berdasarkan observation ’ supaya penambaikan boleh berlaku.
 Pengurusan dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun
oleh guru-guru penolong kanan.
 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan
Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja,buku latihan dan hasil kerja pelajar
ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik oleh
pihak pentadbiran sekolah.
 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar / Penolong-penolong Kanan atau oleh Ketua -ketua
Panitia.Manakala semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.
 Guru dinasihatkan berbincang dengan pencerapuntuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.

 12. Perkembangan Staf & Latihan Dalaman ‘In-Houses Training’

 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar
/Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit
curai.
 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara
Guru Besar/ Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu.
 Latihan dalaman perlu diadakan sebaik sahaja seorang ahli panitia telah menghadiri kursus

atau taklimat yang berkait dengan mata pelajaran atau profesionnya.


 Perkembangan staf dilaksanakan bagi mematuhi pekeliling perkhidmatan bil. 7 2003. Setiap
kakitangan awam wajib menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari / 42 jam setahun.
Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan.

13. Pusat Sumber

 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu Mutiara Pagi , waktu rehat dan P & P bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina untuk Program NILAM.

 Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan
membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk membaca buku cerita atau mencari
maklumat.
 Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Bahasa Cina oleh guru mata pelajaran.

 Buku Rekod Data bagi Program Nilam haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan
diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan .

14. BUKU KERJA,BUKU LATIHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks dan
mematuhi SPI Bil 10/1991 bertarikh 2 Oktober 1991.

 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik
darjah.
 Guru mata pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak

mengikut tempoh yang telah ditetapkan .


 Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia atau

guru terlibat mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti
masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku serta mengambil tindakan susulan.
 Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara

yang telah dibincangkan dalam mesyuarat panitia .


 Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panitia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ __________________
(WONG SUK ENG) (LEI KO KIEN)
PK PENTADBIRAN GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai