Anda di halaman 1dari 4

SJK (C) WAN HWA 1, MENGLEMBU

MINIT MESYUARAT HEM KALI KEDUA TAHUN 2014

TARIKH : 09-07-2014 ( Rabu )


MASA : 1.30 – 3.30 petang
TEMPAT : Bilik Gerakan Sekolah

KEHADIRAN
Sila rujuk senarai kehadiran guru.

AGENDA 1 UCAPAN GURU BESAR

1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran semua guru menghadiri


Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali Pertama 2014.
- Guru hendaklah mengutamakan keselamatan murid-murid. Guru
diminta mengiringi murid ke kantin pada waktu rehat.
- Sekiranya murid tidak membuat latihan yang diberi, guru yang
membuat panggilan kepada ibu bapa haruslah membuat catatan
dalam buku rekod yang disediakan.
- Makluman

AGENDA 2 PERKARA BERBANGKIT

2.1 Jadual Mesyuarat JK Kecil HEM 2 / 2014


Minit mesyuarat dikehendaki menyerah kepada PK HEM pada atau
sebelum 18.07.2014 (Jumaat).

- Makluman

AGENDA 3 PERKARA PERBINCANGAN

3.1 Jadual Kedatangan Murid


- Jadual kedatangan murid harus dihantar balik ke bilik PK pada
pukul 09:00 pagi setiap hari, jangan simpan dalam bilik darjah /
bilik guru / dibawa balik rumah.
- Jika guru kelas tidak hadir, guru ganti yang pertama / rakan
sejawat harus tolong mencatat kehadiran murid kelas berkenaan
pada
1. jadual kedatangan murid (点名簿)
2. buku harian sekolah (学校日志/签到簿)
3. borang e-Kehadiran di pejabat kerani

- Guru-guru kelas harus melaksanakan tugas ini sebelum jam 08:30


1
pagi pada setiap hari supaya memudahkan kerja PK HEM.
(Tulisan harus kemas)
- Pesanan hendaklah dilaksanakan 100%。

3.2 Disiplin Murid dan Hal Ehwal Murid


- Semua guru adalah guru disiplin.
- Bezakan jenis kesalahan disiplin - bermotif & tidak bermotif
jahat, yang terancang atau nakal / berat, sederhana atau ringan.
- Pengurusan disiplin membayangkan kebijaksanaan dan
keupayaan guru dan ia tidak menjejaskan PdP.
- Tidak boleh mengenakan hukuman dera dan berat.
- Hukuman hendaklah berpatutan.
- Amalkan program penyayang.
- Murid yang melanggar peraturan sekolah harus dicatat oleh guru
dalam fail REKOD SALAH LAKU MURID.
- Murid yang lewat selepas 07:20 pagi dan selepas 07:40 pagi
harus dicatat, guru memberi nasihat / peluang / amaran secara
lisan.
- Murid yang lewat selepas 07:40 pagi sebanyak 3 kali dengan
alasan yang tidak munasabah, guru darjah dikehendaki
memberitahu kpd PK HEM untuk dicatat salahlakunya ke dalam
SSDM.
- Guru-guru darjah harus menjaga disipiln murid kelas masing-
masing semasa perhimpunan untuk memastikan tidak berlaku
kebisingan.
- Guru-guru harus memastikan murid berbaris dan membawa
mereka keluar dari bilik darjah sepanjang tahun.
- Contohnya : pergi ke bilik khas, pergi ke kantin pada waktu rehat,
dan pada waktu bersurai (pukul 1:00 dan 3:00).
- Jangan biar murid berbaris tanpa bimbingan guru :
- tidak teratur
- lari / berebut-ebut
- Cara berbaris untuk pulang ke rumah :
1. pintu kecil 2. Bas sekolah
3. kelas didikan (安亲班)
4. murid tunggu ibu bapa – mesti duduk di depan dewan
(untuk Tahun 1 dan 2).

3.3 Pengawasan sebelum / selepas sekolah / waktu rehat sekolah


- Jadual Harian Guru Bertugas
- Guru-guru bertugas diminta menurunkan tandatangan setelah
menjalankan tugas masing-masing pada setiap hari.

- Jika guru berkursus, taklimat, bengkel, mesyuarat, kem,


peperiksaan PJJ, cuti rehat, urusan sekolah dll (kecuali cuti sakit /
2
cuti kecemasan) harus membuat catatan dengan ringkas pada
jadual harian bertugas. PK HEM telah mencatat tarikh-tarikh
dalam sebulan itu pada jadual harian guru bertugas untuk
memudahkan guru membuat catatan.
- Guru-guru bertugas di hadapan dewan pada waktu bersurai:
Selepas 01:20 petang – kumpulkan murid-murid di hadapan dewan.
Selepas 03:20 petang – kumpulkan murid-murid di koridor depan
pondok pengawal.
* Jangan biar murid-murid berkeliaran di bawah kedua-dua buah
jambatan dan kawasan sekolah.

3.4 Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)


- Aktiviti anti dadah dan anti rokok semasa P&P (PROSIDAR)
- Tahap 1 - PJK
- Tahap 2 - P. Sivik & Kewarganegaraan
Mac Mei Julai
- ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT
DENGAN DADAH, INHALAN DAN UBAT BATUK (ADIUB) –
laporan dihantar ke PPD pada setiap bulan.

3.5 Anti Denggi


- J/K Anti Denggi bertanggungjawab memastikan kawasan-kawasan
sekolah supaya tiada pembiakan nyamuk aedes :
- harus memberitahui PK HEM jika mendapati pembiakan nyamuk
aedes.
- membuang / menuang bekas-bekas yang bertakungan air (dengan
bantuan pekerja kebersihan).
- mengisi laporan (seorang setiap minggu).

3.6 SMM / APDM / Student Affair System


SMM / BMM / APDM / Student Affair System
- Mengumpul semua maklumat diri & keluarga murid.
- Harus sentiasa kemaskini maklumat murid oleh guru kelas jika
ada perubahan data atau kemasukan murid baru.
APDM – eDaftar Menengah
1. Data Murid – terutama nombor angka giliran UPSR, alamat,
pendapatan ibu bapa / penjaga, nombor telefon, taraf
kewarganegaraan dll)
2. eDaftar Menengah
Selewat-lewatnya pada 15 Julai 2014

AGENDA 4 HAL-HAL LAIN


- 17.07.2014 (Khamis) - Latihan kecemasan kebakaran (2)
(En. Chok Soon Yee & guru-guru penyelaras)

- 06.08.2014 (Rabu) – Gotong royong membersihkan kawasan


sekolah
3
(Guru-guru yang mempunyai sebarang urusan pada hari itu,
dikehendaki memberitahu PK HEM.)
- Pihak sekolah memberi kelonggaran kepada ibu bapa yang tidak
ingin membeli buku komputer.
- Pakaian guru harus mengikut pekeliling KPM – tidak terlalu pendek
dan menjolok mata. Kasut – bertutup.
- Name Tag – harus pakai setiap hari.
- Semua guru adalah guru terlatih dan berprofesional, masalah
murid seperti malas membuat kerja, malas belajar dll adalah
tanggungjawab guru.
- Ketidakhadiran murid – guru darjah harus menghubungi ibu bapa
datang ke sekolah untuk berbincang bersama dengan PK HEM.

AGENDA 5

5.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehariran dan
kerjasama semua guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

__________________________________ ____________________________
( CIK PAI GEOK HAR ) (Pn. Loo Swet Fun )
Setiausaha HEM, Pen.Kanan HEM,
SJK(C) Wan Hwa 1, SJK(C) Wan Hwa 1,
Menglembu. Menglembu.

Disahkan oleh,

_________________________________
( EN. Ng Ah Meng )
Guru Besar,
SJK(C) Wan Hwa 1,
Menglembu.

Anda mungkin juga menyukai