Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AL - FALAH

NO.95, LORONG 3, TAMAN MELOR 2, 36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN.
No. Tel : 011-51420205 (Pejabat) / 013-5989195 (Mudir)

Rujukan kami
SRITI / SAF / 02 / 02A / (22)
Bertarikh : 20 November 2021 / 23 Rabiulakhir 1443H

Ibu bapa / penjaga murid,


SRITI Al-Falah Teluk Intan.

Assalamualaikum wrth hbth


Tuan/Puan,

PEMBUKAAN SEMULA SRITI AL-FALAH : 22 NOVEMBER 2021

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Mengikut arahan KPM, seluruh sekolah bagi negeri Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah akan
beroperasi pada 22 November 2021. Oleh itu, diharap para ibu bapa/penjaga dan murid-murid membuat
persiapan persekolahan dengan rapi dan memastikan anak Tuan/Puan mematuhi SOP KPM dan
KKM.

3. Untuk makluman Tuan/Puan, kami telah menyediakan beberapa lampiran berkenaan Garis Panduan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Sriti Al-Falah, jadual penggiliran persekolahan dan jadual Ujian Penilaian
Prestasi PdPr untuk minggu pertama (22/11/2021-26/11/2021) dan minggu kedua (29/11/2021-3/12/2021).
Perkara yang dinyatakan di lampiran tersebut hendaklah diambil perhatian dan tindakan.

4. Pada minggu ketiga, sekolah akan mengadakan penyampaian hadiah Pertandingan Menghias Face
Shield pada 6/12/2021 (Isnin) dan 7/12/2021 (Selasa). Sekolah juga akan mengadakan sambutan Hari
Kanak-kanak pada 8/12/2021 (Rabu) dan 9/12/2021 (Khamis) yang bertemakan “Cita-citaku”.
Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.

5. Kerjasama ibu bapa dan murid-murid amatlah dihargai. Semoga kita semua dapat mengurangkan
penularan wabak Covid-19 di negara kita. Amin.

Sekian, terima kasih.

“MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI”

Saya yang menjalankan amanah,

t.t.
….…………………………..
(MOHD MAHYUDDIN BIN MOHD YUSOF)
Mudir/Guru Besar
SRITI Al-Falah Teluk Intan
Garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sriti Al-Falah

A. Persediaan sebelum hadir ke sekolah

1. Sila isi borang deklarasi saringan kesihatan sebelum hadir ke sekolah pada setiap minggu (borang
tersebut akan dikeluarkan pada setiap hari Sabtu).

2. PASTIKAN anak Tuan/Puan sihat sebelum hadir ke sekolah. Sekiranya bergejala, (demam, batuk
dan sebagainya), tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Maklumkan kepada guru kelas masing-masing
berserta dengan surat.

3. Di dalam beg murid, diminta untuk bekalkan :


1) Buku-buku mengikut jadual peperiksaan
2) Alat tulis yang lengkap
3) Sejadah (saiz kecil)
4) Face mask dan face shield
5) Kain lap dan plastik
6) Set baju dan seluar lebih (sekiranya berlaku kecemasan kepada murid)

4. Pastikan murid berada dalam keadaan kemas dan bersih iaitu rambut disikat rapi (bagi lelaki), kuku
telah dipotong.

5. Murid hendaklah berada dalam keadaan berwuduk sebelum hadir ke sekolah.

6. Uniform sekolah mengikut Garis Panduan Buku Disiplin SRITI Al-Falah selaras dengan Jadual
Penggiliran iaitu :
1) Isnin dan Selasa : Baju raihan, seluar sekolah / baju t-shirt labuh, tudung sekolah
2) Rabu dan Khamis : Baju t-shirt kokurikulum berkolar, seluar track / baju t-shirt labuh, tudung
sekolah
3) Jumaat : Jubah / tudung sekolah

7. Pastikan semua barang dan peralatan anak Tuan/Puan juga telah dilabel nama bagi mengelakkan
daripada hilang, atau tertukar. (Kopiah, tudung / skarf, uniform sekolah, stokin, kasut, sejadah dan
semua alat tulis).

8. Jika uniform tidak boleh dipakai lagi, pihak sekolah memberikan kelonggaran untuk memakai :
1) Lelaki : T-shirt berkolar dan seluar track
2) Perempuan : T-shirt labuh, seluar track dan tudung
*Pastikan pakaian selesa, sopan dan menutup aurat.

9. Berikan penerangan dan didikan awal di rumah berkenaan dengan pematuhan SOP semasa berada
di sekolah. Diingatkan supaya :
1) Sentiasa menjaga jarak 1 meter daripada rakan yang lain
2) Tidak berkongsi barang dengan rakan
3) Tidak menyentuh barang sekolah
4) Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan memakai hand sanitizer
5) Penerangan etika batuk dan bersin (menggunakan siku / tisu / sapu tangan untuk tutup)
6) Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan diri
B. SOP murid dan ibu bapa/penjaga ketika menghantar anak ke sekolah

1. Sila hantar anak ke sekolah bermula 7.00 pagi hingga sebelum 7.30 pagi. Waktu sekolah beroperasi
adalah seperti biasa, iaitu : 7.30 pagi - 4.30 petang (Isnin hingga Khamis) manakala hari Jumaat jam
7.30 pagi hingga 12.15 tengah hari.

2. Jika suhu badan murid melebihi dari paras normal semasa di sekolah, ibu bapa diminta untuk
membawa anak pulang ke rumah.

3. Transit diadakan seperti biasa pada hari Jumaat. Ibu bapa perlu memberi makluman awal kepada guru
kelas untuk memudahkan urusan makan tengah hari.

4. Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah, hanya hantar anak di luar pagar sahaja.

5. Jika berlaku kecemasan, ibu bapa/penjaga diminta menghubungi guru atau staf terlebih dahulu untuk
mendapatkan kebenaran. Imbas QR Code Mysejahtera serta suhu Tuan/Puan sebelum memasuki ke
kawasan sekolah.

6. Ibu bapa/penjaga diminta untuk menunggu murid sewaktu pulang dari sekolah di lokasi seperti mana
semasa menghantar anak ke sekolah.

7. Setiap pergerakan keluar-masuk murid akan diawasi oleh guru bertugas mingguan.

8. Jika ada sebarang masalah, Tuan/Puan boleh berhubung dengan guru kelas masing-masing atau
mana-mana staf. (Lihat lampiran)

MEMBINA GENERASI RABBANI DAN MURABBI


Nama guru dan staf SRITI Al-Falah Teluk Intan

Bil. Nama Jawatan No. Telefon


1. Ustaz Mohd Mahyuddin Guru Besar/Mudir 013-5989195
2. Ustazah Suhana GPK Kurikulum/Guru kelas 1 Al-Furqan 019-4520154
3. Ustazah Faraiylia GPK HEM/Guru kelas 2 Al-Furqan 013-5227545
4. Ustazah Nurhaslinda Guru kelas 3 Al-Falah 017-4099941
5. Ustazah Munirah GPK Kokurikulum/Guru kelas 2 Al-Falah 013-4034076
6. Ustazah Ummi Nasirah Guru kelas 1 Al-Falah 013-5811256
7. Ustaz Faidhi Syazmir Guru 011-596232244
8. Ustazah Ummi Salamah Guru +201014204274
9. Ustazah Aina Pembantu Tadbir 011-51420205

Anda mungkin juga menyukai