Anda di halaman 1dari 7

PRASEKOLAH

SK SERI TUALANG

BUKU PERATURAN
PRASEKOLAH
2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD


PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bertujuan


memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga
enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini
adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan
dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid
agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti
pembelajaran seterusnya.
OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD
PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KSPK menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai


objektif seperti yang berikut:

1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.

2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk


murid beragama Islam.

3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.

5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.

6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan


diri.

7. Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan


menjaga keselamatan diri.

8. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

9. Mengaplikasikan pemikiran kritis,kreatif dan inovatif serta


kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan
kehidupan seharian.
PERATURAN AM

Waktu Persekolahan

HARI MASA PERSEKOLAHAN


Isnin - Khamis 7.30 pagi – 11.40 pagi
Jumaat 7.30 pagi – 11.00 pagi

 Waktu semasa Pandemik Covid 19


Pakaian

HARI PAKAIAN
Isnin Pakaian Seragam Prasekolah
Selasa Pakaian Seragam Prasekolah
Rabu T-shirt sukan (biru/merah) & Tracksuit (biru)
Khamis Pakaian Seragam Prasekolah
Jumaar Pakaian Seragam Prasekolah

Alat tulis

 Pihak sekolah akan menyediakan alat tulis untuk kegunaan di kelas.

 Murid tidak dibenarkan membawa pulang alat tulis sekolah ke rumah.

 Ibu bapa digalakkan menyediakan alat tulis lain untuk murid gunakan di
rumah
PERATURAN AM

Ibu bapa / penjaga juga diminta menyediakan beberapa item untuk kegunaan murid sepanjang
tahun untuk diletakkan di kelas prasekolah, iaitu;

1. Berus gigi (3 bulan sekali akan ditukar)


2. Ubat gigi (akan ditukar dari semasa ke semasa)
3. Tuala tangan (akan ditukar dari semasa ke semasa)

Sarapan pagi dan minum pagi disediakan. Dengan itu, murid tidak perlu membawa bekalan.

Sekiranya murid mengalami sebarang alahan terhadap sesuatu makanan, sila maklumkan
kepada guru dan PPM.

Murid tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah dan dilarang membawa sebarang alat
permainan ke prasekolah.

Sekiranya terdapat sebarang pertukaran alamat tempat tinggal dan nombor telefon ibu bapa/
penjaga, sila maklumkan kepada guru prasekolah atau PPM untuk direkod.

Prasekolah akan membuat kumpulan whatsapp bertujuan untuk pemberitahuan maklumat dari
semasa ke semasa mengenai pengajaran dan pembelajaran murid.

Segala rantaian maklumat atau gambar yang tidak berkaitan dengan prasekolah adalah tidak
dibenarkan.
PERATURAN AM

 Murid dikehendaki hadir pada jam 7.30 pagi pada setiap hari ke sekolah.
Murid bersarapan di kelas pada jam 7.30 pagi.

 Ibu bapa / penjaga wajib menjemput murid pulang pada jam 11.40 pagi.
Setiap hari Jumaat,murid pulang pada jam 11.00 pagi (Pandemik Covid 19)

 Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan menunggu murid didalam kawasan


prasekolah pada waktu datang dan pulang.

 Sekiranya menpunyai urusan dengan guru prasekolah, ibu bapa dikehendaki


melaporkan diri di pondok pengawal terlebih dahulu dan kemudian
berurusan di pejabat sekolah.

 Sekiranya murid tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah, ibu bapa /


penjaga perlu memaklumkan kepada guru/ PPM melalui telefon (whatsapp)
dan menyertakan surat atau sijil cuti sakit.

 Kehadiran murid ke sekolah adalah wajib kecuali sakit.

 Ketidakhadiran murid ke sekolah akan menjejaskan sesi pembelajaran


murid.
GURU PRASEKOLAH, GURU AGAMA DAN
P PM

PRASEKOLAH HARAPAN
NAMA NO
TELEFON/WHATSAPP
PN. HASNIDA BT ABDULLAH 019-9522973
PN. HAPSAH BT HAMID 011-58238843
PN. ROSLINA BT MUSA 019-9908505
PEJABAT SK SERI TUALANG 09-2901080

PRASEKOLAH WAWASAN

NAMA NO TELEFON /
WHATSAPP
PN. NOOR AFIZAN BT MAAMIN 012-2274195
PN. NORAINI BT MAT KHAMIS 013-9782731
PN RUSNIZA BT MAT HARUN 013-9126803
PEJABAT SK SERI TUALANG 09-2901080

CATATAN

Anda mungkin juga menyukai