Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM

PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

SKOP KERJA
Kehadiran Bertugas:

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981
menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan
para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum
sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira
pukul 7.00 pagi.

2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu
sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika
memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar
bilik darjah.

3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran
dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.

4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:

1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja
tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan.

2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak
mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.

3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi
sebab musabab kelewatan itu.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan
kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki
mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.

5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan
mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti
Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa
Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan
di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan agi menjayakan
upacara tersebut.

7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru
pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Tugas Akademik Guru:

1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu
tinggi.

2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang
diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah
hendaklah diperiksa dengan teliti.

3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan
menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan
penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali
guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.

6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan


dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah
adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan
masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,


menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan
memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah.


Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas
yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Ringkasan Mengajar:

1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod


Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian
termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan
keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.

3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk
minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod Mengajar
adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu
bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan
agar dia berbuat demikian.

PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:

1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka
manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.

2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah
diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar.Kes-kes
pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru
disiplin.

3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin.


Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat
keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.

4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan


haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam
keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis
kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru,
pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi,
meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat
bongkak dan menghina guru atau Guru Besar.

5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.

6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk
dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah
melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

Pakaian:

1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas
di sekolah.

2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang
semasa berada di sekolah.

3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:

1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus
dan kelihatan kemas.

Pelawat:

1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik
darjah atau makmal.

2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.

3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh ibuat di
dalam bilik guru sahaja.
Kenyataan Akhbar:

1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas
nama Guru Besar atau pihak sekolah.

PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

Surat Rasmi:

1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau
dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

Lawatan:

1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan


Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima
minggu sebelum lawatan dilakukan.

Kutipan Wang:

1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu
mengawasi hal ini.

2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh
persatuan dan kelab.

3. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar
jumlahnya.
PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas:

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan,
buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.

2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada
setiap hari belajar.

3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor
sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada memberi
penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah
mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinan ke
pejabat sekolah.

5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari buku jadual
kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikut suara
ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, erhiasan
kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.

7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan


mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran.

8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.

PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar
dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.

10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan
kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

11.Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.

12.Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan


memberitahu pelajar.

13.Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam semangat


rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

14.Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PK HEM
seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah
disiplin lain.

15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru dan
mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku
Daftar Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borang masuk
peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu menyusun
kerusi meja.

17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping
menyediakan tabung markah atau mark sheet.

18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.

PROGRAM
PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas
pada tiap-tiap hari persekolahan.

20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan pada masa
perhimpunan hari biasa.

21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat


dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

22. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah
kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

Anda mungkin juga menyukai