Anda di halaman 1dari 24

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN MENULIS HURUF BESAR PADA


PANGKAL KATA NAMA KHAS DALAM AYAT DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH “WARNAILAH SAYA”

OLEH:

KASTHURIBAI A/P NARAYANAN

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan menulis
huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam ayat. Tinjauan
awal dibuat melalui lembaran kerja murid menunjukkan murid-
murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar
pada pangkal kata nama khas. Oleh itu, saya telah menggunakan
teknik “Warnailah Saya” untuk mensifarkan kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar. Saya telah merancang beberapa
langkah untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap
penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Kaedah ini
dapat meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid-
murid.

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah


negara. Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal
atau perbuatan mendidik. Manakala berdasarkan Kamus Dewan Edisi
empat, pendidikan diertikan sebagai pertama perihal mendidik, kedua; ilmu
pendidikan dimaksudkan sebagai ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan
mendidik dan yang ketiga; diertikan sebagai didikan, latihan dan ajaran. Menurut
Thedore Brameld, istilah pendidikan mengandungi fungsi yang luas dari
pemelihara dan perbaikan kehidupan suatu masyarakat, terutama membawa

1
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

warga masyarakat yang baru mengenal tanggungjawab bersama di dalam


masyarakat. Jadi pendidikan adalah suatu proses yang lebih luas daripada
proses yang berlangsung di dalam sekolah sahaja.

A. Elliot (1981) mendefinisikan kajian tindakan sebagai kerangka untuk


penilaian kendiri (framework for self-evaluation) di sekolah dan pendekatan
dalam kajian tindakan mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk
memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.
Menurut Elliott (1991:69) lagi, kajian tindakan adalah sebagai kajian situasi
sosial yang bertujuan memperbaiki kualiti tindakan dalam lingkungan sendiri. B.
Carr dan Kemmis (1986) berpendapat kajian tindakan adalah suatu inkuiri yang
berbentuk refleksi kendiri (self-reflective enquiry) yang dilakukan oleh peserta,
misalnya guru, pelajar atau pengetua dalam situasi sosial untuk memperbaiki
dan memahami amalan sosial atau amalan pendidikan (social or educational
practices). Kemmis dan McTaggart (1988) mempunyai pendapat yang hampir
sama dan mereka menyatakan kajian tindakan ialah inkuiri yang berbentuk
refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi
sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan mereka
sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan tersebut
dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan.

Kajian tindakan ini merupakan bentuk kajian yang paling popular dalam
kalangan guru. Kajian ini terdiri daripada perancangan, tindakan dan penilaian
terhadap tindakan. Kajian ini bertujuan kajian yang spesifik tentang satu aspek
pengajaran yang guru perhatikan. Kajian ini dapat membentuk budaya reflektif,
bersikap terbuka dan mampu menambah baik amalan kendiri. Sehubungan itu,
bagi meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion
keguruan a research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian
dan amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukan pendapat.
Budaya penyelidikan dapat membantu guru meneroka idea-idea baru berkaitan
kaedah-kaedah dan strategi pengajaran. Kajian tindakan akan memupuk

2
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

budaya membaca dalam kalangan guru serta meningkatkan perkembangan


profesionalisme diri serta bertindak secara profesional.

Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat memperlihatkan identiti


nasional dan lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Kedaulatan bahasa
Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa
kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darus Salam dan
Singapura. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu,
keutamaan banyak diberikan kepada Bahasa Melayu di sekolah. Bahasa
Melayu merupakan bahasa ilmu bermaksud fungsi bahasa Melayu sebagai
pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu
pengetahuan moden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan,
kedoktoran, dan undang-undang di samping sastera dan agama.

Oleh itu, kemahiran menulis sangat penting dalam Bahasa Melayu.


Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh murid-murid. Penguasaan yang baik
dalam kemahiran menulis dapat membolehkan murid-murid menjana idea serta
pendapat mereka melalui penulisan. Dengan ini, bagi menguasai kemahiran
menulis, murid-murid perlu menguasai aspek sistem tatabahasa. Aspek
tatabahasa yang sangat penting ialah penggunaan huruf besar. Kebiasaanya
masalah yang sering dilakukan oleh murid-murid semasa menulis ayat ialah
kesalahan menulis huruf besar dalam ayat. Murid-murid mengalami kesukaran
dalam menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama khas.

2.0 Refleksi Pengalaman Yang Lalu

Berdasarkan pengalaman lepas, lazimnya murid-murid kurang


menguasai tatabahasa bagi matapelajaran Bahasa Melayu. Pemerhatian
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas
sepanjang dua minggu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya
mendapati murid-murid mengalami masalah dalam penulisan ayat. Kesalahan

3
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

yang kerap kali dilakukan oleh murid-murid ialah aspek penulisan huruf besar
pada pangkal kata nama khas.

Masalah ini telah saya kenal pasti semasa saya mengikut guru
matapelajaran Bahasa Melayu untuk melihat proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas tahun tiga. Saya juga telah melihat buku latihan
murid tahun tiga bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan
yang dikenal pasti. Terdapat beberapa orang murid yang tidak menguasai
penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Selain itu, saya juga turut
berbual dengan guru matapelajaran Bahasa Melayu dan Ketua Panitia Bahasa
Melayu. Hasil beberapa perbincangan dan temu bual, guru matapelajaran
Bahasa Melayu berpendapat sememangnya beberapa orang murid kelas 3 Jaya
menghadapi masalah menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas. Oleh
itu, saya berusaha menyediakan satu kajian bagi membantu serta meningkatkan
penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam ayat.

3.0 Fokus Kajian

Pada masa yang sama, saya mendapati di sekolah saya menjalani


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Sekolah Kebangsaan Dato
Laksamana, murid-murid menghadapi masalah penggunaan huruf besar pada
pangkal kata nama khas dalam ayat. Walaupun banyak kajian telah dijalankan
di tempat lain namun masih belum ada kajian tentang masalah penggunaan
huruf besar pada pangkal kata nama khas di sekolah itu.

Semasa melakukan pemerhatian di dalam bilik darjah, saya mendapati


kebanyakkan murid kerap kali melakukan kesalahan huruf besar dalam
penulisan ayat terutamanya pada kata nama khas. Murid-murid amat lemah
dalam penulisan dan sering melakukan kesalahan, khasnya ketika membina
ayat. Oleh yang demikian, kajian ini difokuskan kepada meningkatkan
penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam ayat.

4
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Justeru, perlu dilaksanakan satu alternatif atau kaedah yang dapat


membantu murid-murid mengatasi masalah penulisan huruf besar dalam ayat.
Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid
adalah disebabkan murid keliru dalam aspek penggunaan huruf besar serta
keliru dengan konsep penggunaan kata nama am dan kata nama khas. Oleh itu,
murid-murid perlu didedahkan dengan pelan tindakan yang dapat membantu
mereka supaya lebih peka dengan menulis huruf besar setiap kali menulis.

Sesungguhnya, saya akan menggunakan kaedah “Warnailah Saya” bagi


mengatasi masalah murid. Teknik ini dapat membantu murid menulis huruf
besar di tempat yang sesuai dan sepatutnya. Dengan ini, saya percaya
kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid boleh diperbaiki sekiranya
menggunakan kaedah yang berkesan iaitu “Warnailah Saya”. Oleh yang
demikian, wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan penguasaan menulis
huruf besar pada pangkal kata nama khas dalam ayat.

4.0 Tinjauan Literatur

Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan oleh A. Chellamal


Bagavathy (2005) di sebuah sekolah rendah di Selangor yang bertajuk
"Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai Aspek Tatabahasa Dalam Bahasa
Melayu Melalui Cara Permainan Bahasa", didapati bahawa murid-murid lemah
dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu kerana murid-murid malas
membaca surat khabar, buku-buku cerita, membaca buku rujukan, rujuk kamus,
berjumpa guru, perbincangan kumpulan dan sebagainya.

Kajian kes yang dijalankan oleh Seman Salleh (2005) menyatakan


kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajarkan bahasa Melayu
menyebabkan pihak pentadbir terpaksa mengambil tindakan dengan
menempatkan guru-guru yang memiliki opsyen lain untuk mengajarkan bahasa
Melayu. Kajian-kajian terdahulu juga mendapati adanya guru-guru agama,
Sains, Matematik dan sebagainya yang mengajarkan bahasa Melayu di sekolah.
5
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Asmah Hj.Omar dan Arbak Othman (1981) dalam kajiannya mendapati


bahawa kesalahan bahasa ialah penggunaan bahasa yang terkeluar daripada
penggunaannya yang standard. Kesilapan bahasa boleh berlaku melalui
pelbagai kasalahan tatabahasa. Kesilapan-kesilapan yang dinyatakan di atas
telah menyumbang kepada seriusnya masalah kelemahan penulisan pelajar-
pelajar dalam kertas Bahasa Melayu. Dengan itu, sewajarnya strategi perlu
dicari dan diaplikasi untuk memperbaiki atau mengatasi kesilapan-kesilapan
tersebut bagi tujuan meningkatkan prestasi penulisan murid.

Yahya Othman dan Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005 menyatakan


penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat
semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang
bersistematik dan berkesan.

Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan
melibatkan kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan
pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan
sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat.

Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis


sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang kemas.

Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti


kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran
ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa
dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik.

Sejajar itu, Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994 menyatakan dalam


pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki

6
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

pengetahuan kandungan, pengetahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap


yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan.

5.0 Objektif Kajian

Objektif kajian tindakan saya adalah untuk :

(i) Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama
Khas dalam ayat.
(ii) Menilai keberkesanan teknik “Warnailah Saya” bagi membantu murid
menguasai kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas
dalam ayat.

6.0 Soalan Kajian

(i) Apakah tujuan kajian ini dijalankan?


(ii) Adakah kaedah “Warnailah Saya” ini dapat membantu murid menguasai
kemahiran menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas?

7.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Kebangsaan Dato Laksamana Raja


Mahkota yang terletak di kawasan bandar Teluk Intan. Kajian ini akan dijalankan
oleh saya ini adalah terhadap 4 orang murid Tahun Tiga Jaya. Murid ini dipilih
kerana menghadapi masalah ini dan ia perlu diatasi dengan segera. Kelas ini
merupakan kelas yang pertama bagi tahun tiga di sekolah ini. Murid-murid
dalam kelas ini terdiri daripada 30 orang.

7
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Jadual murid yang dikaji

Nama Jantina Umur

Peserta A Lelaki 9 tahun

Peserta B Perempuan 9 tahun

Peserta C Lelaki 9 tahun

Peserta D Perempuan 9 tahun

8.0 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah model Kurt Lewin. Kurt Lewin
merupakan orang pertama yang mewujudkan satu kodifikasi (codification)
tentang prosedur menjalankan kajian tindakan. Menurut Lewin (1946; 1948),
kajian tindakan bermula dengan pewujudan satu idea umum dan kemudian data
dipungut untuk menjelaskan atau merungkai sesuatu situasi. Dengan ini, satu
pelan tindakan dapat dihasilkan untuk mencapai objektif yang dikenal pasti
bersama dengan keputusan tentang langkah-langkah pertama yang perlu
dijalankan. Peringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk
memantau dan menilai intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penilaian formatif.
Lewin (1948) menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu
proses gelungan (spiral) yang mengandungi perancangan, tindakan, pencarian
fakta tentang hasil (outcome) daripada tindakan yang telah diambil itu.

Model Kurt Lewin ini banyak digunakan dalam kajian tindakan. Reka
bentuk kajian tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali
sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan
penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang
telah dikaji. Menurut Kurt Lewin, kajian tindakan perlu melalui beberapa proses
iaitu:

8
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Model Kurt Lewin

1. MENGENAL PASTI ASPEK


AMALAN
 Murid tahun 3 tidak dapat
menulis huruf besar pada
pangkal kata nama khas.

2. PERANCANGAN
5. REFLEKSI  Menggunakan
 Menganalisis dan menilai. kaedah “Warnailah
 Membuat refleksi Saya”
mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang
dikumpul. 3. TINDAKAN/IMPLEMENTASI
 Melaksanakan mengikut
perancangan dalam
masa sebulan

4. PENGUMPULAN DATA
 Mengumpul data tentang
kesan tindakan.
 Ujian pra dan pasca.
 Temubual.
 Rakaman video dan fotografi.
 Pengumpulan hasil karya.

9
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

9.0 Tindakan yang dicadangkan

9.1 Kaedah “Warnailah Saya”

Kaedah “Warnailah Saya” akan dijalankan untuk membantu murid-murid


mengatasi masalah penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas.
Langkah pertama, saya akan memberikan murid-murid satu petikan yang
mempunyai kata nama khas. Murid-murid perlu membaca petikan tersebut.
Langkah kedua, murid-murid perlu menyalin semula petikan tersebut dengan
menggunakan huruf besar pada pangkal kata nama khas dengan menggunakan
pensel warna berwarna merah manakala pada permulaan ayat murid perlu
menggunakan warna biru. Langkah keempat murid perlu mengklasifikasikan
kata nama khas mengikut nama orang dan nama tempat.

Justeru, kaedah ini dapat membantu murid mengenalpasti huruf besar


pada kata nama khas. Dengan ini, murid dapat mengetahui contoh kata nama
khas. Malahan kaedah ini juga dapat membantu murid-murid menggunakan
huruf besar pada permulaan setiap ayat. Hal ini dapat membantu meningkatkan
daya ingatan murid-murid terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata
nama khas.

10
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Langkah Kaedah “Warnailah Saya”

Langkah 1 : Kaedah bacaan

 Murid membaca petikan yang diberi.


 Mengecam penggunaan huruf besar pada petikan tersebut.

Langkah 2 : Kaedah menyalin “teknik warna”

 Murid menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan


huruf besar di tempat yang sesuai menggunakan warna.
 Warna merah : pangkal kata nama khas
 Warna biru : permulaan ayat

Langkah 3 : Kaedah klasifikasi

 Kata nama khas diklasifikasi mengikut kategori.

11
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

10.0 Perancangan Kaedah pengumpulan data

Pengkaji telah mendapati bahawa murid-murid ini mempunyai masalah


dalam menulis huruf besar pada pangkal kata nama khas melalui hasil
pemerhatian ke atas lembaran kerja murid. Dengan ini, pengkaji akan
menggunakan beberapa alat kajian untuk mendapatkan data bagi membuktikan
bahawa kaedah “Warnailah Saya” yang digunakan dapat menyelesaikan
masalah penulisan huruf besar pada pangkal kata nama khas.

Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk


menghasilkan data deskriptif agar mendapat gambaran yang lebih jelas dan
menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini. Oleh itu, pengkaji
akan menggunakan pengumpulan data yang berlainan untuk mendapatkan
data. Antara kaedah yang akan digunakan ialah pemerhatian, temubual,
lembaran kerja, senarai semak, ujian pra dan ujian pasca.

10.1 Ujian Pra

Ujian pra ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan sedia


ada murid berkaitan permasalahan yang akan diuji. Ujian pra ialah ujian
pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan. Ujian pra ini merupakan langkah
pertama yang dijalankan untuk melaksanakan proses kajian tindakan ini. Pada
peringkat ujian pra ini saya akan memberi sebuah petikan dan menyuruh murid
menyalin semula. Berdasarkan lembaran kerja murid tersebut, saya akan
membuat pemilihan sampel untuk digunakan dalam kajian ini.

10.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah utama yang digunakan bagi


mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Pemerhatian ini merangkumi proses

12
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

meneliti dan berfikir secara original dan kritikal tentang sesuatu situasi. Oleh itu,
saya mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang luas mengenai kajian
tindakan ini. Oleh itu, pemerhatian dijalankan secara sistematik iaitu data
dikumpul melalui cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Data yang
dikumpul adalah kebanyakkan data yang direkodkan ke dalam fail Panatia
Bahasa Melayu.

Pemerhatian merupakan kaedah yang berkesan dalam memahami


proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji memilih
kaedah pemerhatian turut serta di mana saya akan terlibat secara langsung
dalam situasi yang diperhatikan. Dengan ini, pengkaji akan melakukan
pemerhatian berstruktur ke atas murid dengan menggunakan senarai semak
bagi menganalisis data. Pengkaji akan mengumpul data tentang apa yang
berlaku di dalam bilik darjah dengan melihat, memerhati, bertanya dan
memahami. Pelbagai aspek yang boleh diperhatikan iaitu tingkah laku murid,
keadaan bilik darjah dan interaksi guru dengan murid. Melalui pemerhatian,
saya dapat melihat dengan lebih mendalam akan masalah ini.

Kaedah pengumpulan data yang akan saya gunakan seterusnya ialah


saya akan mengumpul hasil tugasan murid-murid. Ini juga merupakan
sebahagian daripada kaedah pengumpulan data yang akan saya gunakan
sepanjang tempoh kajian tindakan ini. Dengan pengumpulan hasil tugasan
murid, saya akan dapat mengesan sejauhmana kesalahan huruf besar yang
dilakukan oleh murid.

Selain itu, data lain seperti analisis peperiksaan pertengahan tahun


murid-murid juga akan digunakan untuk mendapatkan maklumat akan kajian ini.
Analisis ini akan membantu saya untuk mengenalpasti masalah utama yang
dilakukan oleh murid-murid.

Senarai semak digunakan ketika melakukan pemerhatian dan penelitian


dokumen. Senarai semak menyenaraikan item-item untuk menilai tingkah laku

13
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

yang diperhatikan. Maka, senarai semak ini akan membantu pengkaji untuk
menyediakan dan memastikan semua aspek telah dibuat.

10.3 Temu bual

Sesi temubual diadakan untuk melihat masalah utama yang dilakukan


oleh murid-murid. Pengkaji akan memberi perhatian ketika menyediakan item
temu bual iaitu menentukan jenis temu bual, ciri-ciri temu bual yang baik dan
soalan temu bual. Temu bual yang digunakan ialah temu bual yang berstruktur.
Saya telah menemu bual guru Bahasa Melayu akan masalah pembelajaran
yang sering dilakukan oleh murid-murid.

Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah murid-murid, guru-


guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan pihak pentadbiran sekolah
sama ada penolong kanan atau guru besar. Hasil analisis data temu bual akan
dipersembahkan dalam bentuk naratif atau kekerapan tema. Kaedah ini
membantu saya mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam. Kaedah ini
juga penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap
kajian tindakan yang dijalankan di sekolah tersebut. Borang kolaborasi
disediakan bersama ketua panitia Bahasa Melayu.

10.4 Ujian pasca

Ujian pasca ini merupakan ujian yang dilakukan selepas menggunakan


kaedah “Warnailah Saya”. Ujian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan
kaedah tindakan yang dilaksanakan ke atas murid. Ujian pasca ini dapat
menjadi petunjuk bagi mengatasi masalah yang timbul.

14
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

11.0 Perancangan Cara Menganalisis Data

Data yang dikumpul akan dianalisis secara menyeluruh. Data yang


dikutip akan dikategorikan dan diteliti untuk mendapatkan sumber dan bahan
untuk kajian. Setelah pengkategorian data selesai, proses sumbangsaran akan
dilakukan untuk mendapatkan idea. Seterusnya refleksi idea akan dibuat bagi
mengumpul data yang tidak berkenaan. Setelah selesai, semakan semula data
serta senarai rangka isi akan dibuat. Akhirnya, refleksi pada senarai akan
dibuat.

Analisis secara bersendirian akan dijalankan terlebih dahulu dengan


membaca semua data yang diperolehi, meneliti gambar dan membuat nota-nota
penting tentang hasil kajian. Analisis secara perbincangan juga akan dilakukan.
Analisis perbincangan yang dijalankan bersama guru dan murid, akan diteliti
dan digunakan dalam kajian. Analisis akan membantu saya mendalami data-
data. Analisis data akan dibuat secara pola dan triagulasi. Analisis triagulasi
akan digunakan iaitu melibatkan data dari pelbagai sumber atau responden
yang berlainan, disimpulkan bersama untuk memberi makna atau pengertian
kepada dapatan kajian. Data-data yang diperolehi seterusnya akan dianalisis
dalam bentuk jadual.

15
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

12.0 Perancangan Pelaksanaan Kajian

12.1 Jadual Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan

Jadual di bawah menunjukkan perancangan pelaksanaan aktiviti yang


dirancang dalam kajian tindakan.

Bil Aktiviti Masa Pelaksanaan

1 Membaca bahan- bahan rujukan tentang kajian Minggu pertama


tindakan

2 Mengenal pasti tajuk dan masalah kajian Minggu pertama


tindakan

3 Menulis draf untuk objektif kajian dan soalan Minggu pertama


kajian

4 Mencari sampel kajian Minggu kedua

5 Memilih cara mengumpul data Minggu kedua

6 Menganalisis dan menginterpretasikan data Minggu kedua dan


ketiga
7 Menulis draft Kertas Cadangan Minggu ketiga dan
keempat
8 Menulis dan melengkapkan kertas cadangan Minggu keempat

16
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

12.2 Pelan Tindakan

No Bulan Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4


.

1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Tindakan
1. Membaca bahan-
bahan rujukan
tentang kajian
tindakan
2. Mengenal pasti tajuk
dan masalah kajian
tindakan
3. Menulis draf untuk
objektif kajian dan
soalan kajian

4. Mencari sampel
kajian

17
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

5. Memilih cara
mengumpul data

6. Menganalisis dan
menginterpretasikan
data
7. Menulis draf Kertas
Cadangan
8. Menulis dan
melengkapkan kertas
cadangan

18
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

13.0 Kos Kajian

BIL ITEM KUANTITI ANGGARAN KOS


1 Kertas A4 1 RM9.60
2 Ink Printer 1 RM 56
3. Marker 4 RM 20
4. Alat tulis 3 RM 10
5. Fotostat RM 10
6. Gambar RM 10
Jumlah RM 115.60

14.0 Penutup

Secara keseluruhannya, saya berharap kajian yang akan dijalankan ini


dapat meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal kata nama
khas dalam ayat dalam kalangan murid-murid. Melalui kajian ini, saya akan
dapat membantu meningkatkan keyakinan murid-murid dalam menulis tanda
baca dengan betul dan seterusnya meningkatkan kemahiran menulis mereka.

19
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Bibliografi

Bahan bercetak

Aziz Yahya & et.al (2006), Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori
Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.

Lim Chong Hin, 2007. Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif


dan Kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri (2005), Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan: Esei,


Proposal & Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.

Sumber internet

Rosimah Ismail. 2011. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah. Dimuat turun daripada
http://rosimahd043210.blogspot.com/2011/11/kata-nama-khas.html

Simah Mamat. 2009. Keberkesanan Kaedah Koperatif Dalam Pengajaran


Menulis Karangan Fakta Dan Naratif Dalam Kalangan Pelajar Bukan
Melayu. Dimuat turun daripada
http://simahmamat.blogspot.com/2009/05/keberkesanan-kaedah-
koperatif-dalam.html

Naziera. 2009. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Dimuat turun daripada


http://actionresearch-naziera.blogspot.com/2009/05/tugasan-1.html

20
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Azaha Ibrahim. 2012. Meningkatkan Penguasaan Menulis Huruf Besar Pada


Pangkal Kata Nama Khas dalam Kalangan Murid – Murid. Dimuat turun
daripada http://azaha83.blogspot.com/2012/08/meningkatkan-
penguasaan-menulis-huruf.html

Siti Saadiah Osman. 2012. Meningkatkan Penguasaan Penggunaan Huruf


Besar Dalam Kalangan Murid. Dimuat turun daripada
http://retibasa.blogspot.com/2012/01/meningkatkan-penguasaan-
penggunaan.html

Zaridah bt Zuber. 2011. Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar


Bagi Murid. Dimuat turun daripada
http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-
4926977

Mariayee. 2011. Meningkatkan Kemahiran Menulis Bentuk dalam Bahasa


Malaysia Bagi Murid Tahun 1. Dimuat turun daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-
tindakan-masalah.html

21
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LAMPIRAN

22
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

LEMBARAN KERJA MURID

23
KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

CONTOH PETIKAN

Nama saya Hanif. Saya ada seorang abang namanya Zuhir. Saya
memanggilnya, abang Zuhir.

Selepas tamat belajar di sekolah menengah, abang Zuhir melanjutkan


pelajaran di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Beliau mengambil
kursus Sains Hayat. Sekarang, abang Zuhir bekerja sebagai doktor. Abang
Zuhir bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun abang Zuhir sibuk dengan tugasnya dia selalu pulang ke


kampung. Saya berasa bangga akan abang Zuhir kerana berjaya mencapai cita-
citanya.

Contoh Kaedah “Warnailah Saya”

Murid menyalin semula ayat dengan menggunakan pensel warna pada


pangkal kata nama khas.

Nama saya Hanif. Saya ada seorang abang namanya Zuhir. Saya
memanggilnya, abang Zuhir.

Selepas tamat belajar di sekolah menengah, abang Zuhir melanjutkan


pelajaran di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Beliau mengambil
kursus Sains Hayat. Sekarang, abang Zuhir bekerja sebagai doktor. Abang
Zuhir bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun abang Zuhir sibuk dengan tugasnya dia selalau pulang ke


kampung. Saya berasa bangga akan abang Zuhir kerana berjaya mencapai cita-
citanya.
24

Anda mungkin juga menyukai