Anda di halaman 1dari 37

MESYUARAT PENGURUSAN GURU DAN STAF BIL 1/

2019
Tarikh : 29.12.2018 (Sabtu)
Masa : 9.35 pagi
Tempat : Bilik Wawasan

AGENDA:

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi


2. Bacaan doa
3. Pengurusan Pentadbiran
4. Pengurusan Kewangan
5. Pengurusan Kurikulum (30.12.2018)
6. Pengurusan HEM (31.12.2018)
7. Pengurusan Kokurikulum (31.12.2018)
8. Hal-Hal Lain
9. Surah Al – Aas dan bersurai
1. Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SK
Lebir.
2. Terima kasih kerana dapat menghadirkan diri.
3. Terima kasih di atas kerja buat semua warga sepanjang
2018.
4. Tahniah di atas kejayaan PPSR 2018, peratus kelulusan
am – 50% dan pencapaian tertinggi 3A seramai 3 orang.
5. Tahniah di atas kejayaan UPKK, 7 orang mendapat 8A,
2 pelajar dinobatkan sebagai pelajar cemerlang di daerah
Gua Musang.
6. Maklumat semasa – Guru, 17 orang, AKP, 3 orang,
Murid Pra – Tahun 6, 154 orang, Pekerja Kebersihan, 3
orang dan Pengawal Keselamatan, 4 orang.
7. Kerja-kerja PT diambil alih oleh PO.
8. PPM diminta membantu PO jam 2.00 petang setiap hari.
9. Selamat datang kepada guru baharu.
PERATURAN
TETAP GURU
DAN AKP
1. KEHADIRAN
GURU & AKP
1. Semua guru hadir selewat-lewatnya 7.35 pagi, AKP pula 7.25 pagi
2. Guru bertugas perlu datang lebih awal - 7.15 pagi
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/81 yang bertarikh 12 September,
1981. Mengikut Surat Pekeliling itu, semua Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan adalah diwajibkan untuk memelihara dan mengekalkan
amalan masa datang dan menghadirkan diri ke sekolah.
4. Semua guru bertugas mesti mengamalkan ketepatan masa dalam
semua tugasan seperti yang dijadualkan.
5. Peraturan ketetapan masa itu dikenakan kepada semua guru dan
AKP. Semua guru dan AKP perlu memberi contoh teladan yang baik
sekiranya mereka ingin menanam tabiat ketetapan masa di kalangan
pelajar mereka.
2. KEPATUHAN
TUGAS
1. Semua guru dan AKP hendaklah menggunakan mesin perakam
waktu untuk menandakan waktu hadir dan waktu pulang.

2. Semua guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan


sekolah pada waktu persekolahan/ kerja tanpa mendapat keizinan
Guru Besar terlebih dahulu.

3. Guru dan AKP yang datang lewat hendaklah berhubung dengan


Guru Besar dengan memberi sebab kelewatan itu.

4. Sekiranya seseorang guru dan AKP yang tidak dapat hadir ke


sekolah kerana sesuatu sebab hendaklah menghubungi pihak
pentadbir sekolah dan mengemukakan dokumen berkaitan
ketidakhadirannya.
1. Semua guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah
pejabat semasa mengajar/ bertugas kecuali sesuatu sebab yang tidak
dapat dielakkan dan mereka telah mendapat kebenaran daripada
Guru Besar. .

2. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara


rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Penyampaian Hadiah,
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Mesyuarat-
Mesyuarat Rasmi.

3. Semua guru yang telah ditetapkan untuk mengawal kegiatan


kokurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang
berbangkit di sebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah
tanggungjawab guru itu sendiri.
3. TUGAS
AKADEMIK
1. Sebagai ahli profesion, guru hendaklah menunjukkan segala sikap
profesionalisme dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

2. Melaksanakan tugas-tugas berikut dan perlu di patuhi sepenuhnya :


Kerja rumah hendaklah diberi kepada para pelajar berdasarkan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan dan Ketua Panitia
masing-masing.

3. Semua kerja rumah yang diberikan oleh para pelajar hendaklah


diperiksa dengan teliti. Latihan dan rampaian yang diberi itu tidak
dibiarkan bertimbun kerana tidak diperiksa oleh guru.

4. Ketua Jabatan dan Ketua Panitia Matapelajaran diberi kuasa untuk


menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan
lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.
1. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu
itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan tugas
rasmi guru juga. Pengajaran itu mestilah diisi dengan kerja-kerja
yang memberi faedah kepada para pelajar.

2. Semua soalan ujian/penilaian hendaklah disahkan oleh Ketua Panitia


masing-masing
4. WAKTU TIDAK
MENGAJAR
Waktu tidak mengajar atau waktu luang adalah waktu kerja. Waktu-
waktu itu hendaklah digunakan :

a. Membuat persediaan mengajar, membaca buku tambahan, membuat


nota mengajar, menyediakan alat bantu mengajar dan memeriksa
buku latihan mengajar.

b. Ganti guru yang tidak hadir.

c. Mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang


bermasalah dalam pelajaran yang diajar oleh guru.

d. Membuat persediaan aktiviti-aktiviti gerak kokurikulum dan


lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar.
4. FAIL REKOD
MENGAJAR
1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai
pengisian Fail Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi
dan dilaksanakan sepenuhnya.

2. Dalam Fail Rekod Mengajar mesti mengandungi Salinan Jadual


Waktu Persendirian termasuk analisanya, Salinan Rekod pengajaran
dan pembelajaran dan Keputusan Peperiksaan bagi tiap-tiap kelas
yang diajar oleh guru masing-masing.

3. Pada tiap-tiap hari Khamis, Fail Rekod Mengajar yang lengkap diisi
untuk satu minggu hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Fail
Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke
pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada
akhir tahun sekiranya mereka diperlukan untuk berbuat demikian
oleh pentadbir sekolah.
5. ETIKA
BERPAKAIAN GURU
DAN AKP
1. SPI BIL 6/ 1985 Pakaian Guru Di Sekolah
Pakaian yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang baik. Untuk
meneruskan tradisi pakaian yang bermutu tinggi, sekurang-kurangnya
perkara yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh semua guru di
sekolah.

1. Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai.

2. Baju-baju Hawaii yang beragam warna tidak sesuai.

3. Baju T dan trek untuk PJK sehingga balik.

4. Rambut panjang yang kemas atau memakai tudung kepala bagi guru
wanita dan rambut pendek dan kemas bagi guru lelaki.
5. Guru perlu memakai Tanda Nama setiap hari.

6. Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher sekolah (setiap hari) /


bush
jacket / blazer pada waktu perhimpunan setiap minggu dan untuk
upacara rasmi sekolah.

7. Pakaian bengkel tak dibenarkan kecuali semasa amali

8. Baju korporat dibenarkan pemakaiannya sekiranya guru ada tugasan


luar.
BAJU BATIK
Semua kakitangan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari
Khamis.

PAKAIAN SERAGAM
Kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah
memakainya secara lengkap semasa waktu bekerja.
6. PERHUBUNGAN
GURU DAN
PELAJAR
1. Sebagai pendidik, guru perlu mempunyai hubungan baik dengan
pelajar (in loco parentis) serta menunjukkan teladan yang baik.

2. Guru perlu memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh


pelajar.

3. Disiplin adalah menjadi tanggungjawab guru dan tindakan segera


perlu diambil sekiranya ada pelanggaran disiplin yang dilakukan
oleh pelajar. Pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan
dan dirujuk kepada Guru Besar.

4. Guru yang megajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin


pelajar-pelajar di dalam kelas supaya tidak bising dan proses
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

5. Guru yang mendapati pelajar sakit atau ditimpa kemalangan


hendaklah melaporkan kepada guru bertugas harian dan Guru
Penolong Kanan HEM dengan kadar segera
7. PERINTAH AM
BAB C DAN D
1. Jumlah Cuti Rehat Khas (CRK) - guru sebanyak 10 hari setahun,
CRT – AKP sebanyak 35 hari setahun

2. Dibenarkan bercuti untuk peristiwa yang ada kaitan dengan :


3. a. ahli keluarga – suami atau isteri dan anak-anak pegawai

4. b. sanak saudara rapat – ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa
tiri, ibu bapa angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu dan bapa
saudara, adik-beradik pegawai serta datuk dan nenek pegawai dan
suami atau isteri pegawai.

5. Kuasa melulus adalah Guru Besar sahaja.

6. Permohonan CRK 3 hari sebelum bercuti, minta secara lisan daripada


Guru Besar sebelum mengisi permohonan cuti melalui sistem Hrmis
8. KEBERSIHAN
1. Semua guru dan AKP bertanggungjawab terhadap kebersihan
sekolah, kelas dan pejabat.

2. Pastikan 5 minit di dalam waktu Pdpc pertama dan 5 minit di dalam


waktu Pdpc terakhir, guru meminta murid membersihkan kelas.

3. Setiap kelas wajib mengadakan Jadual Waktu Bertugas Murid dan


pastikan murid melaksanakan tugasan mereka setiap hari.
9. KESELAMATAN
PERABOT
1. Para guru hendaklah memerhatikan bahawa pelajar tidak
merosakkan harta benda sekolah dengan cara yang sengaja.

2. Laporkan kepada Unit 3K sekolah dan Guru Besar jikalau terdapat


tanda-tanda yang boleh merosakkan harta benda sekolah.
10. PELAWAT
1. Pelawat tidak dibenarkan termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar
di dalam bilik darjah dan makmal.

2. Pelawat termasuk jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru


sekiranya setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar sahaja.
11. SURAT RASMI
1. Semua surat rasmi yang keluar dari
sekolah sama ada dari guru atau dari
unit Pengurusan, Kurikulum, Hem
dan Kokurikulum hendaklah melalui
Guru Besar.
12. LAWATAN
1. Guru yang mengurus lawatan
mesti mematuhi Peraturan
Melancong Sekolah 1957.
12. KUTIPAN WANG
1. Kutipan wang daripada para
pelajar untuk Unit Kokurikulum
atau sebarang kegiatan yang
berkaitan dengan sekolah
hendaklah mendapat kebenaran
daripada Guru Besar .
HAL- HAL LAIN
1. Kerjasama semua warga untuk akur kepada arahan pentadbir di
dalam semua tugas rasmi.
2. Kerjasama semua guru yang mempunyai anak di SK Lebir – akur
kepada ketetapan disiplin sekolah.
3. Kekemasan bilik-bilik khas- masih terdapat bilik-bilik yang tidak
dibersihkan.
4. Pertukaran guru menerusi talian – eg Tukar, mohon maklumkan
secara lisan kepada Guru Besar sebelum mengisi borang secara atas
talian.
5. Sistem e-operasi – Semua guru dan AKP dilarang sama sekali
mengubah semua maklumat yang diminta sebelum arahan diberikan.
6. Semua urusan rasmi, Guru Besar yang akan umumkan.

Anda mungkin juga menyukai