Anda di halaman 1dari 5

BIDANG TUGAS GURU ( SKOP KERJA )

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas :

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September


1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP),
kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-
kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas
harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.
2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa
itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah,
ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu
kegiatan di luar bilik darjah.
3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual
pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan
sekolah.
4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para
pelajar.

Kepatuhan Tugas:
1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan “punch card”
sebaik sahaja tiba di sekolah.
2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan
tidak mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.
3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Pengetua dengan
memberi sebab kelewatan itu.
4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau
jatuh sakit atau kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah.
Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila
kembali bertugas semula.
5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar
kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.
6. Kehadiran semua guru adalah wajib untuk semua kegiatan dan upacara rasmi
sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat
Agung PIBG dan lain-lain untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas
yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan
bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.
7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti
menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh
ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.
Tugas Akademik Guru:

1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang


bermutu tinggi.
2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan
yang diberikan oleh Pengetua atau Guru Kanan masing-masing. Semua kerja
rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.
3. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk menyemak
dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan
diperiksa dengan penuh teliti.
4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas
kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.
5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan
pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.
Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada
pelajar.
6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang
ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar,
terluang / rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua boleh
mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru
yang tidak hadir.
7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,
menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan
memeriksa buku latihan pelajar.
8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang
bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti dan lain-lain
tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran

1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan tentang pengisian Buku


Rekod Pengajaran dan Pembelajaran ( Buku Rekod Mengajar ). Peraturan ini
hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.
2. Dalam buku rekod tersebut mesti mengandungi salinan jadual waktu
persendirian, salinan sukatan pelajaran, dan keputusan peperiksaan bagi tiap-
tiap kelas yang diajar oleh guru itu.
3. Pada tiap-tiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah disiap untuk
minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku tersebut
adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru
itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Pengetua
memerlukan agar dia berbuat demikian.
Perhubungan Guru Dengan Pelajar:

1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa
bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.
2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera
perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh
pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada
Pengetua atau Guru Disiplin.
3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan
disiplin.
4. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-
pelajarnya.
5. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai
untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.
6. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut
hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan
dengan segera.

Pakaian :

1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa
bertugas di sekolah.
2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar walaupun pada waktu petang
semasa berada di sekolah.
3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:
1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut
perlu diurus dan kelihatan kemas.

Pelawat :
1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam
bilik darjah atau makmal.
2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka
mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.

Kenyataan Akhbar:
1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak
atas nama Pengetua atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:
1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari
guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua.
Lawatan:
1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada Pengetua dan Jabatan Pendidikan
Negeri.
2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke
Jabatan Pendidikan Negeri melalui Pengetua.

Kutipan Wang :

1. Guru penasihat dan guru tingkatan yang dilantik untuk mengawas perjalanan
persatuan, kelab dan sesebuah kelas perlu mengawasi hal ini.
2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak
disalahgunakan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas :

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual


kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, buku kemasukan sekolah dan
seumpamanya.
2. Buku jadual kedatangan pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama
pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat
doktor sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir dengan tiada memberi penjelasan dan sebab
yang munasabah, guru tingkatan hendaklah mengirimkan surat amaran
ponteng sekolah kepada ibu bapa / penjaganya dengan satu salinan ke pejabat
sekolah. Sila rujuk syarat terma pemberian surat amaran ponteng sekolah yang
telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
5. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua tingkatan,
membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi
meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
6. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan
mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual
kedatangan dan buku yuran.
7. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran / bayaran pada masa yang ditetapkan
pihak sekolah.
8. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada
pelajar.
9. Membantu Pengetua dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat
jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
10. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.
11. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanamkan
semangat rajin, tekun, dedikasi dan kesedaran sivik.
12. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan kepada PK HEM seperti
ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan
masalah disiplin lain.
13. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap tentang kemasukan pelajar baru
dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar
dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.
14. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan serta
keceriaan kelasnya.
15. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah,
maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

Anda mungkin juga menyukai