Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AKTIVITI / SESI PERJUMPAAN @ BIMBINGAN / PROGRAM

LAPORAN PEMENTORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


(PPGB)

Bil Pertemuan : 31 Tarikh : 2 November 2016

Tempat : Bilik guru


Masa Mula : 11.00 pagi Masa Tamat
: 11.15 pagi

ISU / PERBICANGAN

Mengadakan perbincangan secara dua hala bersama mentor tentang


kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran karangan
bahagian A, B dan C.
Mengadakan perbincangan secara dua hala bersama mentor tentang
cara membina kerangka karangan.
Mendapatkan makluman tentang tajuk-tajuk yang sesuai diberikan
kepada murid mengikut aras kefahaman.

AKIVITI

Perbincangan ini memudahkan saya mengetahui kaedah dan teknik


mengajar bina ayat dan karangan bagi murid yang lemah dan
sederhana.
MAKLUM BALAS

Perbincangan ini memudahkan guru baharu mengetahui kaedah dan


teknik mengajar bina ayat dan karangan bagi murid yang lemah dan
sederhana.
Guru baharu senang diberi bimbingan dan berfikiran positif terhadap
semua teguran.

Disemak oleh :

.
Tandatangan Mentor
LAPORAN AKTIVITI / SESI PERJUMPAAN @ BIMBINGAN / PROGRAM
LAPORAN PEMENTORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(PPGB)
Bil Pertemuan : 32 Tarikh : 17 November 2016

Tempat : Bilik guru


Masa Mula : 9.00 pagi Masa Tamat
: 9.30 pagi

ISU / PERBICANGAN

Makluman tentang cara-cara yang sesuai untuk mengajar karangan.


Perbincangan tentang cara membantu murid yang lemah dalam
kemahiran menulis karangan.
Menggunakan beberapa kaedah untuk memudahkan murid
menghasilkan karangan yang betul.

AKIVITI
Mengesan beberapa teknik yang bersesuaian untuk mengajarkan
karangan bagi murid yang lemah. Saya juga berpeluang mengaplikasi
teknik tersebut untuk membantu murid dalam menghasilkan
karangan yang betul.

MAKLUM BALAS
Semasa perbincangan ini, guru dapat mengaplikasikan semua kaedah
yang dipelajari untuk murid-murid yang lemah dalam penulisan
karangan.
Guru baharu juga dapat mempertingkatkan kemahiran dalam
pengajaran menulis karangan dengan betul.

Disemak oleh :

.
Tandatangan Mentor

LAPORAN AKTIVITI / SESI PERJUMPAAN @ BIMBINGAN / PROGRAM


LAPORAN PEMENTORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(PPGB)

Bil Pertemuan : 33 Tarikh : 22 November 2016


Tempat : Bilik guru
Masa Mula : 11.14 pagi Masa Tamat
: 11.30 pagi

ISU / PERBICANGAN
Perbincangan tentang aktiviti pembelajaran secara berkumpulan.
Makluman tentang bentuk kerja pembelajaran secara berkumpulan.

AKIVITI
Mempelajari strategi pembelajaran secara berkumpulan yang boleh
dilaksanakan di dalam kelas agar sesi pengajaran dan pembelajaran
lebih aktif dan menyeronokkan. Di samping itu, pembelajaran secara
berkumpulan menjadikan murid lebih berani untuk berkomunikasi
secara interpersonal.

MAKLUM BALAS
Guru baharu dapat mempelajari strategi pembelajaran secara
berkumpulan yang boleh dilaksanakan di dalam kelas agar sesi
pengajaran dan pembelajaran lebih aktif dan menyeronokkan.

Disemak oleh :

.
Tandatangan Mentor

Bilangan Laporan : Kesepuluh

Bulan : November

Tajuk Laporan : Profesionalisme keguruan

1. Masalah

Masalah bulan ini yang ingin saya utarakan ialah berkaitan peningkatan
diri dalam profesionalisme perguruan. Pada pandangan saya, pada bulan
terakhir persekolahan ini telah memberi kesan yang mendalam dalam
membentuk diri menjadi warga pendidik. Pelbagai pengalaman yang
berguna telah saya pelajari di sekolah ini dan ramai kenalan baru dari
guru-guru dan murid-murid yang begitu membuatkan saya terharu dengan
layanan yang di berikan oleh mereka. Sebagai seorang guru saya perlu
mengambil inisiatif untuk memajukan kualiti dan kemahiran-kemahirannya
sebagai individu yang menyumbang kepada masyarakat dan Negara.
Dalam profesion perguruan, seorang guru yang berdedikasi perlu yang
mahu berjaya harus mempertingkatkan imej diri, status dan pengetahuan
kendiri melalui program-program peningkatan profesionalisme keguruan.

2. Analisis Masalah

Menurut Mok Song Sang (1996), konsep profesionalisme boleh


dirumuskan sebagai salah satu perkerjaan yang khusus dan dijalankan
oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi
yang mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah
ditetapkan oleh organisasinya.
Kamus Dewan Edisi Ke 3 menjelaskan bahawa profesionalisme
bermaksud sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara perlaksanaan sesuatu
dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat atau dilakukan oleh
orang yang profesional. Antara punca yang menyebabkan seorang guru
tidak profesional dalam kerjayanya ialah :
1. Tidak mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan.
2. Tidak dapat mengawal emosi dan bertindak terburu-buru.
3. Guru tidak mempunyai disiplin diri yang tinggi dalam kerjaya yang
diceburi seperti datang lewat ke sekolah dan sebagainya.

3. Cadangan
Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan bagi meningkatkan tahap
profesionalisme perguruan oleh pelbagai pihak. Antaranya ialah:
Guru hendaklah didedahkan dengan kod etika guru. Kod Etika guru
merupakan satu garis panduan bagaimana tingkah laku di dalam
profesionalisme perguruan.
Guru hendaklah mendisiplinkan diri dengan mengawal situasi yang
berlaku di sekolah dengan tenang dan bijak tanpa emosi yang tidak
diingini.
Guru hendaklah sentiasa mengikuti sesi kaunseling peningkatan
profesionalisme bagi mempertingkatkan diri menjadi seorang guru
yang professional.

Semoga permasalahan yang timbul sepanjang bergelar guru dapat


diselesaikan dengan baik dan betul. Saya juga mengharapkan guru-guru
senior dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya. Saya juga tidak akan
berputus asa menimba ilmu dalam bidang pendidikan bagi memperbaiki
diri menjadi guru yang lebih sempurna dan dihormati pada masa akan
datang. Kerjasama daripada pelbagai pihak amat saya hargai bagi
membentuk diri saya menjadi seorang warga pendidik yang bermutu dan
profesional.

4. Tindakan Susulan
Sebagai tindakan susulan, saya akan memastikan:
Sebagai seorang guru, saya akan perlu sentiasa fokus dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Saya juga perlu
memberikan perhatian terhadap persekitaran sekeliling agar proses
pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan keadaan pelajar di sesuatu
tempat. Ini kerana pelajar dibandar dan dikampung tidak sama cara
pergaulannya disebabkan faktor budaya, cara pergaulan dan juga rutin
kehidupan harian. Faktor ini perlu diambil berat agar guru dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dalam melaksanakan tugas
sebagai guru.

5. Kesimpulan
Saya akan cuba menyelesaikan isu ini selagi bergelar warga pendidik
kerana setiap masa merupakan pengalaman yang berharga dalam kerjaya
sebagai seorang guru.

Disediakan oleh: Guru Baharu Disemak oleh: Guru Pembimbing


Tandatangan: Tandatangan:

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai