Anda di halaman 1dari 5

Tutorial 8 : kaunseling kelompok biasanya dijalankan oleh guru bimbingan

dan kaunseling yang bertauliah. Bolehkah guru biasa mengaplikasikan


kaunseling kelompok untuk membantu murid-murid dalam bilik darjahnya?.
Huraikan jawapan anda secara koheran dan kritikal

Proses bimbingan dan kaunseling di peringkat sekolah bukan hanya


digalas oleh guru kaunseling sahaja namun semua pihak termasuk guru
biasa juga terlibat secara langsung dalam proses bimbingan dan
kaunseling pelajar. Selain itu, bukan semua sekolah yang mempunyai
seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru, kadangkadang guru biasa juga menjalankan fungsi-fungsi sebagai guru bimbingan
dan seorang kaunselor. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting
kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan
dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku
bermasalah semua murid-murid mereka. Menurut A. Ghani Abdullah dan
Abd. Rahman Abd. Aziz (2009), guru perlu mempunyai sikap dan
keperibadian sebagai kaunselor ataupun pembimbing kepada para pelajar
memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang besar dan penting
alam membentuk pelajar yang baik dan berketerampilan. Oleh itu, guru
tidak boleh mengelakkan peranan sebagai kaunselor atau pembimbing
kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah
juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya.
Antara peranan guru biasa sebagai kaunselor atau pembimbing ialah
membantu dan membimbing pelajar mengatasi masalah yang dihadapi
seperti masalah berkaitan dengan pembelajaran, sosioekonomi dan

keluarga.

Sebagai

contoh,

guru

membimbing

sekumpulan

pelajar

melaksanakan tugasan yang diberi sukar seperti latihan matematik dan


akan memudahkan pelajar memahami dan menyelesaikan latihan tersebut.
Dalam masalah sosial emosi seperti kecewa, bosan, dan sebagainya, guru
perlu membimbing pelajar-pelajar berkenaan supaya dapat membina
keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif.
Terdapat juga sesetengah kes pelajar menghadapi masalah keluarga
seperti perceraian. Dalam hal ini, peranan guru diperlukan untuk
menasihati dan berbincang dengan pelajar untuk mencari punca
berlakunya masalah keluarga. Guru juga boleh membimbing pelajar
sekiranya pelajar tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri. Dalam
konteks ini, guru harus peka dan mengambil berat tentang setiap
pergerakan dan tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati muri-murid
menghadapi

masalah,

guru

perlu

membimbing

mencari

cara

menyelesaikan maslah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah


tidak wujud seperti tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, tidur dan sebagainya.
Selain itu, peranan guru biasa sebagai kaunselor adalah membantu
mengembangkan kebolehan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar
di sekolah mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada pelajar
pintar, sederhana dan lemah. Menurut Ramlah Jantan dan Mahami Razali (
2002 ) telah membahagikan aspek-aspek perbezaan individu kepada
sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi, kecerdasan, sosial,
budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain. Justeru,
guru memainkan peranan dalam membimbing dengan menyediakan
pelbagai aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Hal

ini

akan

menggalakkan

pelajar

lebih

terlibat

secara

aktif

dalam

pembelajaran. Dalam konteks ini, guru haruslah memberi peluang kepada


murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya mereka berasa disayangi dan akan melibatkan diri
secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Di dalam kelas, guru boleh
menggunakan teknik atau kaeah menyoal, teknik peneguhan, serta
memberi dorongan kepada para pelajar supaya kebolehan dapat
dikembangkan.

Kebolehan

murid

mestilah

dikembangkan

dengan

seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
Di sekolah, peranan untuk menjalankan sesi kaunseling kelompok ini
biasanya dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling yang
bertauliah. Namun begitu, pada masa kini, peranan itu juga adalah
dibawah tangggungjawab seorang guru biasa. Guru biasa seperti guru
mata pelajaran, guru kelas dan sebagainya sememangnya mampu untuk
membantu murid dengan menjalankan kaunseling kelompok. Hal ini
kerana, guru biasa mempunyai masa terluang yang banyak bersama
dengan murid semasa proses PdP dijalankan. Bukan itu sahaja, guru biasa
juga tahu keperluan muridnya dan tahu setiap kelemahan, kebolehan
setiap muridnya. Persoalannya mampu kah guru biasa menjalankan sesi
kaunseling kelompok?. Proses bimbingan dan kaunseling di peringkat
sekolah bukan hanya digalas oleh guru kaunseling sahaja namun semua
pihak termasuk guru biasa juga terlibat secara langsung dalam proses
bimbingan dan kaunseling pelajar. Selain itu, bukan semua sekolah yang
mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru,
kadang-kadang guru biasa juga menjalankan fungsi-fungsi sebagai guru
bimbingan dan seorang kaunselor. Peranan guru-guru biasa adalah sangat

penting kerana mereka mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan


baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah
laku bermasalah semua murid-murid mereka. Menurut A. Ghani Abdullah
dan Abd. Rahman Abd. Aziz (2009), guru perlu mempunyai sikap dan
keperibadian sebagai kaunselor ataupun pembimbing kepada para pelajar
memandangkan gurulah yang memainkan peranan yang besar dan penting
alam membentuk pelajar yang baik dan berketerampilan. Oleh itu, guru
tidak boleh mengelakkan peranan sebagai kaunselor atau pembimbing
kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah
juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya.
Sebagai contohnya, seorang guru biasa ingin menjalankan sesi
kaunseling

kelompok

bagi

murid-murid

kelasnya.

Perkara

yang

dibincangkan ialah bagaimana untuk meningkatkan prestasi murid-murid


nya bagi yang berada di paras gred C sahaja yang ingin mendapatkan gred
B. umumnya, guru biasa ini tahu setiap kelemahan muridnya berdasarkan
ujian, tingkahlaku dalam kelas dan sebagainya. Justeru hal yang boleh
dibincangkan terlebih dahulu ialah bagaiman aguru kelas itu memenuhi
keperluan setiap muridnya yang terlibat dalam menjalankan sesi
kaunseling kelompok.
Selain itu, guru tersebut juga akan menunjukkan semula setiap
keputusan dan markah bagi matapelajaran tersebut. Dari situ, guru akan
menetapkan sasaran bagi setiap muridnya. Guru akan memberikan
motivasi sama ada berbentuk ekstrinsik mahupun intrinsic. Bukan itu
sahaja, guru tersebut juga boleh menyediakann satu akur janji bagi setiap
murid untuk mendapatkan gred subjek yang ingin dicapai.
Kesimpulannya, guru biasa sememangnya boleh menjalankan sesi
kaunseling kelompok bagi kelasnya berdasarkan sebab-sebab yang telah

dijelaskan diatas. Ini juga disebut dalam erti kata lain peranan guru biasa
sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai