Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN (PROPOSEL) KAJIAN TINDAKAN

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran Pendidikan Muzik
dirancang untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan perkembangan murid dari
pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui usaha ini, ia seterusnya dapat
menyediakan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kemahiran asas namun juga
sihat dan aktif dari segi mental dan fizikalnya. Subjek Pendidikan Muzik meliputi aspek
Nyanyian,Gerakan,Permainan Alat Perkusi dan Teori. Keempat-empat aspek ini sangat
penting dalam Pengajaran dan pembeajaran Muzik untuk melahirkan insan yang seimbang
dan aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid.
Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara yang dipelajari akan
menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang diceburi. Dalam proses
pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat penting sebagaimana yang
telah disarankan oleh Holland (1973),
dalam kajiannya iaitu pemilihan aktiviti
adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat seseorang.
Selain itu juga, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000),
minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah
motivasi.
Namun sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan pencapaian
akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar yang diperolehi
murid melalui Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam bilik darjah.Pendekatan hafalan
yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran teori Pendidikan muzik di dalam kelas menjadi hambar dan tidak
bermakna. Ini menyebabkan murid kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik khususnya dalam Teori Muzik.Oleh itu, Pendidikan yang berkualiti
memberi kuasa kepada individu, memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka,
menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran
individu kepada dunia tanpa sempadan (Tribus, 1992). Guru seharusnya mewujudkan satu
suasana baru pembelajaran di dalam bilik darjah.
Menurut Johnn Heinrich Pestalozzi (1746-1827) pendidikan yang baik adalah
pendidikan yang diperoleh melalui pancaindera manusia dan memberi penekanan terhadap
peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik melalui usaha
mereka sendiri.Ini adalah kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai hanya dengan
menghafal teori tetapi perlu mengadakan latihan yang kerap.
1.2 Konteks
Cerita tentang anda sendiri
1.3

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pada 20 Mac 2012 yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya seperti biasa
mengikut jadual. Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran Pendidikan Muzik. Kelas yang saya ajar pada hari tersebut adalah Tahun 5

Soleh.Muridnya seramai 20 orang.Murid-murid dalam kelas ini agak lemah dalam semua
mata pelajaran.
Pada hari tersebut saya telah mengajar Teori Muzik . Saya telah merancang pembelajaran
pada hari tersebut mengikut huraian sukatan yang telah ditetapkan. Bagi Pengajaran dan
Pembelajaran pada hari tersebut saya memilih sub tajuknya membaca nilai not muzik.Dalam
mencapai objektif pengajaran tersebut saya memulakan pengajaran dengan melakukan
aktiviti nyanyian solfa diikuti dengan sesi bersoal jawab dengan murid tentang nilai
not.Walaupun murid-murid telah belajar beberapa kali tentang topik ini semasa mereka di
tahun 3 dan tahun 4 tetapi hampir semua murid tidak dapat menyatakan jawapan yang
tepat tentang nilai not.Daripada pengamatan dan penilaian saya pelajar tidak dapat
mengecam not serta tidak dapat menghafal bentuk not dan nilainya.
Oleh yang demikian saya terpaksa mengaitkan keadaan persekitaran pelajar itu sendiri
dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam membaca nilai not. Pelajar
menghadapi kesukaran untuk mengingati jenis not dan ini menyebabkan mereka tidak dapat
membaca nilai not, Oleh itu,bagi memudahkan mereka saya terpaksa mengaitkan sesuatu
yang terdapat dengan persekitaran mereka supaya mereka mudah memahami cara
membaca nilai not.Untuk itu saya menggunakan kaedah permainan iaitu Roda Ajaib dan
Siapa Cepat Dia Dapatdengan ini saya percaya bahawa murid-murid akan lebih berminat
dalam mempelajari teori muzik khususnya dalam membaca nilai not.
1.4 Pengumpulan data Awal
Data-data asas seperti ujian diagnostik, temu bual dgn guru, analisis dokumen, pmerhatian
awal
2.0. FOKUS KAJIAN
2.1
Huraian fokus kajian
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 5 Soleh dalam mata
pelajaran Pendidikan Muzik tetapi kajian ini hanya memfokuskan tentang masalah pelajar
yang tidak dapat membaca nilai not.Kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah :a) Kesilapan dalam mengecam not yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dengan not dan nilainya.
c) Pelajar sukar untuk membezakan not-not yang terdapat titik seperti Krocet
bertitik dan Minim bertitik.
2.2 Tindakan
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda yang betul
terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan dalam pembacaan nilai not.
Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan sekolah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN
(Objektif & prsoalan 2 mencukupi)
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai
tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar
terhadap pembacaan nilai not akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan bertambah
apabila menyelasaikan masaalah melibatkan nilai not.
3.1
Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembacaan nilai not dengan kaedah permainan.
3.2
Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.

Pelajar dapat menyatakan nilai not pada akhir pengajaran dan


pembelajaran.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai not.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% dalam ujian yang diberi.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran
dan pembelajaran Muzik.
Untuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah merangka beberapa persoalan kajian
iatu:
i)
Adakah murid-murid cepat menguasai pembacaan nilai not melalui kaedah
permainan yang disediakan oleh guru?
ii)
Adakah murid-murid lebih berminat dalam Pendidikan Muzik apabila
menggunakan kaedah berbentuk hands on seperti kaedah
permainan?
iii)
Adakah terdapat peningkatan minat murid selepas penambahbaikan dijalankan?
4.0
Peserta kajian
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 20 orang pelajar Tahun 5 Soleh yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan
daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar yang
yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan, hanya 15 orang
pelajar sahaja yang terpilih.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
5.1.1 Model kajian Tindakan
Lewin / Kemmis & mctaggart / Somekh
5.1.2. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya
dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah
berdasarkan kepada beberapa cara :a)
Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar
semasa ujian yang diberi.
b)
Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masalah yang
mereka hadapi semasa menjawab soalan.
c)
Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah yang
dihadapi oleh mereka.
e)
Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap
kefahaman pelajar.
5.1.3. Program RODA AJAIB DAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapat.
b) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diedarkan kid permainan
Roda Ajaib Dan Siapa Cepat Dia Dapat serta menerangkan cara-cara bermain.
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan
seharian seperti pengiraan wang setiap hari.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar
terhadap kaedah yang telah digunakan.
5.2
Perancangan cara mengumpul data
Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya kaji benarbenar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh mana

keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat. Terdapat beberapa instrumen yang telah
saya laksanakan bagi tugasan ini.

Bukti/ data

Bagaimana atau bila bukti/ data


telah dikutip

Nota dan pemerhatian peribadi


murid

Semasa p&p
-aktiviti teori dan amali iaitu melalui
pemerhatian dan tingkah laku murid.

Gambar foto

Semasa
aktiviti
teori
dan
amali dalam subjek Pendidikan Muzik
-foto murid melaksanakan teori dan
amali semasa pengajaran dan
pembelajaran.

Temu
bualguru-guru
lain,
murid,pihak sekolah dan lain-lain.

Waktu lapang
-bertanya
guru-guru
tentang
pengalaman mengajar Pendidikan
Muzik.

Analisis dokumen

Di luar waktu p&p


-bahan kerja murid

Saya akan melaksanakan beberapa kaedah mengutip data. Antaranya, melalui nota dan
pemerhatian terhadap murid-murid kelas tersebut. Saya juga akan melaksanakan
perbincangan dengan guru-guru Pendidikan Muzik yang lain tentang pengalaman dan
kecenderungan minat murid berkaiatan aktiviti Nyanyian,Gerakan serta Permainan Alat
Perkusi dan teori bagi subjek tersebut.
5.3 Prancangan cara menganalisis data
Analisis awal terhadap minat dan kecenderungan murid dalam matapelajaran Pendidikan
Muzik juga dilakukan secara bertulis. Selain itu, saya akan mengenalpasti murid tertentu dan
menjalankan temubual secara lisan untuk mengetahui kecenderungan mereka. Saya juga
akan menjalankan shadow study iaitu pemerhatian secara dekat terhadap seseorang
murid dalam jangka masa tersebut.
Selain itu, borang soal selidik akan diedarkan juga kepada guru-guru opsyen lain untuk
mendapatkan pendapat mereka. Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui
kesan yang diperolehi setelah menjalankan usaha penambahbaikan. Bagi soal selidik guru,
terdapat 7 item yang telah saya bina manakala bagi mengetahui keberkesanan
penambahbaikan yang telah dijalankan, terdapat 10 item yang telah saya tadbirkan untuk
murid-murid
Terdapat 3 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi instrumen:
a)
Data melalui nota lapangan (pemerhatian)
b)
Data melalui snarai semak (pemerhatian)
c)
Data melalui temubual
d)
Data melalui analisis dokumen
5.4 Perancangan cara menyemak data
Triangulasi data

5.4

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Bil Perkara
Cara
Pelaksanaan
Tindakan
1
Mengenalpasti
Mengumpul
data,
focus
dan membuat
relevenya
perbincangan,
temubual
2
Mengumpul
data Soal selidik, temu bual,
dan dapatan
menyemak rekod-rekod
keputusan
akademik,
pemerhatian
3
4

Menganalisis data

Rasional
Penting untuk mengesahkan
bahawa isu kajian memang
wujud di sekolah tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat
yang lebih terperinci.

membuat jadual, carta, Dapatan dan maklumat dapat


graf.
difahami dengan lebih mudah
dan tepat.
Mengenalpasti
Berdasarkan
analisis Usaha penambahbaikan dapat
kelas / murid yang data
dilaksanakan
dan
dapat
terlibat
melihat kesan yang diperolehi
selepas tindakan.
Menjalankan
Melalui p&p di dalam Mengaplikasikan
alternatif
penambahbaikan
kelas atau program baru
bagi
mengubah
yang telah dirancang perspektif dan pencapaian
dengan keizinan pihak murid.
sekolah.
USAHA
PENAMBAHBAIKAN
*memberikan
pendedahan
kepada
murid tentang amali
dan persekitaran serta
kerjaya.
*menjalankan
aktiviti
amali
secara
berkumpulan
-memberi
kebebasan
murid memilih rakan.
-memberi lebih banyak
input
&
inkuiri
penemuan.
-bersoal jawab dengan
murid
*mengiktiraf
pencapaian
murid
dalam amali.
-memberikan ganjaran
kepada murid yang
melaksanakan
tugas
dengan baik.

Catatan

Menilai
keberkesanan
penambahbaikan

*guru mempelbagaikan
kaedah mengajar teori
(lebih teori berbanding
kemahiran lain murid
teroka).
*sifat
guru-adil,
kecindan, asertif
Soal
selidik, Mengetahui kesan daripada
pemerhatian, temubual. usaha penambahbaikan yang
telah dibuat samada positif
atau negatif.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan KajianTindakan

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal
Menulis proposal kajian
Menghantar proposal kajian
Merancang tindakan
Melaksanakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1
Melaksanakan aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2
Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian

Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Jenis Alatan/Bahan
Kertas A4/ 80g(1 Rim X RM 13.00)
Kad Manila (6 X RM 0.60)
Marker Pen (4 X RM 2.20)
Mountin Board (4 X RM4.00)
Dakwat Pencetak
Photostat Bahan & Laporan Kajian RM 15.00
Buku Catatan Guru
Jumlah

Tarikh
20.03.2012
22.03.2012
27.03.2012
30.03.2012
04.04.2012
06.04.2012
12.04.2012
14.04.2012
18.04.2012
30.04.2012
05.05.2012
12.12.2012

5.4.2 Kos Kajian

Kos
RM 13.00
RM 3.60
RM 8.80
RM 12.00
RM 25.00
RM 15.00
RM 3.00
RM 80.40

RUJUKAN
Sang, M. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Dunn (1980); Joseph Gomez (1999, 2000). Gaya Pembelajaran: Satu
Literatur.Jabatan Ilmu Pendidikan MPSK. Jilid 2: Bil. 3
Kolb (1990); Naina Mohd. B. Md. Noor (1999, 2000). Stail pengajaran guru
dan gaya pembelajaran murid. Jurnal Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim. Jilid 2: Bil. 3
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000).Sukatan pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Holland (1973); Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993).
Guru dan Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000); Noran
Fauziah Yaakub,Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan
Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tribus, M. (1992). Quality first: Selected papers on quality and productivity
improvement.National Society of Professional Engineers (4th Ed.).
ASIN: B0006OXP8Y
Rosli Sahat, Badrul Hisham Alang osman,Kartini Abdul Mutalib. Ahmad Shabudin Yahaya.
(2011). Kajian Tindakan Untuk PISMP. Ipoh: IPG kampus Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai